March 29, 2024

Burp @ BIG MOUTH Chili’s

Assalamualaikum wbt..
Eh, hari ni dah hari Isnin ek? Uiks..tup-tup dah hari Isnin ye hari nih. Cepat tol masa berlalu. Sedar-sedar dah hampir seminggu aku berilek-rileks ye. Dah buat pertama kali selepas 5minggu hidup tanpa hujung minggu di KL, semalamnya weekend, berjaya gak aku stay kat KL. Dan maaf kepada sesiapa yang menghubungi aku tapi tak dapat, sebab aku ‘offline’ kan henpon aku untuk Hari Pekerja nih..kahkahkah..dah namanya cuti Hari Pekerja kan..public holiday tu!!!
Kerja je cuti okkey. Makan tetap makan. So malam hujung minggu aku yang lepas dimulakan dengan aktiviti santai di warung Chili’s. Makan makan, minum minum & borak-borak update citer dari Cik Nunu sambil layan istiadat Royal Wedding di warung nih.
Sambil-sambil layan citer Cik Nunu, sambil-sambil layan baby D7K aku nih. Dah lama tak usik dia..mihahaha..Meh aku nak share hasil malam tu. Sediakan kain lap air liur meleleh tu gak ye…
Untuk Starter, Kicking Jack Nachos, resepi baru nih. Atas nachos tu penuh ngan Jack cheese, kat tengah-tengah lak ada ayam. Dihidangkan dengan house made pico de gallo ngan sour cream. Ni bukan takat starter, leh buat finisher sekali kot untuk dua orang.
Yang ni lak, katanya untuk menu orang diet, Crispy Honey-Chipotle Chicken Crisper. Dalam bahasa, pandai-pandai korang terjemahkannya. kahkahkah..ala, macam ayam goreng cicah madu rasanya. Makan dengan jagung sebatang tu & kentang goreng. Cik Nunu cakap sedap, tapi aku gak yang kena habeskannya..
Ini menu untuk orang selera besar..hahahah..Big Mouth Burger-Mushroom Swiss. Terbaik!!! Dengan sos cendawan & kepingan cendawan & cheese yang meleleh keluar. Syorgaa..betul betul memberi cabaran, belum lagi 3/4 aku habeskan, perut dah rasa ketat. Owh demm..tengok gambar dalam menu cam kecik jer..rupa-rupanya anak gajah nye beger.
Makan jagung rebus style manja. Kena potong sebijik-bijik..Nasib baik tak kena suap sebijik sebijik.
Big Mouth sapa yang leh muat kalau camgini la saiznya. Cer cite cer cite. Makan half, half lagi simpan untuk bekpes pagi esok. Save bajet kan.
Ni lah gaya si panglipurlara yang terpaksa update satu persatu cerita yang aku termiss selama 5 kali weekend sebelum nih. Good girl. Sabar menanti ek. Syiok gak kan, kije tempat takde jauh sangat, dok umah pon takde lah jauh sangat, tapi sebulan lebih tak lepak sesama. Acu plan nak kuar hujung mingggu, ada je kije yang memaksa aku cancelkan aje plan tu sumer..huhuhu.. Dan ni lah penghantar setia aku ke airport pagi-pagi buta selama mana aku kena fly untuk kerja luar kawasan. Mula-mula macam syahdu gak time nak masuk departure hall. Last-last kering dah air mato masa nak say bye-bye tu..dah immune kot…
Telinga mendengar update citer, mulut menten menguyah ye..nikmatnya…
Burpppp………………….alhamdulillah…..
Tempat kejadian;
1Utama Chili’s Grill & Bar
2nd Floor, 1Utama Shopping Centre, Bandar Utama.


JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

9 thoughts on “Burp @ BIG MOUTH Chili’s

Leave a Reply to maslinamansor Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *