March 29, 2024

SALAM AIDILFITRI 1432h

Assalamualaikum wbt…;-)

Puasa amacam bro? Best?

..kalau dok tengok update fesbuk, twitter, masing-masing dah sibuk dok bagitau hari ni dah last day puasa walaupun belum lagi secara rasmi diistiharkan oleh penyimpan mohor besar Raja-raja yang esok Hari Raya! Macamana kalau raya tak jadi? kena postpone tahun depan???kahkahkah..Jadi, dikesempatan ini, aku sebagai owner laman sesawang ni, menyusun 10 jari memohon maaf atas segala keterlanjuran dalam penulisan yang merapu meraban di sini seandainya ada kata-kata aku yang mengguris hati korang wahai pembaca-pembaca jmr23.com sekalian. Alasan stended, biasalah, kitakan manusia biasa..kihkihkih..

Kepada kawan-kawan yang mengenali diri aku di sekitar perkampungan aku ni, jemputlah datang ke rumah terbuka kami, bermula selepas selesai khutbah solat sunat aidilfitri sampai hari raya ke-3. InsyaAllah, korang akan kenyang..

Kepada yang sedang bekerja hari ni, rilexxxxxxxxxx luh..esok raya ni. Udah-udah le tu ngadap PC, jom balik kampung beraya! Hati-hati kepada yang memandu..

Akhirul kata, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1432H. MAAF ZAHIR BATIN. Jadikan hari raya tahun ini memberi 1001 makna kepada korang sumer.

InsyaAllah Raya Jadi esok..:-)

JMR-29Ramadan1432h

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

5 thoughts on “SALAM AIDILFITRI 1432h

Leave a Reply to Firus Ruhaizad Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *