March 29, 2024

Nasi Daun Pisang | Kedai Makanan Raju

Pernah makan nasi daun pisang? Bukan..bukan..bukan nasi lauk daun pisang atau nasi masak daun pisang..ianya nasi daun pisang! Erk, camana aku nak kasitau untuk yang 1st time dengar nasi ni ek?:-p

Kedai Makanan Raju yang terletak di Jalan Gasing(bersebelahan sekolah La Salle, PJ) menyajikan pelbagai variasi makanan, dari sarapan hinggalah makan malam. Dan paling istimewa, semua makanan yang diorder, dihidangkan atas daun pisang, tak main la pinggan plastik atau kaca. Ye betul tu, kalau korang order tosai atau roti canai pon atas daun pisang ye.

Pertama kali di Kedai Makanan Raju ni atas ajakan makcik aku, sangat kagum dengan suasana 1 Malaysia di sini. Melayu, Cina dan India semua ada woo.. Full house okkey, time ni dalam jam 10 pagi..

 

Taraa..nasi daun pisang..cara servis diorang, mula-mula korang akan dihamparkan dengan bentangan daun pisang. Pastu, side dish cam sayur kobis goreng, ada kentang goreng, sambal lak, korang boleh amik ikut kuantiti yang korang suka. Nasi lak akan disenduk oleh pelayan kat situ. Pastu main dish akan tiba ikut order korang..

 

 

Ada sotong goreng, ada tenggiri goreng, ada ayam goreng dan kari ayam. Soal rasa, memang tiada komen, cukup rasa cukup sedap. Cuma bila tang soal harga, memang agak tinggi. Mana taknya, aku tengok kat menu, roti canai biasa je pon dah RM1.50..rasanya kat Kedai Makanan Raju la roti canai yang termahal pernah aku jumpa kat Malaysia nih..mungkin kira skali dengan daun pisang kot..hehehe..Thanks to makchek aku yang belanja untuk brunch kami kali nih..burp alhamdulillah…

Restoran Raju,Jln Chantek 5/13 off Jalan Gasing Petaling Jaya27 Jalan Chantek 5/13,OffJalan Gasing, 46000 Petaling Jaya 46000, Selangor.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

5 thoughts on “Nasi Daun Pisang | Kedai Makanan Raju

  1. I simply couldn’t leave your web site before suggesting that I actually enjoyed the standard info an individual supply in your visitors? Is going to be back frequently in order to check up on new posts

Leave a Reply to aNNa Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *