March 28, 2024

Lontong Klang terbaik!

Malam-malam ni layan gambar menggiurkan pun best kan! Korang yang tengok pun meleleh air liur, apatah lagi aku yang boleh bayangkan rasanya masa menyantap sarapan pagi kat sini! Kat mana yek?

 

Yeah..di kedai Lontong Klang yang terletak tak jauh dari Jusco Bukit Tinggi, Bandar Botanik. Rasanya dah 3,4 kali aku dan famili belah Puan Nunu bersarapan di sini. Memang diakui, setakat ni, lontong kat sini je yang paling sedap pernah aku makan. Cukup rasa dan sifatnya. Kat kedai ni, dia punya menu hanya lontong, nasi lemak dan roti canai. Tiga-tiga menu ni aku dah try dan semuanya terbaek!

 

Puan Nunu dan lontong telur matanya. Hari Khamis lagi dah request nak bersarapan kat sini pada pagi Sabtu. Nasib baik kedai ni bukak, kalau tak haru nak mencari..hahahah..

 

Amekkaww..lontong special pilihan aku pada hari itu. Mulanya, aku tanya akak yang amik order, tang mana specialnya? Jawabnya, semua bahan adalah DOUBLE TROUDLE! Fuhh..no hal la, lagi pun lepas aje bersarapan ni, nak terus ke MidValley. Kan ada Maternity&Child Expo, kompom aku nak kena angkut barang-barang shopping Puan Nunu! Burppp alhamdulillah..

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

2 thoughts on “Lontong Klang terbaik!

Leave a Reply to titan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *