April 9, 2020

Training & Meeting di ALCATRAZ, Breda, Netherlands

Salam readers,

Dah lama tak bagi salam kat pengunjung setia blog aku nih. Sejak 4,5hari ni, update aku agak berterabur, tapi alhamdulillah ramai gak pengunjung setia yang setia membaca entri aku ni, walaupun entri terbaru lebih kepada personal life, terima kasih juta juta juta giler giler untuk korang. Rasanya hari ni makin ramai blogger baru yang muncul dan memeriahkan lagi dunia blogging di Malaysia, esp selepas kuar citer pasal blog leh jana income di HotFm dan juga paper. Aku tak sempat nak dengar dan baca semua tu, tapi aku ada terbaca dalam entri beberapa blogger lain. InsyaAllah, pas balik Malaysia nanti, aku catch up balik semua citer-citer yang aku tertinggal k. Nuffnang nyer website pon aku baru sempat bukak hari ni, dan luckily, aku dapat tiket untuk prescreening lagi untuk movie Burlesque. TQ bebanyak la, even aku takde BE langsung skang ni..kahkahkah…
Panjang giler mukhadimah,,
Act, ni malam last aku kat Belanda. Dan terasa lega sikit kepala hotak lepas seharian training & meeting di ofis Alcatraz. Ofiz yang sangat menarik. Aku takde snap gambar dari luar, just imagine, ofis di bahagian underground banglo tiga tingkat. Maknanya, level paling bawah adalah ofiz, 2nd level dah rumah famili kepada owner Alcatraz. Daripada ruang tamu ofis, dah leh dapat dengar tangisan baby, anak kepada owner. Best giler. Nilah dream office aku weih, takyah nak kena kelam kabut redah trafik jamm untuk ke ofis setiap pagi, dan famili sentiasa dekat. Fuhh…harap tercapai la impian ni lagi satu..hukhuk…kije kije gak, tapi famili lagi penting kan..

 

First day aku ngan mamat-mamat dalam gambar di atas, adalah hari yang sangat pantas dan penuh dengan info-info&ilmu-ilmu yang taknah aku ada. Bram(jaket itam) Steve (kemeja belang dari UK) & Dennis ( tshirt putih ) adalah engineer-engineer yang bukan takat giler ngan ilmu teknikal, tapi aku sangat kagum ngan bizminded, gaya presentation dan cara komunikasi diorang. Masing-masing banyak pengalaman dan jauh perjalanan, so no wonder style diorang memang terbaik. Tu belum cakap pasal CEO lagi, Julianz, lagi sempoi giler. Kalo buat lawak, memang pecah perut tak hengat dunia. Gelak sampai tersembur-sembur. Kalo bab cerita pasal perempuan lak, sampai meleleh air liuh, padahal masing-masing dah ada bini, kecuali aku..kahkahkah..dan aku yang paling muda…hahahaha..
Satu perkara yang aku pelajari untuk trip bisnes kali nih – terlalu jauh perbezaan bila dibanding dengan cara bekerja&berniaga antara diorang ni dengan orang ‘kita’. Makin hari aku rasa aku makin faham, napa makin ramai anak Malaysia yang takmo bekerja di negara sendiri, dan lebih rela bekerja di tempat orang.
Huwarghhh…aku dah ngantuk giler nih. Had a very nice dinner ngan diorang , marinated salmon & shrimp tandoori..tiap-tiap hari pekena salmon, harap-harap otak ni makin berguna la kan..kahkahkahk..aku tido luh la..ada mood nanti aku citer detail lagi pasal trip bisnes aku kat Netherlands nih. hehehe..asik-asik hutang entri je kan..hikhikhik…GUD NITE…
StreetShop Breda, Netherlands

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

9 thoughts on “Training & Meeting di ALCATRAZ, Breda, Netherlands

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *