“Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima,” [Surah al Rahman ayat 68].
Alkisah..tak pernah aku membeli si buah delima a.k.a pomegranates nih. Mungkin salah satu hikmah bila si isteri berbadan dua, pertama kali mencari dan membeli buah delima ni. Sempena menurut nasihat umi, mencarilah aku si buah delima nih..terjumpa di Jaya Grocery dengan harga Rm5.60 sebijik..
Sedang menggoogle pasal buah delima ni, terjumpa satu artikel di blog Mush tentang khasiat buah delima terutamanya kepada ibu mengandung;
- Mengekalkan keadaan jantung dan hati yang sihat
- Membersihkan hati dan saluran perkumuhan
- Menyingkirkan lemak berlebihan
- Meningkatkan tenaga seksual suami/isteri
- Mencegah rasa mual
- Menstabilkan hormon semasa haid dan melancarkan kitaran haid
- Mencantikkan kulit muka
- Membantu memulihkan pesakit kencing manis
- Berupaya menghapuskan kahak
- Memberi tenaga dan mencegah keletihan
- Mencegah angin ahmar bagi warga emas
- Meningkatkan peredaran darah
- Mencegah dan merawat kanser
- Membantu menstabilkan tahap kolestrol dalam darah
- Membakar lemak dan mengurangkan berat badan
- Membantu menguatkan sistem percernaan dan usus
- Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung
- Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu
- Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan
- Membantu mendapat bayi yang sihat dan kulit yang cantik
- Membantu mengurangkan batuk dan lelah
- Membantu merendahkan dan menstabilkan tekanan darah
- Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar
- Membantu membaik pulih sistem hati dan limpa
- Membantu mencuci buah pinggang dan saluran kencing
- Membantu menstabilkan hormon wanita yang menopous
Komen Puan Nunu, ” layan gak makan delima ni, ala-ala makan kuaci, biji per biji telan sambil layan drama Julia di TV3...”
bgus buah delima ni..mengandungkan dua2 anak bee makan. siap beli jus pure. mahal jugak tp pejam mata jerlah. demi anak dan kesihatan punya pasal. masa bby kuo ada dua tiga org doktor puji mata anak cantik..heheheheh. tak tau lah adakah kerana dek mkn buah delima tu ker atau benda lain.
kalo ade org teman mkn lgi seronok kot.. sbb smpai skrg ni xabes2 lgi mkn sebijik tu..
assalam..good info…mahalnya buah delima kat malaysia..kat mesir rm5 je sekilo…:-)