March 29, 2024

Gentel

Sepanjang bulan puasa, semua umat Islam kat kompeni aku ni tak dibenarkan keluar lunch. Baguskan diorang ni even owner kompeni tak puasa, tapi cara ni kurang-kurang boleh mengurangkan kadar umat Islam yang ponteng puasa. Jadi, aktiviti tengahari hanyalah melepak di dalam ofis. Kadang-kadang maximize window fesbuk. Rasa-rasa cam ada orang lalu belakang aku, cepat-cepat minimize window fesbuk, maximizekan window outlook. Betul-betul seat blakang aku, si Mani yang kadang-kadang puasa, tapi selalunya tak puasa la sebab dia tak wajib puasa, walaupun dah sebulan bersunat anunya itu. *ni dia citer, aku tak tengok okkey..

Biasanya, hari-hari aku kaver line dia, dia kaver lain aku. Nilah salah satu simbiosis yang diperlukan bila bekerja di ofis nih. Sambil-sambil borak di tempat masing-masing, sambil ushar awek fesbuk. Pastu dok share, walaupun aku langsung tak paham taste dia.

Satu hari, sedang lagho dok ushar fesbuk sorang awek Indon nih, si Mani ni leh lak dok stori pasal pengalaman dia..

Mani: ” Semalam gua gi gentel “..wah wah ari-ari ushar minah Indon, semalam dah gentel, pikir otak kotor aku..

” Lu gentel pe bro? “

 Mani: ” Ala, aku gi gentel yang kat 1Utama tu le, baru lagi, baik lagi brooooooooooooooooo” sambil muncung-muncung bibir hitam dia tu..Takleh jadi ni, bulan-bulan pose ni, setan dah kena ikat, tapi ni setan lain lak yang terlepas nih..

” Syiok sangat ke?? ” tanya aku untuk sebuah kepastian..

Mani: ” Syiokkk giler bro…ada satu, sampai leh wat aku tertido..tapi lain-lain cam geli-geli pon ada gak..” peh..dia punyer explination, simple tapi padat. Dah macam report yang selalu dia submit, yang juga selalu kena campak balik ngan madam sebab simple, padat dan mengarut.

” Geli-geli pe ni bro. Lu citer time gua pose nih..”..aku dah panas nih, tapi masih ingin tahu.

Mani: ” Pehal lak. Gua citer biasa-biasa je. Lagipon gua tengok, ramai je yang pose pegi gentel gak. Tak caya, gua ada amik gambar nih hah ” wah wah, siap amik gambar lagi nih. Dah menggentel, sempat lagi snap gambar ek..

Mula-mula aku tolak gak offer dia nak tunjuk gambar. Tapi bila dia send kot outlook aku, terpaksa la aku bukak attachement tu

Sekali hambek ko………………

terus aku off laptop, campak kat kepala si Mani tu. Cilakak…macam jahanam dah pronounciation ko..bukan gentel la..gintel..gintel…

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

4 thoughts on “Gentel

  1. itu gentel manyak siok woo..memang ada rasa geli2 sket bila taim dia menggentel montot kita bila kita duduk atas gentel tu.

    Kahkahkah..

Leave a Reply to mak lagenda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *