March 29, 2024

…aku lebih rela pilih Ah Long drp Abg Long!!

Salam hujung minggu semua..apa khabar korang? Jawapan aku kepada persoalan aku sendiri, “Khabar kurang baik bang...”..thanx God, tetap boleh dikatakan masih bernasib baik, kerna Tuhan masih sayangkan laptop aku, Dia datangkan kilat kat umah aku, hanya sambar adapter laptop aku coz aku dah cabut port drp laptop aku. OMG, biasa aku tak cabut, ntah camner, pagi Khamis sebelum gi ofiz, tergerak hati nak bukak port adapter tu, kalo idak, Bye-bye Laptopku…~
.
Oh tidak, entri ni bukan nak cakap pasal Nasib Yang Baik utk Sebuah Laptop. Ni kisah seorang penjual di Plaza Low Yatt. Majoriti tahu, plaza tersebut didominasikan oleh sesuatu kaum. Itu bukan isunya, selagi apa yang diniagakan boleh digunapakai dengan baik, aku tak kisah. Since aku perlukan adapter laptop yang baru, dan plaza ni saje yang mampu puaskan hati membeli aku, so aku ke sana selepas waktu ofiz. Tabiat aku, sebelum membeli sesuatu barang, aku lebih rela ushar dua tiga tempat drp terus membeli. Of course untuk dapatkan harga yang terbaik!!! Baru lebih puaskan hati….~
.
Aku ushar, dari satu kedai ke satu kedai. Dan terjumpalah satu kedai yang sama bangsa dengan aku sendiri. selepas singgah di satu kedai yang disalesmankan oleh bangsa asing. Well, dia punya tatabahasa Bahasa Melayu pon aku respek, tersusun je ayat-ayat&intonasi yang beradab timur. Fine, sebabkan sayangkan & niat mahu majukan bisnes orang sendiri, aku ke next kedai yang aku agak ownernya adalah orang aku sendiri.
.
JMR; “Bang, adaptor laptop ada jual x sini?”..
.
” Ada, bak sini tengok laptop jenis apa..”..seb baik aku daya gak galas laptop ni naik panjang escalator..
.
Mamat kat depan kaunter; ” Nak adaptor yang macam mana?..”
.
JMR: ” Yang macam mana ada? hmm..yg Ori ada? “...
.
Dan mamat sebelah mamat depan kaunter(aku bajet dia owner gerai tu) terus menjawab dengan high volume, penuh ngan nada poyos gilos..
.
” Ko carilah dalam LowYatt ni, takkan jumpanya barang original! Kalo ko nak yang murah, ko dapatlah yang cap ayam ke, cap lipas ker, cap cicak ke!!! Kalo nak bagus sikit, ko amik yang GRED A, ni pon sama cam ori. Tapi mahal la sket….RM140 gitu. Ko pusing la kedai lain, takdenya yang ori. Kalo ada pon, mahal la, takpon kena beli laptop, baru leh dapat…!!!~
.
Aku dalam hati, pehal lak ko nak membebel gini, sound lak ngan high volume, aku baru tanya satu soalan, mamat ni punya jawapan, Ya Rabbi, cam nak sepak je mulut tu. Dan on the spot, aku bubuh balik lappy aku, terus angkat kaki. Sangat tak puas hati, beginikah cara seorang penjual mempromosi barang?? Atau layanan ini hanya untuk pelanggan yang sesama bangsa dengan ko erk?
.
Dan ke kedai Ah Long gak aku dapatkan adapter lappy aku. Bukan aku nak cakap pe, layanan drp mereka yang berkulit lagi cerah adalah lagi mesra pelanggan. Dah la dapat barang yang sama dengan harga yang lebih murah. Pe kes? See..Kang ko dah rugi satu pelanggan..walaupun sikit untung( RM1, Rm2 pon still duit gk kan?)..tapi ianya tetap rezeki ko untuk hari ini kan???
.
Tak guna kalo ko ada MBA, kalo asas dalam perniagaan ko fail bro. Back to basics. “Belajar menghormati pelanggan lebih penting daripada belajar cara mengira untung rugi dalam perniagaan….”
.
………………kalau la gini keadaannya, aku lebih rela membeli di kedai Ah Long drp Abang Long!!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

15 thoughts on “…aku lebih rela pilih Ah Long drp Abg Long!!

  1. orang baik skang dah tak kira bangsa la bang….dulu kerja kat frontline kan, layan customer ah long lagi mudah daripada layan customer abg long.

  2. Hm,,tuh lah kan, kita bukan tak nak tolong orang kita kalau bleh nak beli kat orang melayu jugak tapi surf diorang tuh buat kita jelak. Acuh tak acuh je, xtau nak jaga hati customer. Lepas tuh bila merosot, mula la maki hamun, jelous sana sini tapi tak try perbaiki mutu perkhidmatan.

  3. sies…
    kalo dni pon rasa cemtu.. terutamanya bab nak beli barangan elektronik. best berunding dengan bukan melayu

  4. azie: ye kak..tu surname sy ..hehhe..biar btol hari2 nasi lemak?

    SInfoz: setuju, customer always right..

    cik mot: mekaseh:-)

    bena: dtg berkali-kali tu yg bahaya..mesra pengguna lagi, siap kalerkan umah ngn kaler merah lg kan..:-p

  5. Salam all,

    Betul tu, mama pernah gi Low Yat. Rata2 PR bukan Melayu lebih ngetop. Lebih professional.

    kalu tukang jahit pakaian wanita pun cam gitu gak. PR tukang jahit bukan Melayu mulut manis. Kalu bangsa sendiri sgt kureng manisnyer, berat mulut kalu gi butik mahal2 bila kita masuk pandang sebelah mata pun taksudi, mcm kita tak mampu nak tempah baju kat butik tu…hmmmmm.

  6. ohoooooooo . tapi kebanyakkan memang gitu la bangsa same kite ni . huhuhu .

    itu sebab ah long manyak untung . pandai jage customer . dtg sekali nk dtg berkali2 kan kan . heeee~

  7. memang betul tu layanan sangat penting, tak ada customer macam mana bisnes nak maju, jangan le nak berlagak jadi tokey even dia tokey sebab pelanggan lagi power

  8. JAMAR (eh ini memang nama U ker dik?)

    Insiden yang JMR lalui ini rasanya bukanlah pelik lagi sekarang ni, sudah banyak berlaku. Dan benar, dari orang sebangsa kita juga.
    PR mereka failed!

    Sebab tu bila kaum lain maju bisnes, jangan heran sbb mereka sangat jaga PR depa dgn pelanggan.

    *I pernah rasa nak ulang satu kedai nasi lemak hari2 sebab Makcik yg meniaga tu sangat lemah lembut wajah cerah tak riak angkuh.. so kita pun sejuk hati nak beli.
    Tapi apa hal makan nasi lemak hari2 lak, kan? hehehehe

  9. yezzaa betul tu uols…kalo pengalaman weols lak nak beli ayam uols…rela beli ngan org cina ni dari melayu hehe

    bukan tak mahu tolong melayu tapi budai bahasa tarak!!

Leave a Reply to azieazah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *