March 28, 2024

Ganti MyKad secara Online

Wehoo..aku dah ada MyKad baru? Nak tengok? Takyah lah, guna muka sama je sebab aku rasa muka tu nampak lebih segak dan muda..kahkah..

Salah satu benda paling yang paling menyampah aku nak buat ialah beratur di ofis-ofis gomen. Kenapa? Tahu-tahu jela kan, takkan tu pun aku nak kena bagitau gak. Since chip MyKad aku dah barai giler, nak update EPF pon fail, nak taknak kena ganti MyKad baru. Nasib baik bulan lepas, aku terperasan yang MyKad ni boleh diganti melalui online sajo, takyah nak kena menunggu lama-lama kat JPN.

Nak buat ni senang ajer, masuk je website Jabatan Pendaftaran Negara, dan link Permohonan Gantian MyKad.

Oh ye, bukan semua kes ganti MyKad boleh kot online ni..3 ni jer;

1)Gantian cip atau kad rosak

2) Gantian biasa (menaiktaraf cip dari 32k ke 64k)

3) Gantian disebabkan kehilangan.

Ok la kan. at least ko dah save banyak masa daripada membuang masa menunggu. Oh ye, payment untuk urusan di laman JPN ni hanya boleh dibuat melalui transaksi Kad Kredit sahaja.

Oh ye, sebelum tu, korang kena daftar diri luh. Baru leh nak berurusan kan. Jangan risau, sistem ini dijamin selamat. Sebab aku dah pon guna. First time buat, transaksi kad kredit aku hang sebab sistem diorang down. Then, esoknya dapat email dan phonecall daripada orang JPN, cakap duit aku yang dah terbayar akan dipulangkan kembali. Nasib baik layanan memuaskan, so aku buatlah untuk second time. Alhamdulillah transaksi berjaya dan dua minggu selepas tu, aku dah boleh collect MyKad baru di cawangan JPN yang aku pilih. Sonang kan..

Oppss senang senang gak. Tapi aku masih ada cadangan untuk menambahbaikan sistem ni. Kan lebih baik, kalau transaksi bayaran boleh dibuat melalui transaksi bank-bank tempatan. Sebab rasanya bukan semua orang kad kredit. Dan lagi satu, kan lagi best kalau, ada sistem yang membolehkan pemohon mengupload gambar-gambar terbaru untuk digunakan sebagai gambar baru MyKad.

Akhir kata, gunalah teknologi yang ada, takde pekdah gomen belanja juta-juta untuk membangunkan sistem ni, tapi rakyat saje membutakan diri daripada menggunakan sistem yang ada. Done!

Waktu operasi Sistem Gantian MyKad atas talian JPN:
– Isnin hingga Jumaat : 8.00 pagi hingga 10.00 malam
– Sabtu : 8.00 pagi hingga 2.00 petang
– Ahad : 8.00 pagi hingga 8.00 malam

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

7 thoughts on “Ganti MyKad secara Online

Leave a Reply to mama tisya Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *