March 29, 2024

Buffet Shogun

Rasanya aku dah tahu pasal Japanese Buffet Restaurant, Shogun ni dah lama, tapi baru dua kali singgah melepak. First time masuk, masa berbuka puasa dengan awek aku last year, dan second time datang tempat yang sama, dan seat yang lebih kurang sama tempatnya dengan bini aku, Jumaat yang lepas..fuhh nasib baik orang yang sama..kahkah..Deco restaurant dan susun atur food masih sama. Dengan kaunter sushi bagai paling besar..ala, stended la kan, dah namanya restoran jepun..

 

Yang bezanya tahun, ada satu sudut ni, menempatkan makanan ala-ala kampung. Ada ayam percik, gulai daging, ulam-ulaman termasuk petai, kuih tepung pelita, patin masak apa ntah..dah ada la dua tiga jenis lagi..tak sempat nak hafal..aku amik ayam percik ngan kuih tepung pelita je. As expected, ayam percik kat bazar ramadhan lagi sodapp..hahaha..

 

Kali ni kita tukar selera sikit. Start dengan sushi kat atas ni sebagai pembuka juadah. Cicah dengan syoyu, ditambah rasa dengan secubit wasabi..sampai menangis Cik Puan aku..hahaha..

 

Diikuti dengan shark fin soup. Telan aje, malas nak pk panjang, tambah-tambah ada rasa sedikit ginseng..huhuhu..

 

Burrppp luhh..pastu sambung lak ngan sashimi..ada spesis maguro, salmon, sotong..cam biasa, wasabi ngan kicap syoyu tu memang wat pencicah la..takkan nak cicah sambal belacan lak kan..kihkih

Konsep buffet, makan sampai lebam, dan choose food yang harga paling tinggi. So, haruslah meratah unagi sewenang-wenangnya..ni kalo kat sushi king, mahu RM5 atau RM6 sepinggan, dah tu, dua ketul je..

 

Weehoo..ada bran hirup mentah-mentah???

 

Selamber je okkey..pastu sendawa dengan hidung Cik Puan Nunu..burppp..

 

Ok..pas nafas dah kembali normal, sambung lagi dengan sushi..eh telur ikan apa eh yang kaler itam tu. Aku dah lupa dah..tapi sedap..series..bukan caviar kan???

 

Asik makan makanan separa masak je..bosan gak kan. Amik yang masak lak..tengok tu, anak ketam..sapa tahu kat pasar mana ada jual anak ketam tu?hahaha..

 

Haa..ni la yang aku cakap lauk ala-ala kampung tu..dari start berbuka, sampaila dah baca doa habis makan, camni la kuantiti dia. Tak bersentuh. Sebelum berbuka je, ikutkan nafsu nak blasah ayam percik tu, secubit rasa, tak ngam, simpan je dalam pinggan tu. Last-last tindih ngan pinggan lain, panggil waiter mintak tolong angkatkan..hahaha..

 

Ni dah nak masuk roun-round last nih. amik yang ringan-ringan je..ringan sangat la kan..

Tako yaki! Dulu masa kat Jepun, sanggup naik train transit dua tiga kali semata-mata nak pekena Tako Yaki kat pasar Ueno..agak-agak ada lagi tak brader yang jual tako yaki ni kat sana ek? errrr…

 

Bukan main excited lak Cik Puan ni ngan anak ketam tu. Suruh telan, tak berani, kesian katanya..dah tu, bapak ketam, berani ke telan seketul camtu??:-p

 

Huuuu..natang sunggoh…gambar-gambar yang lain ok je aku tenung. Bila tenung gambar last ni, tengok jam, cehh baru jam 1petang!! Lambat lagi masuk waktunya…

 

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

5 thoughts on “Buffet Shogun

  1. Pingback: Detim@Tony Romas |

Leave a Reply to Nurul Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *