March 29, 2024

Movie Date dengan Fara Fauzana!

Kata pepatah, ‘rezeki jangan ditolak’, apatah lagi barang free dan sukar dicari. Paling penting, takde la rasa sayu sangat di malam raya sebab tak berkesempatan pulang beraya di kampung. Sebabnya, pada petang hari Sabtu lepas, DJ popular HotFM ada mengofferkan tiket filem Alamak Toyol dan menonton bersamanya di Cathay Cineleisure Damansara. Giler ko nak tolak, aku dah la free masa tu, even dow badan still lagi lenguh-lenguh selepas pulang dari outstation, tapi tetap kugagahkan untuk Fara Fauzana..amacam kak, ok tak ayat nih??:-p..

 

Aku ingatkan dia saja nak menghangitkan aku, tapi jarak umah-Cathay pon tak sampai 15minit, kalo betul kena hangit pon, takde la terasa rugi sangat kan. Sesampai ajer kat entrance, dari jauh dah leh cam RealFafau.

“Say what…??”..do reply..” Tweettttttt…” and you got the tix..what a easy life!..kahkahkah

 

JMR, ur feveret drink, PEPSI kan??“..

wah klas akak hot nih. Siap tahu feveret softdrink aku masa menonton.macam nilah baru fan sayang..kihkih..

 

Yang baju oren tu bukan DJ ye, itu blogger Yana Yasin. Dan banyak kali jumpa kat event, tapi taknah borak-borak, baru kali ni sempat chitchat. Juga kaki wayang tiket free!

 

Bergambar bersama geng-geng yang hadir. *tetiba terasa nak join fan club Fafau lak.

Takperlu kot aku nak review pasal Alamak Toyol! ni. Satu yang aku leh cakap, lawak Angah & Along memang cam gampang. Tambah lak ngan watak budak toyol kaler hijau tu. Aku dah la ngah menahan nak kencing, sepanjang cerita, 90% adalah lawak yang aku memang taktahan untuk tidak gelak. Nasib baik semua selamat, kalau tak, ada yang aku gelak sampai terkencing g nih. Aku rekemenkan citer ni, sekadar untuk suka-suka dan bergelak tawa.

 

Bersama Angah Raja Lawak. Sampai laa ni aku akan tergelak sorang-sorang bila teringat scene last yang cop mohor toyol ada tersorok kat celah tetek dia..

Aku rasa ini salah satu aktiviti yang cukup efektif untuk merapatkan lagi silaturrahim antara selebriti ngan fan. Movie date secara eksklusif ni bukan sahaja membolehkan fan borak panjang-panjang ngan si Fafau, dah tu leh share macam-macam citer yang umum takkan tahu. Kan bagus kalau lagi ramai #retis popular yang buat aktiviti camni.

Biasanya, kalau pergi event camni, Cik Nunu akan teman aku. Tapi kali ni, dia berada di kampung. Untuk mengelakkan side effect majuk di malam raya sebab gi tengok movie tak berajak, so aku call dia selepas abis tayangan. Then aku pass kat Fafau untuk say hi kat Cik Nunu. Bukan main excited dia, sampaikan terlupa side effect majuk. Almaklumlah diehard fan Fafau kan..siap leh cakap,

” Kalau dengan Fafau, takpe….”

time tu aku rasa aku ni bijak giler nak handle perempuan…kahkahkah..

* suka dengan celoteh Fafau samada di on air ataupun depan mata. Tapi kat depan-depan lagi best, siap gerak tangan, kaki dan badan semata-mata nak ulangtayang kisah-kisah yang berlaku di Anugerah Skrin yang lepas. So cute okkey..

next time jangan lupa jemput lagi ye!

Sekian, terima kasih.

– Kaki wayang tegar-

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

10 thoughts on “Movie Date dengan Fara Fauzana!

  1. mlm tu trus xleh tido sbb fafau ckp dgn i.. huhu..
    sape kata xmajuk lagi.. nk smbug majuk lepas raye.. hehe..;)

  2. Wowww, baca entri nie pun dah buat org senyum jerk,.. mmg tak boleh blah bab cop mohor bawah tetek tue,.. muhahahahaha.

Leave a Reply to madammondoq Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *