March 29, 2024

Trafik Blog Mencanak 31,684 views sehari

Salam hujung minggu!!

Apa habar dan apa plan di hujung minggu ni? Wah, cam dah lama tak tanya khabar kat sini kan. Almaklumlah, kalau blog foodblogger Malaya down sebab terkena virus malware, blog JMR lak down selama seminggu lebih gara-gara bandwidth limit exceeded.

 

Aku mula berada di offshore since 7/11/2012, bermakna sejak dari tu, memang tak sempat nak online. Tapi early planning, memang dah schedulekan 2,3 entri selama tempoh offline aku. Tapi tak sangka lak, sempena Awal Muharam, ramai yang menggoogle pasal doa awal&akhir tahun sehingga mencapai views teramai 31,684 pada 14/11/2012. Dan bila aku call blog manager aku pada 15/11/2012, dimaklumakan blog aku dah memang sedia down selepas 14/11/2012 disebabkan bajet bandwidht hanyalah 20G sebulan untuk blog picisan ni. Yela kan, blog personal je pon, takkan nak amik yang 100G lak kot..iskh iskh..*pasrah

 

Kagum aku dengan rakyat Malaysia yang lebih gemar menggoogle benda-benda yang lebih berilmiah ni. At least ada la gak ‘sumbangan’ aku sebagai blogger picisan di alam cyber ni kan..hehehe..

Walaupun blog aku down selama dua minggu, dan aku pasrah, tapi setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya kan. Apa dia?

Setidak-tidaknya, terbukti kuasa permainan SEO mampu melonjakkan sesebuah website/blog. Pendek kata, terbongkar le sikit rahsia SEO. Ops, aku bukannya jenis blogger yang terlalu taksub dengan SEO. Secara kebetulan je nih..but then, kalau kena dengan cara, masa dan tekniknya, kompom ko tak update sebarang entri dalam masa yang lama pon, trafik blog ko maintain je dikedudukan yang selamat..ini pon salah satu tip blogging gak kan?:-p

Dan alhamdulillah cecah je kaki kat darat, terus hantar email ke team hosting provider blog JMR ni. Setelah liase dengan diorang, finally blog JMR sudah diaktifkan semula sejak petang semalam. Thanks NetKL denga servis yang terbaek. Terubat sikit kesedihan hati akibat penarikan status Glitterati oleh Nuffnang..harap-harap di’anugerah’kan balik status tu dengan secepat mungkin ye NN…plss!:-p

Apa-apa pun, selamat berhujung minggu & stay tune+keep reading okkey!

Enjoice!

-JMR-

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

9 thoughts on “Trafik Blog Mencanak 31,684 views sehari

  1. Pingback: Maal Hijrah 1435H/2013 |
  2. Wah…byk tinggi tu pageview sampai 31,684 sehari, pasti keywordnya mencanak. Apa keyword tu…boleh kongsi buat saya. Saya ni blogger baru je…naklah jugak tahu bagaimana trafiknya bagi mencanak?

Leave a Reply to Maal Hijrah 1435H/2013 | Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *