September 20, 2020

Baby Car Seat for DH!

Ada makpak berpendapat, tak perlu nak berbaby car seat segala bagai bila dok ke sana sini dengan kereta sebab diorang fikir lagi elok diriba/didukung sahaja bayinya. Lebih terasa ikatan kasih sayang katanya. Dengan alasan, membazir ajo..

Tapi, macam mana lak bila hanya mak atau paknya saja bersama baby masing-masing untuk ke satu-satu destinasi. Nak memandu sambil riba baby, atau memandu sambil dukung baby? *tanganpegangdahupikirdalamdalam

Tu baru fikiran pertama, fikiran kedua, tak fikir tentang keselamatan bayi dalam kereta tu gak ke? Kita je nak memandu sambil bersealbelt, baby tak perlu ke?

Atas dasar, safety come first..dua bulan sebelum baby Dayyan keluar, aku dah belikan dia hadiah Fischer Price Baby Car Seat ni untuk dia dengan doa, semoga dia selesa dengan car seatnya ni.

 

Alhamdulillah, minggu ni, baby Dayyan dah berpindah ke rumahnya selepas Puan Nunu melalui tempoh berpantang. For the time try, dia macam jakun gak, tak bergerak kot dalam car seat ni. Sebab body dia kecik lagi, aku lapik dengan kain kat bontotnya nak kasi tinggi sikit, dan letak baby head support kat lehernya supada dia lebih selesa.

So far, perjalanannya dari rumah ke TESCO Mutiara Damansara dan One Utama memang betul-betul buat Dayyan teruja!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

7 thoughts on “Baby Car Seat for DH!

  1. bagus ada carseat ni. anak saya pakai sampai usia di 3 tahun. skang leh pass baton kat adiknya pulak. skang even dia tak pakai dah carseat tapi tetap pakai seatbelt tu,dah terbiasa amalan pakai seatbelt carseat tu 🙂

  2. Bagi MQ kalau hantar anak ke nursery better use la carseat.. lenguh la kalau nak berdukung n beriba je.. Lain orang lain pendapatnya kan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *