February 20, 2020

Travelog: Hari Pertama di Vungtau, Vietnam

Hari Pertama di Vungtau, Vietnam

Alhamdulillah..satu sebab tengah kenyang ni, satu lagi sebab hari ni dah berjaya jejak kaki di Vietnam buat pertama kali. Excited la sikit kan. Mula-mula tak excited gak, sebab macam takde pape pon kat sini. Tapi bila tengok kerancakan mat-mat rempit di jalanan di  bandar Ho Chi Minh, terasa cam ‘wtf!’ bandar besar ni..seram sejuk lak kalo aku nak kena drive kat bandar gini..huhuhu..
Touch down kat Saigon Airport(Ho Chi Minh) lebih kurang jam 9.30pagi, selepas bertolak dari KUL jam 9.10pagi. wth..setengah jam je KL-Vietnam..kahkah..Vietnam time delay lebih kurang sejam daripada Malaysia ye..
Travel permulaan kali nih, hanya aku ngan sorang lagi staff, Dato’ Rahman Hasan nama dia. So agak seronok since bos tak join kami, dia menyusul di kemudian hari. Ok la tu kan, lagipon usia kami dengan usia bos, jauh berbeza. Mana bley nak geng ma, tak jiwa remaja la….dari airport, amik cab dengan bayaran USD7 + 50k Dong menuju ke jeti untuk ke Vangtau. Tang 50k tu, aku rasa cam dah kena ketuk je.
Lebih kurang 20minit dah sampai di jeti. Cilakak, cab tadi leh lak turunkan kitorang agak jauh dari jeti sebenarnya. Tetiba ada sorang pakcik ni datang nak hulurkan bantuan, angkut beg kitorang yang beratnya lebih kurang 50kg(4beg). Siap panggil geng lagi tolong kitorang. So dengan hepi sambil puji-puji orang Vietnam yang baik hati ni, kitorg membonceng le kat belakang tu.
Leh imagine tak, ngah kesibukan jalanraya masa tu, pakcik tu boleh lak bawak motor lawan arah arus, sambil bawak beg besar dua bijik+bonceng aku, menggunakan motor ala-ala Kriss..mengucap panjang okkey!! Aku ingatkan jauh, ceh tak sampai 5minit rupanya ke jeti tu. Dah tu siap mintak payment lagi, 20,000dong!!! dem…
Tiket feri dari Ho Chi Minh ke Vuntau lebih kurang 200,000 Dong. Pemferian mengambil masa lebih kurang sejam setengah. Ok la kan, daripada naik cab ke Vungtau, dah la ambil masa dua jam, dah tu tambang lak sampai 1,000,000 Dong..
Psstt, korang nampak tak brader kat belakang tu. Sempat lagi dia pow USD2, sebab tolong angkat beg kitorang masuk dalam cabin feri. Ingatkan murah hati sesaje nak tolong. Bila bagi USD1,taknak, pandai tol diorang demanda. Huh..dah baper kali ni kena kencing rini nih..hahahaha..so, aku ngan Rahman dah amik kata sepakat, pasni sesapa nak hulurkan bantuan, kitorang akan wat dekk je, susah senang kami sama-sama..hahahahha…
Dato’ Rahman Hasan. Klik Vietnam kami panggil dia dengan nama ‘mang’. Ore Kelate. Kami akan bersama selama seminggu ni untuk setelkan amanat daripada ‘orang atas’. Dan ini ada pertama kali kami jejak kaki di bumi Vietnam ni. So far, takde lagi major problem untuk hari ni, tapi, kalo dapat orang tempatan sini yang gheti berEnglish, ok la kan.
Tapi kalo yang haram sepatah tak faham, itu yang macam ayam dan itik. Cuma sampaikan ke saat ni aku masih lagi tak faham, boleh lak bila si Rahman ni nak smoking kat satu kedai makan ni, dia mintak lah bekas abuk rokok/ashtray ngan sorang brader Vietnam nih..
Abe, ashrei rokok ado dok, nok ketakk abuk rokok nih
Selamber je brader tu amik ashtray bagi kat mamat nih. Seminit pastu, aku tengok si Rahman, dia tengok aku balik. “ Mung kecek ore putih ko, mung kecek kelate tadi boh???“…….

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

6 thoughts on “Travelog: Hari Pertama di Vungtau, Vietnam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *