March 29, 2024

Harga emas terkini, masa terbaik untuk membeli.

21 April 2013..menjadi aktiviti mingguan kami untuk window shopping & mencari keperluan di mana-mana shopping mall. Terasa hidup agak kurang efisien dan produktif kalau asyik memerap di rumah sepanjang dua hari di hari minggu. Minggu ni lak ke One Utama. 

Suasana di One Utama pada hari Ahad setiap minggu memang tidak banyak beza, sentiasa ramai. Tapi yang mencuri tumpuan aku adalah di beberapa kedai emas di dalam One Utama ni. Boleh dikatakan kebanyakan kedai dipenuhi pengunjung. Apa yang menariknya?

 

 

 Tengok harga emas terkini kat kedai ni. Wow..rasanya last skali aku masuk kedai emas pada tahun lepas. Seingat aku, masa tu RM196+-/gram untuk emas 916. Harga emas hari ini RM156 untuk emas 916. No wonder sekarang ni ramai pelabur emas yang borong emas gile-giler sebab harga emas hari ini merupakan harga emas terendah untuk beberapa tahun kebelakangan ini. 


Rasanya inilah masanya untuk pelabur emas baru patut mengambil ini untuk menambah nilai pelaburannya.

Bercakap soal pelaburan emas ni, ada sesiapa tahu tak brand mana yang terbaik untuk ‘gold investment’ di Malaysia ni? Adakah GCP, GSR, Public gold, Sinargold atau jenama lain?

**gua mula tertarik untuk series invest dalam gold investment ni..

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

8 thoughts on “Harga emas terkini, masa terbaik untuk membeli.

  1. Beli kat kedai emas ada ‘nama’ ni mahai..gi beli la emas kat kedai biasa2..emas 916 tetap 916. Lbh murah, lebih berbaloi.

    Acik dah x larat nak borong woihhh menjak2 harga jatuh gini! Laki mak jemahhhh jugak yg pitam kebah pitam kebah

Leave a Reply to JMR Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *