March 29, 2024

Jom menderma

Assalamualaikum wbt..

Yeah hari terakhir untuk bulan Mei 2013. Dan hari ini juga bersamaan dengan 21Rejab, bermakna lebih kurang 5minggu lagi sebelum tiba bulan yang bulan, Ramadhan..nak kata hepi dah setel bulan 5, tak gak, nak kata sedih pon idak gak..tapi yang pasti, lebih gembira bila pikirkan bulan yang mulia hampir tiba. Tapi aku rasa, puasa tahun ni aku kena bersabar dengan banyak ujian kot, sebab planning kerja yang memaksa aku berasa di site. Dah namanya worksite, kompom-kompom panas, penat, dahaga semua ada la kan, nak-nak bila tengok staf lain yang bukan beragam Islam, rilek je teguk air oren kat tepi jalan. Kalau tak kuat iman, silap-silap terteguk sekali..nauzubillah…

Dah nak masuk separuh perjalanan kita untuk tahun 2013, dah review balik ke apa amal kita untuk tahun ni? hehe..asik-asik review pasal kerja-kerja yang dah/belum setel, apa kata kita review gak amal yang kita buat 1/2 tahun ni..Cukup ke idak persiapan kita untuk menuju ke ‘perkampungan abadi’ kelak?

 Ok, sempena hari Jumaat hari yang mulia ni, aku nak war-warkan kat sini, kiranya ni satu peluang untuk sapa-sapa yang nak ‘invest’ untuk pasaran akhirat kelak.

Aku mewakili alumni batch sekolah aku, SMS Tengku Muhd Faris Petra a.k.a Farisian9600 sedang mengadakan kutipan amal/derma untuk disalurkan kepada 40 pelajar daripada keluarga miskin tegar dan 45 orang pelajar anak yatim. Kutipan derma ini akan di’convert’ ke barang-barang keperluan yang diperlukan oleh mereka untuk menyambut Syawal nanti. Yela kan, tak best la kalau kita je yang bergumbira kan?

InsyaAllah, ikut perancangan Ketua Projek ni, sumbangan berbentuk barang keperluan akan dilakukan bermula minggu pertama bulan Ramadhan nanti.

So, kepada bloggers/readers yang ingin menyampaikan sumbangan peribadi, bolehlah disalurkan ke akaun khas Maybank di bawah nama Ketua Projek ini, saudara Mohd Amin Md Johari. Untuk transaction email, boleh disend ke email address yang tertera di bawah, untuk rekod persatuan..

Bank: Maybank 
No akaun: 562834624664
Alamat email: bakti.farisian@gmail.com

Akhir kata, aku tertarik dengan quote yang dipost oleh saudara Amin ni..

Pakat ramai2 menderma utk kesejahteraan dunia dan akhirat..
Yg rasa tgh sempit skrg, mendermalah, inshallah lapang nnt..
Yg tgh runsing skrg, mendermalah, inshallah tenang..
Yg tgh berkeinginan skrg, mendermalah, inshallah tercapai..
Yg tgh susah, mendermalah, inshallah senang..
Yg tgh sedikit, mendermalah, inshallah byk..

SELAMAT BERAMAL:-)

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

5 thoughts on “Jom menderma

Leave a Reply to suriaamanda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *