March 29, 2024

Detim@Tony Romas

Tahun ni agak unik sikit berbanding tahun-tahun yang lepas. Mungkin disebabkan kesuntukan masa dan komitmen kerja serta peningkatan usia sementelahan kemalasan menempuhi trafik jam yang menggila di kala waktu berbuka puasa, membuatkan aku giler malas nak berbuka di luar.

In fact, ini kali kedua aku berbuka di luar selepas pertama kali berbuka puasa di Shogun seminggu yang lepas. Eh, rasa tak patut declare berbuka puasa di luar, sebab time masuk Maghrib, aku telan kurma sebijik, masih di rumah lagi kot. Ni gara-gara lambat keluar dari site, natijahnya, dekat-dekat nak Maghrib baru sampai rumah..dem..

 

Untuk trip kali ni, kami melepak di Tony Romas e@Curve sambil melayan semi final badminton Olimpik. Haruk pikuk, tapi memang seronoklah! Since pergi pon selepas waktu berbuka, seat memang kosong, dan siap boleh pilih betul-betul depan TV. Puan Nunu memang menu wajib order kalau ke Tony Romas, Chicken Tenderloin..lebih kureng cam chicken filler cicah BBQ sos je kot..kihkih

Menu aku kali ni..alang-alang kempunan ngan beger bakar kaw-kaw, amik je yang iras-iras beger bakar. Steakhouse burger..makan-makan slow sambil layan Lee Chong Wei bantai Chen Long..

 

Puan Nunu bersama hidangan yang sengaja disimpan untuk bersahur. Masa ngorder, kompom-kompom je boleh habis..bila dah start makan + hirup ice lemon tea, memang separuh je la mampu habis. Aku nak nolong pon dah tak daya..Burppp…

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

5 thoughts on “Detim@Tony Romas

  1. Nyum3x,.. kita berbuka kat TR hari tue, tapi kecewa dengan fried mashroom. Macam kena tipu sebab tepung lebih dari mashroom 😛

Leave a Reply to JMR Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *