May 31, 2023

Jerebu..pergilah pergi..

Since dua tiga hari lepas, jerebu makin teruk di sekitar KL & Selangor. Dan pagi tadi, memang memuncak dia punya tahap pencemaran. Kiranya aku ni jenis lasak gak, tak pernah lak terkesan dengan kes-kes jerebu sebelum ni. Selamber je melepak tepi jalan, even udara berjerebu. 

Tapi tidak untuk kes kali ini. Sabtu lepas, semasa pulang ke rumah mak mertua, ingatkan aku alergi dengan certain makanan. Gatal-gatal muka dan mata. Selepas dua tiga jam, baru terperasan itu adalah efek negatif daripada jerebu ni. Simpati aku pada mereka yang mempunyai masalah kesihatan terutamanya yang melibatkan sistem pernafasan, asma etc, mesti lagi seksa kan. Harap-harap adik aku yang menghidap asma boleh bertahan dengan persekitaran yang berjerebu nih.

Alhamdulillah, nasib baik baby Dayyan berada dalam keadaan baik. Risau gak dia terkesan dengan udara yang amat tidak sihat skang nih. Dan syukur gak, dia tidak ditempatkan di nurseri/tadika, kalau tak, pasti aku laki bini risau pasal dia. Tenkiu Mama sebab sudi menjaga the cute boy!

Banyak-banyak minum air masak untuk elakkan kesan negatif  jerebu kepada sistem pernafasan. Aku berdoa since semalam supaya bos bagi cuti darurat, tapi memang dalam mimpi lah!..haha..dalam ofis pon berbau asap ok. Last-last lagi selesa melepak di kedai mamak..

Esok outstation ke Kertih. Amacam indeks pencemaran udara kat sana ye? Harap-harap esok semuanya clear, kalau tak, memang aku guna SCBA sambil berjalan-jalan dalam loji minyak&gas!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

7 thoughts on “Jerebu..pergilah pergi..

  1. baby Dayyan good.. lek jer jln2 g OU smlm..
    fuh, fuh.. jerebu fly away.. da mcm mntera sedu Dayyan da.. keh2..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *