September 19, 2020

Tidur di katil sendiri..

Dari hari pertama kelahiran, memang baby Dayyan akan tidur di tengah-tengah kami, satu katil. Senang untuk kami perhatikan dia, kot-kot ‘terjeluwok’ atau apa-apa yang boleh mengganggu tidur dia. Minggu pertama je tidur dia berlapikkan tilam baby, the rest tu memang tak pakai tilam baby pun, selamber je tidur sama level dengan kami. Katanya lebih nyenyak tidur..

Masuk sebulan, Dayyan memang tak lena kalau tidur berbantalkan bantal baby. Tapi bila dibaginya bantal orang dewasa, wah bukan main nyenyak tidur tu..bantal makpak dia pon okkey..tak padan ngan kecikk..

 Semalam usia Dayyan dah masuk 45hari. pejam celik pejam celik sekejap je rasa. Cepat masa berlalu, pasni tup-tup dah merangkak dan berlari lak..mesti miss the moments masa dia baby kan. Harapnya lepas ni, aku ada more time untuk dihabiskan bersama sebelum dia ada kawan-kawan lain..

So, sebagai latihan untuk dia berdikari, semalam adalah hari pertama dia tidur berjauhan dengan makpaknya. ala, bukan jauh mana pun, tepi katil je pun..hahaha..tengok tu,bukan main lena je dia..

 

Ye la lena tu..untuk sejam dua jam pertama je, then lepas tu, nangis-nangis dah..so terpaksalah amik dia letak bawah ketiak Puan Nunu..baru betul-betul lena…

alahai anak oii..

eh masa update gambar ni, ada orang cakap katil BumbleBee ni sama macam baby Adam dalam Teduhan Kasih, lakonan Adi Putra..konpius aku baby Adam mana mula-mula..hahaha..

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

11 thoughts on “Tidur di katil sendiri..

  1. Aku rasa sebak baca ayat ‘sblm dia ada kawan2 lain..’ Dh la aku tgh rindu anak buah aku ni..they grow up so fast kan..

  2. Aku beli jugak katil nie untuk baby twin aku, tetapi asyik nangis jer bila tidur mungkin sebab sempit kot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *