May 26, 2020

Penggunaan stroller di celah-celah umat manusia

Hujung minggu lepas, bila terbaca status Facebook daripada seorang kenalan yang menyatakan ketidakfahaman beliau berkenaan ibu bapa yang menggunakan stroller semasa membeli-belah di shopping mall ‘ketika’ suasana sesak dan sibuk. 

Cadangan beliau, ‘tinggalkan aje stroller di dalam kereta dan dukung je baby tu..’

Bukan ingin mencari salah sesiapa, sekadar berkongsi pandangan dan pengalaman..sebab suatu ketika dulu, aku pun fikir macam brader Shahroll ni fikir..-kenapa perlu menggunakan stroller, tak boleh ke just dukung je baby tu?

Selepas lahirnya baby Dayyan Harith, baru aku faham dan sedar tentang isu-isu yang kadang-kadang orang tak faham selagi tidak melalui keadaan sebegitu..

Ada ibu bapa tidak sanggup tinggalkan anak semasa membeli-belah nak-nak niat asal mereka ke mall adalah untuk membeli keperluan anak. Mereka lebih selesa ukurkan baju di badan anak sendiri sebelum membeli. Pencarian ni kadang-kadang tak tentu masa, ada lama ada yang sekejap. Mungkin yang dah plan nak lama-lama, memang akan bawa stroller untuk lebih keselesaan kepada anak kecil. Baby yang masih kecil ni, akan lebih selesa dibaringkan daripada didukung. Mereka lebih senang disusukan dan lebih selesa untuk tidur. Lagipun, kebanyakan baby kecil mempunyai tulang belakang yang lembut dan tidak sesuai untuk didukung dalam tempoh waktu yang lama. Lagi pun, penggunaan stroller membantu ibu bapa membeli dengan lebih efisien..hehehe..

Itu kalau digunakan di shopping mall yang keadaannya tidaklah sesesak mana pun. Tapi macam mana pula penggunaan stroller di tempat yang memang sesak dan padat?

Pendapat aku, selain penggunaan baby stroller/pram, dan bagi mengelakkan baby kecil didukung terlalu lama, eloklah jika digunakan baby sling carrier, yang mempunyai fungsi lebih daripada satu-dukung ke dada, dukung ke depan atau baring. Agak tidak sesuai la kan jika baby stroller digunakan di tempat sesak dan padat dengan orang ramai. Rasanya, baby tu sendiri akan rimas dengan suasana sekitar dan orang ramai pun akan rimas dengan ‘trafik jam’ akibat stroller itu.

Tepuk dada, tanya minda yang peka dengan keadaan sekitar.

Dalam kereta, memang aku sentiasa sediakan stroller dan baby sling carrier demi keselesaan anak. Mana tahu, tetiba tempat yang aku tuju tu berkepadatan tinggi dengan umat manusia dan tidak sesuai untuk penggunaan stroller, aku akan gunakan baby sling carrier. Kalau rasa memang tak perlu baby kecil dibawa mengharungi lautan manusia tu, tidak salah temankan baby kecil anda seketika di tempat yang lebih selesa atau di dalam kereta. Masa ini, baru kita bercakap tang baby car seat lak ye…

Pastikan stroller yang dibeli tidak terlalu berat untuk dibawa kemana-mana  dan paling penting, selesa kepada baby kecil..

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

21 thoughts on “Penggunaan stroller di celah-celah umat manusia

  1. Stroller kalau dalam shopping complex okey. Tapi kalau di luar, susah. Bukan apa, kawasan pejalan kaki kat Malaysia ni kurang mesra sikit. Jadi saya setuju, sling carrier lebih praktikal. Cuma budak lah kurang selesa sikit kalau nak tidur.

  2. kalau bawak stroller kat dalam shoping mall tu ok lagi lah..sebab tempat selesa
    yang aku pelik bawak anak kecik pergi shopping tempat ramai orang macam kat jalan TAR tu..

    kesian lah kat baby kecik tu, dah tu menyusahkan orang lain nak berjalan..sebab mak/bapak tu berhenti setiap kedai nak belek kain baju, stroller tengah-tengah jalan

  3. betul tu. bila dah jd parents ni kena la bijak pilih timing nak shopping tu. tak leh la main redah macam zaman tak kawen atau time takde anak. kena pikirkan keselesaan anak juga. kalo terpaksa pergi tempat yang sesak, amik la inisiatif bawak sling carrier atau tinggalkan anak pada nenek/atok (bagi yang tinggal berdekatan) atau tak yah pon pergi tempat2 yang sesak2 tu..

  4. macam macam hal..tp tu la..kadang2 tu memang ramai yg bawak stroller time peak hours, kena sesuaikan dengan keadaan persekitaran la…

  5. org takde anak nih kadang-kadang cakap main bedal jer..kene lah ikut keselesaan ibu/bapa dan anak
    ps/ tak yah bwk anak lah klu gi jalan tar! jem gila babas..sian anak-anak panas dan lemas 🙁

  6. hahah..nasib baik, kalau tak masuk suratkhabar la, ‘kes budak kena hempap di bazar ramadhan..’
    pape pon, parents kena bijak berfikir la kan..

  7. setuju dengan bro, baby sling carrier ni nak gerak pun senang. kalau stroller besar nak naik tangga bergerak pun boleh kelam kabut dibuatnya.

Leave a Reply to Zuan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *