April 6, 2020

Air jagung terlampau..

…bukan terlampau apa, terlampau sedap kot air jagung ni. Nak nak masa aku minum ni, tengah dahaga gila selepas seharian ber’lari-lari’ anak di loji-loji minyak dan gas sekitar Kertih. Warung tepi Pantai Paka ni salah satu port feveret kami selepas selesai segala urusan kerja dan tempat menyedut udara yang lebih bersih berbanding di dalam plant, walaupun sekarang ni persekitaran agak berjerebu. 

 

Kalau datang ke sini, memang akan order air jagung ni. Siap ada aiskrim vanila dan biji-biji jagung tu. Lagi seronok bila dihidangkan dengan sepingga keropok lekor yang masih panas. Sambil makan, sambil lihat laut yang terbentang luas. Ada ketika, kerancakan kami berborak sakan terhenti sejenak apabila masing-masing termenung melihat laut luas, mungkin masing-masing merenung masa depan dan berdoa semoga pintu rezeki kami sentiasa terbuka seluas lautan di depan mata. amin ya Rabb~

 

Seindah mana nikmat di depan mata, tetap aku rindukan indah dan sucinya raut wajah anak di rumah. Ni outstation pertama aku selepas Baby Dayyan dilahirkan, mujur tak lama. InsyaAllah petang esok dah boleh balik. Yey!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

3 thoughts on “Air jagung terlampau..

  1. SUBHANALLAH..CANTIKNYA LAUT TUH..LAMANYA X LEPAK TEPI LAUT….AIR JAGUNG TU LOOKS TEMPTING…X PERNAH CUBA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *