March 29, 2024

Testimoni: Momentum Perniagaan Internet

16 November 2013 : PKNS Biz Point

Bercakap mengenai internet marketing, rasanya dah bertahun-tahun dah pernah aku dengar. Tapi tak pernah nak ambil tahu atau ambil pusing sebab bagi aku, anyone can be an internet marketer(IM)..

Ye, betul, sesiapa saja boleh menjadi Internet Marketer..dan selepas mendengar talk/seminar MPI, baru aku tahu, bukan semua yang boleh menjadi Internet Marketer yang bagus dan berjaya.

 

Aku dah lupa dari mana aku tahu mengenai Momentum Perniagaan Internet ni. In fact, aku tak pernah tahu pun siapa itu Najib Asaddok ini. First time aku kenal, bila aku menonton short Video 3 Kesilapan Newbie di Facebook. Daripada situ, aku tersubscribe video/info lain dengannya lalu ter’register’ seminar Momentum Perniagaan Internet. Pada awalnya, aku hanya register untuk aku sahaja dengan harga RM50 tapi last-last aku terregister untuk wife aku gak dengan harga RM60 untuk 3 orang..since aku tak jumpa sapa lagi sorang yang nak join, end up aku berdua je yang pergi, lagi pun wife aku sorang je..:-p

Sejujurnya, aku bukan jenis yang senang nak join benda-benda macam ni. Tapi selepas membaca ‘salesletter’ daripada En.Najib ni, aku ‘terpikat’..Mungkin aura dan skillnya lain daripada yang lain. So, aku rasa aku patut hadir dan korek ilmu daripada beliau..

Here we go…

 

Bertempat di Biz Point PKNS Shah Alam, dikendalikan oleh Mohd Najib bin Asaddok (seorang usahawan internet berjaya), satu seminar Momentum Perniagaan Internet diadakan dengan tujuan utama, untuk membantu usahawan internet dengan teknik dan strategi pemasaran yang betul. Yang bestnya, teknik,strategi dalam modul seminar ini berdasarkan pengalaman jatuh bangun En.Najib sendiri sepanjang perjalanan beliau bergelar seorang usahawan internet.

Credit foto: Facebook Najib Asaddok.

Peserta yang hadir pada hari tu. Ramai wo..semua datang dengan semangat untuk bergelar usahawan internet berjaya. Di kalangan peserta ni, ada yang dah pernah pernah menjana pendapatan melalui internet, ada yang belum mengenali rupa bentuk perniagaan internet, ada yang nak tahu teknik&strategi perniagaan internet etc.

Antara Matlamat Momentum Perniagaan Internet:

  • Tahu asas online marketing – at least tahu rules&regulation seperti tidak paste promosi produk di wall Facebook orang lain yang tidak bersangkut paut.
  • Ke arah usahawan internet sepenuh masa – untuk menjadi usahawan yang berjaya, tiada jalan pintas. Perlu mendaki tangga satu persatu sebelum sampai ke kemuncak.
  • Bagaimana mendapat income konsisten 4~5 angka sebulan. Daripada pendapatan ini juga, perlu usahawan itu mendaftarkan perniagaan untuk memudahkan lagi urusan pinjaman bank. Selain itu, untuk berjaya, usahawan perlu tahu ‘pusing duit’ a.k.a invest some money untuk dapatkan keuntungan lain.
  • Belajar Teknik pemasaran Autopilot – satu aplikasi yang dipasang hanya sekali dan selebihnya usahawan hanya perlu monitor perjalanan perniagaan. Jimat masa dan tidak meletihkan kan?
  • Cara mewujudkan pembeli setia dengan membina branding dan kepercayaan mereka.

Aku sangat kagum dengan pencapaian En.Najib sekarang ni. Oh ye, berdasarkan pengalaman yang dikongsi oleh beliau, tidak senang untuk menjadi seperti beliau dan tidak mustahil untuk sesiapa saja menjadi seperti beliau sekarang ni. Apabila ditanya tentang macamana nak buat bisnes internet ni, beliau tidak lokek untuk berkongsi Model Perniagaan Internet yang beliau lakukan seperti produk fizikal, produk digital, affiliate dan Servis.

Bayangkan dengan hanya berAffiliate, beliau mampu menjana pendapatan melebih RM2k dalam masa satu hari! Banyak gak yang beliau kongsi bagaimana dan Apa strategi&teknik buat duit dengan affiliate ni, tapi yang paling utama, pentingnya ada DATABASE. Ini point terpenting rasanya, sebab banyak kali diulangnya point ini! Bagaimana cara untuk berAFFILIATE ni? oh nak cerita pasal tu memang panjang, apa kata korang join seminar ni dengan mendaftar di LINK INI.

Seminar MPI ni melebihi jangkaan awal aku. Selama 4 jam bersama, pelbagai ilmu yang dikongsi bersama seperti:

  • Keperluan Untuk memulakan perniagaan internet.
  • Perniagaan Konvensional VS Perniagaan Internet
  • Tugas Agen Affiliate
  • Tugas Pemilik Produk
  • Kelebihan Bisnes Affiliate
  • Platform untuk Promosikan Affiliate
  • Panduan memilih Produk Affiliate
  • Pantang Larang di Facebook
  • Apa itu Email Marketing?
  • Cara Kumpul List/database dengan pantas.
  • ……………..dan macam-macam lagi..penat nak tulis panjang-panjang ni.

Itu aku cakap, untuk dapatkan segala ilmu&info pemasaran ni, kenalah berkorban sikit darip segi wang dan masa. Untuk tahun ni, seminar terakhir akan diadakan pada 1 Disember 2013 ni. Masih belum terlambat kepada sesiapa yang berminat untuk turut serta ni.

Kepada usahawan dan bakal usahawan yang berminat, bolehlah KE SINI untuk info lebih lanjut dan urusan pendaftaran.

 

Sejujurnya, seminar ni memang berbaloi untuk korang turut serta sebab ilmu&pengalaman yang dikongsi oleh En.Najib Asaddok mempunyai nilai yang tinggi. Even aku dan En.Najib sama usia, tapi kejayaan&pencapaiannya jauh meninggalkan aku yang masih makan gaji dan sukar untuk melompat sama tinggi dengan dia. InsyaAllah,  selepas hadir seminar ni, aku dah ada sedikit ilmu untuk turut sama melompat tinggi dengan beliau.

Best gak berdating dengan wife di seminar MPI ini. At least we got something new. Tanda kasih sayang seorang suami pada isterinya bukan sekadar pada ucapan ILOVEYOU kan?hehehe

The more you give, the more you get. 

SEMINAR MOMENTUM PERNIAGAAN INTERNET memang 1st class!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

2 thoughts on “Testimoni: Momentum Perniagaan Internet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *