March 29, 2024

Buat duit dengan blog?

Rasanya ramai masih tercari-cari cara terkacak untuk buat duit melalui blog kan? Sebenarnya dalam era sekarang ni, pelbagai cara yang sedia dah ada untuk buat duit melalui blog. Sesiapa yang join Seminar Buat Duit dengan Blog anjuran Denaihati Network, pasti sudah bercambah idea yang patut dibajai lagi dengan benih-benih usaha. Ditambah lagi dengan gaya terkacak dari bro Titan, sambil ‘tidur’ pun boleh buat duit.

Dengar citer daripada mereka yang sudah berjaya memang senang, tapi hakikatnya memang masih kena berusaha dan bersyukur dengan hasil yang kita dapat. Di sini aku nak share satu lagi cara nak dapatkan duit melalui blog, at least RM10 atau RM30, bernasib baik dapat RM50!

Ye, memang boleh buat duit sambil goyang kaki, tapi sambil goyang kaki tu, jejari di keyboard perlu bekerja keras, dan otak perlu memerah strategi.

Nak tahu cara aku?

Setiap pagi di ofis, selepas update dan baca segala email di outlook kompeni, aku akan bukak Blog hazmanfadzil.com . Aku akan pastikan setiap hari, sekurang-kurang satu komen aku coretkan. Kalau sibuk sangat, aku akan qada keesokan harinya. Kalau free sangat, memang aku kasi ‘borong’ komen untuk setiap entrinya. Padan muka dia kena approve setiap banjiran komen aku..hahaha..

Kenapa aku buat begitu? Mungkin gambar kat bawah ni menceritakan segalanya. Jangan mencebik dengan nilai tu, sebab  yang paling penting,  kita kena BERSYUKUR!

 Sentiasa berpegang dengan prinsip “Sikit-sikit lama-lama menjadi bukit…”

Selamat mencuba dengan pelbagai teknik buat duit dengan blog!!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

5 thoughts on “Buat duit dengan blog?

Leave a Reply to suriaamanda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *