March 29, 2024

Jom belasah Beef Steak

Rasanya last time aku datang sini pun, sehari sebelum baby Dayyan dilahirkan. ENTRI MEE RAJA NAPOLEAN ni. Selepas tu memang aku tak pergi atau menyinggah pun. In fact, teringat pun tidak sepanjang tempoh berpantang Puan Nunu selama 44hari tu.

Trip kali ni pun teringat sebab tak tahu nak dinner kat mana. Abes perah otak, baru teringat yang kami dah lama tak menyinggah di Murni Discovery Aman Suria ni, pendek kata lebih kurang usia baby Dayyan.

 

Salah satu kelebihan baby Dayyan, even bising macam mana pun persekitaran, tidur tetap tidur..hahaha..ni baru truly genetik aku…

Pilihan aku kali ni, Beef Steak. Aku pun tak tahu kenapa aku order menu ni. Padahal 5minit sebelum tu, bukan main lagi dok merenung lamb chop. Seperti biasa, apa-apa gravy kat Murni ni memang mabeles. Tak perlu nak pertikaikan sangat. Cuma a bit tak puas hati ngan kepingan beef tu, berbanding dengan rasa nikmat Lamb Chop. Huhu..punca high kolestrol ni. Tapi takpe, sekali skala kan..?

 

Tahu menu apa ni? Kompom ada yang menjawab, ini murtabak. Salah ok, omputih kecek, dont judge a book by its cover. Nampak macam menu murtabak malaya, tapi sebenarnya ini Roti Hawaii. Amik kaww..tang mana hawaii pon aku tak pasti. Dalam tu isi ayam. Kalau bab-bab pilih menu makan yang RARE, memang aku boleh pass kat bini aku nih. Tapi kalau silap pilih, tak sedap la, tak leh telan la, memang dia pass kat aku, mohon dihabiskan. Itu kalau tak sedap. Nasib baik yang Roti Hawaii ni sedap je even tak tahu kenapa nickname roti ni Roti Hawaii..:-p

 

Ikhlas aku tanya ni, nampak macam pasangan anak satu ke, atau loving couple yang dating malam minggu sambil tunggu timing masuk panggung???

Burpp…

**jangan lupa jawab soalan tu ye?:-p

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

11 thoughts on “Jom belasah Beef Steak

  1. Setiap hari adalah loving ccouple buat kita suami isteri..
    Sapa lagi nak kata lagu tu klau bukan kita sendiri untuk pasangan kita kan 😉

  2. kena jawab ke…SA rasa kan……kan……masih boleh la jd loving couple walau dah beranak satu….hehehehehe….

Leave a Reply to Myra Jay Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *