March 28, 2024

HALAL FOOD at Vung Tau, Vietnam

Morning bloggers! Sukanya, sekejap je dah pagi Jumaat. Kan best kalo pas Jumaat, terus dah Ahad. Sudah boleh fly back. Aku suka okkey..

Eh, ada orang tanya aku, “Ko dok negara kapir lelama tu, ko jaga tak makan minum ko??” hamboi ayat ko tu ustaz, ingat aku ni takde akal ke. Kan makan minum kita akan menjadi darah daging kita. Takkan ustaz lupa ayat tu kot. Sebab even ke negara mana sekali pon saya pegi, first sekali aku akan research pasal tempat-tempat terdekat yang boleh melantak makanan halal. Sebabnya, sekarang ni, bagi saya la kan, takde istilah ‘darurat’ bila melantak nih. Teknologi dah canggih. Mana-mana senang je nak dapat kedai makan yang menyediakan makanan halal. Tepuk dada tanya iman je. Sepak kang…kahkahkah

Kalau ke Ho Chi Minh City, mungkin senang dan berlambak tempat nak melantak makanan halal. Tapi bila ke Vung Tau, yakni, sejam setengah melalui pengangkutan air, atau 2 jam setengah melalui pengangkutan darat dari Saigon Airport, mungkin agak susah. ‘Agak’ ye ustaz, bukan tiada langsung. Sepanjang aku beroutstasi di Vung Tau ni, satu-satu kedai yang aku lepak untuk melantak adalah di Viet An Restaurant. Satu-satunya kedai halal yang menyediakan makanan halal Malaysia, Indonesia, Indian & juga makanan halal versi Vietnam.

Ko cakap je nak makan apa saje. Nasi goreng, sayur kangkung belacan, tomyam..pasti macam-macam ada. Kat sini kompom halal 100%, sebab korang leh sendiri terjah dapur dia. Sikit unsur kebabian tiada kelibatan. Macam sesetengah restoran tu, cakap je takde daging/kebabian, tapi dalam sup/gorengan, siap masukkan air rebusan tulang kebabian.

Papadom macam kedai mapley Subaidah Kota Damansara!..kahkahkah..tapi kat sini, snack papadom dimakan dengan hirisan asam tomato tu. Series sodap weih. Masam-masam manis.

.

Siakap goreng pedas. Tak jauh beza pon ngan masakan di Kampung Baru tu. Sama je. Makan lak sambil dialun dengan lagu-lagu yang dicopypaste ke dalam sistem audio bunyi kedai nih..kompom tak terasa dok di Vung Tau..

Kangkung masak belacan versi Vietnam. Not bad. Tapi aku takde lak rasa belacan yang cam kat Malaysia. Maybe versi belacan kat sini lain sikit kot. Oh ye, hati-hati, ada sesetengah restoran di Vietnam ni, bila korang  order kangkung goreng belacan, memangle kita cakap jangan masukkan daging. Ye, memang diorang tak masukkan, tapi ada sesetengah restoran tu, campakkan air rebusan daging babi. So, pandai-pandai nak kena explain kat diorang, apa yang leh dimakan, apa yang haram dimakan.

Kalau di Malaysia, sambal belacan. Kalo di sini, menda alah ni la pengganti sambal belacan. Cili kicap. Kicap+cuka dia memang best, tapi bila ngap cili tu, cam harem je pedasnya. Baja tahik apa la diorang pakai ek.

Tara!!!!..pagi-pagi memang melantak ni je la. Roti canai ngan kari ayam. Ni je yang leh masuk perut pagi-pagi. Nak melantak mi goreng segala bagai, versi kat sini pelik sikit. Kang ada yang tertafakur dalam toilet kat site hari-hari. Natijahnya, selama mana aku di sini, pagi-pagi memang roti canai la yang aku dok lantak..kahkahkah…Roti canai ngan teh tarik..syorgaa!!

Kalau ditakdirkan korang dicampakkan ke daerah ni, leh la have meals di sini. Manager dia, Chinh..tapi kat namekad tulis Andy. Korang leh call je dia, kalo nak dia deliver food ke hotel korang. Bagitahu je nama aku, kompom dapat diskaun lebih sikit..hahahah…

Andy / Chinh
3/5 Ly Thuong Kiet
Ward.3 Vung Tau City
Tel: 064.3853735
Mobile: 090.999.4860/091.376.4026
email: vung_tau554@yahoo.com

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

10 thoughts on “HALAL FOOD at Vung Tau, Vietnam

  1. makan sorang2 tak syok lat jamar..meh ajak akak sekali. jangan lupa bawak tapau balik msia taw

  2. Err..perlu ke mak hntrkan pendapat mak 'baja jenis apa yg depa guna utk tanam cili depa tu" Miahahahaha…

    Melantak roti canai tiap ari kat situ?? Hahahha..sohih en mooooLAT nnt pas nih!

    P/s : X aci arr cik pia je dpt keychain..mak nak gak!! Hentak2 kaki nih..uhuks

  3. haku pedulik hape ko makan ke tak kat sana…… janji bawak balik keychain ek!!! cukup 10, aku pi tuntut!!!!

  4. tiap kali baca entri JMR musti nak tergelak, biarpon baca pasal entri makan~~mukadimah dy tuh yg lucu bebenor~~tingkatkan usaha tuk wat saya gelak sokmo lagi…hahhaha

Leave a Reply to bee2312 Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *