February 18, 2020

Banh Khot – Popular Food di Vungtau, Vietnam

Sila tengok gambar di bawah..

Ko gilo apo!! Mana ada aku ngah tengok makcik-makcik tu. Tengah tengok awek-awek tu la. Choyyy la tengok makcik bertopeng tu..

Haa..ini bukan edisi cuci mata. Ni edisi cuci perut di kala pagi a.k.a bekpes time!! Perhatikan betul-betul. Macam apam kan? Ke macam roti canai? Eh, bukan, dah macam pancake pon ada gak nih. Bukan bukan bukan..mereka tak gheti makan benda tu semua. Tu benda, namanya Banh Khot. Sebut betul-betul, B.A.N.H K.H.O.T..pandai..jangan salah sebut jadi Bak Kut Teih..tu haram namanya…
Banh Khut ni salah satu makanan femes di Vungtau. Dan paling penting, kita boleh makan, halal okkey. Sebabnya, ramuannya hanyalah daun-daun dan rumput je, macam gambar kat atas nih..Tu sengkuang kot. Hijau tu, daun apa ntah, tapi rasanya mint mint sket le. Aku ngan membe aku panggil rumput jer..
Okkey..gambar blur. Kamera henpong, gile nak bawak dslr pepagi buta gini. Gambar tu menunjukkan salah satu step sebelum ngap di mulut. Cara pegang rumbut tu kena betul tao, ala-ala lembut gitu, kaki kasi kepit, tangan kiri genggam erat dan tangan kanan tu digunakan untuk menggauli rumput-rumput lain. Easy..easy..easy lah weih!
Kendian, amik yang macam cucur udang di atas ni, masukkan dalam rumput tu tadi, then terus ke mulut sendiri. Jangan nak ngengada suap ke mulut orang lain. Ni la Banh Khot sebenarnya. Tepung dan seekor udang dimakan bersama rumput-rumput hijau dan juga kaler-kaler lain. Eh eh pagi-pagi dah minum air tebu..rupa air tebu tapi rasa cam air epal. Unik giler okkey..
BANH KHOT adalah hidangan sarapan pagi untuk semua orang. 1Vietnam okkey!!!
So, sesapa yang berpeluang ke Vungtau nanti, cuba acu try test le Banh Khot nih. Tak jauh beza ngan cucur udang cicah sos pon….
See ya!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

13 thoughts on “Banh Khot – Popular Food di Vungtau, Vietnam

  1. ish!aku cukup tak pandai nak makan makanan baru2 lagi asing macam ni.huhuhu…Rumput….???lalang tak der bro? muahaha

  2. aiyokkk jamar..dah makan daun plak dier kan. rendah gak meja tu yer, kalau akak duduk mesti senak peyut..sebab muncit sangat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *