March 29, 2024

Beli DSLR Di Plaza Low Yatt Bersama Lagenda Mahsuri

Tengok tajuk entri ni, takleh aku nak bayangkan macamana Mahsuri berkebaya ayu, jalan lenggang lenggok masuk LowYatt. Yela kan, satu sebab aku taknah jumpa dia, kedua sebab taktau camner rupa dia, paling dekat pon, hanya tengok lakaran illustrasi masa baca Hikayat Melayu, 20 tahun yang lalu.
Ingat-ingat lupa jer..
ni bukan lakaran ek. Dan lagi satu, ni bukan Mahsuri binti Pandak dari Langkawi ye. Ni Mahsuri dari Negeri Sembilan a.k.a Mak dari lagendamahsuri.com . Background GUESS, bukan bermakna nak terjah kedai tu. Tujuan kami adalah untuk Beli DSLR Di Plaza Low Yatt. Bukan untuk aku, tapi untuk Lagenda Mahsuri ni lah! hehe
Beriya dia ajak aku untuk temankan dia dan famili mencari DSLR impian mereka.
Beli DSLR Di Plaza Low Yatt

Sabtu lepas, aku berpeluang menjadi konsultan tidak bertauliah bagi pembelian DSLR secara pukal oleh lagendamahsuri.com a.k.a mak. Seronok gak rupanya kije gini. Kalau boleh, semua kedai aku nak terjah, nak dapatkan the best price antara banyak-banyak kedai dalam Lowyatt tu. Sambil-sambil tu, boleh la gak kutip sikit sebanyak tips-tips membeli DSLR daripada penjaga-penjaga kedai di sini.

Tips membeli DSLR ni penting k, selain mengelakkan daripada ditipu oleh barua-barua, boleh juga up sikit ilmu pasal penjagaan DSLR dan latest-latest equipment yang ada kaitan ngan camera nih. Lagi satu, DSLR ni bukan barang murah cam beli mouse atau pendrive kan 4G kan? Omputih cakap, prevention is better than cure. Nanti next yang ntah bila, aku share sikit sebanyak pasal tips membeli DSLR.
Selepas setel pembelian secara pukal, pe lagi, OldTownWhiteCoffea le plak. Tak lalu sangat aku nak pekena roti bakar kalau dapat godek-godek barang baik gini. Barang baru lagi tu, tapi kat LowYatt ni gak, dah ntah baper keping snap pecah dara. kahkahkah. Macam layan gak Canon ek, tapi tetap setia ngan Nikon. Ahakz…
* ada orang cakap, tak kisah DSLR brand apa, janji the way you capture the moments tu yang lebih penting. Mungkin iye, mungkin tidak…:-)

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

9 thoughts on “Beli DSLR Di Plaza Low Yatt Bersama Lagenda Mahsuri

  1. bro JMR,
    sy pn baru je beli kamera..suke2 ati nk mintak bro ajarkan..hehe..
    ade tips nk share ke..hehe..mekaseh 😀

    p/s..sy beli canon, delighting u always…haha

  2. Miahahaha…gitu kannn..beli brg cikai2 gitu pun siap pakai kunsultan! Miahaha…

    P/s: Enjoyed moment dating with you bebeh! Thanks a lot yeah..

Leave a Reply to CT Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *