March 29, 2024

Movie: Hantu Kak Limah Balik Rumah – kopek tu apa???

Ni baru filem pecah panggung. Bukan takat pecah panggung, pecah rabak punggung pon boley nih. Even nampak cam filem tak berapa nak mahal macam 2Alam, tapi kata-kata lawak dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah still leh buat aku gelak nak terbahak-bahak..itu akulah, taktao la kot-kot korang tengok citer ni macam biasa je, erk, macam tengok tanpa ada perasaan..taktao la kot-kot 2Alam lagi best pada pandangan korang. Taste orang lain lain kan..hikhik..tapi dengar citer, Hantu Kak Limah Balik Rumah ni, 1st day dah kutip RM1juta..
Sinopsis by mygosip.com
Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu. Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur. Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang. Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau.Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam.

Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut….

Nak tahu selanjutnya, silalah ke TGV/GSC/Cineleisure/MBO yang berdekatan ye…

Ermm..nak tanya nih. Korang nak jumpa hantu kopek lanjut???hahaha..satu dialog oleh Pak Abu dalam citer ni, “huyoo panjangnya kopek dia….” takde cencored or potong-potong oleh Finas tao. Atau ‘kopek’ yang dimaksudkan itu adalah benda lain? Ke filem sekarang ni dah diopenminded kan? Tepuk dada, tengok la sendiri..huhuhu…

Series tak rugi kalo korang nak cari citer yang leh wat kita gelak secara berjemaah. Walaupun jalan citer simple, tapi bahan lawak tetap terbaik. Ngan gaya macho patah si Awie, Johan Raja Lawak, grafik effect yang kelakar dan dua tiga elemen lagi, mampu pecahkan perut / panggung dalam satu masa….hahahahahahahha..

” pelawok pelawok pelawok, pelawok pelawok pelawok pelawok, pelawok..pelawok…pelawok pelawok”

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

14 thoughts on “Movie: Hantu Kak Limah Balik Rumah – kopek tu apa???

  1. As salam

    Pecah panggung pecah perut lawak yer. Mama nak tengok anak2 takuuut…Serem serem komedi ek…gelak pocah pewot jgn terkucil dah..

  2. bersungguh2 kami sekeluarga mencari panggung utk tengok citer ni tau. Kebanyyakkan panggung full dan time pun midnight je ada..huhu

    akhirnya, memang meleleh airmata!

    Cer citer..ce citer..

  3. bukan peminat filem2 mamat khalid.. tapi should give a shot untuk muvie ini..tapi masih tak tergerak lagi nak tengok..

    mungkin tunggu keluar tv sahaja..

    industri filem malaysia ni kaya dengan double standard..

  4. tak sabarnye nak tgk….huhu..bkn sehari..tapi 2hari dpt satu juta lbh..ada kat kosmo harini..memang akan pecah rekod lagi la ni..ntah2 bleh ptg cite sembilu pe..huhu(eh, ke dh kena ptg ngn cite lain??konpius)huhu

  5. aku suka gak tengok cerita lawak neh.. nanti aku cari dvd laaa… nak tengok kat panggung rasa tak bestlaa…sebab aku tak berapa manat tengok kat panggung skrg neh..ahaks

Leave a Reply to Tokobakso Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *