Sabtu lepas, aku dijemput ke event Astro B.yond IPTV Hollywood Party bertempat di Astro IPTV store terbaru di Solaris Mont Kiara. Rasa macam dah lama giler tak join event Nuffnang yang melibatkan ramai blogger. Asyik-asyik gi prescreening je, nak beramah mesra pon tak sempat masa kan. Event kali ni bertemakan Hollywood celebrities, so kena dress up seperti watak-watak atau rupa paras selebriti Hollywood. Well, ramai yg berdress up ikut tema, dan seperti biasa, takde maknanya aku dress up ikut tema hahaha..tak sempat masa der..

Opening dihoskan oleh Adam. Kemudian ada intro sikit pasal Astro B.yond IPTV sebelum bermulanya Eat For Free. Makk aihh panjang giler Q nak amik makanan. Nasib baik ada Cik Nunu tolong beraturkan.kihkihkih..Selepas acara makan-makan, kenalah kasi acara yang keluarkan peluh lak kan. So, bagi mereka yang berminat, akan join games Siapa Culik Kak Limah?..Kak Limah mana aku tak pasti, tapi yang pasti mereka ni siap berpeluh-peluh berkejaran di sekitar Solaris Mont Kiara. Aku rilekx je tengok bola kat tv HD tu ha. ( Kalau aku tahu kalah, baik aku join diorang keluarkan peluh gak, demmit..)

nyampah lak tengok no 25 tu..kahkahkah..selingan ye

Dah namanya parti bertemakan Hollywood Celebrities, kompom adanya award BEST DRESSED. Dan dari awal lagi aku tahu, kompomnya aku takkan menang apa-apa untuk kategori ini. So berhenti berharap ye. hahah..

BEST DREESSED FEMALE jatuh kepada Peggy Carter. Memang cun dress fit dia. Sikit kuciwa takleh tengok Captain America menang untuk BEST DRESSED MALE. Hipotesis aku menyatakan antara sebab CA tak leh menang sebab Captain America tak cukup vogue untuk kalahkan LADY GAGA. Lady Gaga jantan ko…hahahah

Tak menang BEST DRESSED pon takpe. Sebab setiap kali event Nuffnang dan Astro pasti takkan pulang dengan tangan kosong. Goodies bag masa register pon leh dapat, dah tu, untuk setiap blogger yang hadir lak, masing-masing dapat souvernir daripada Astro B.yond IPTV. Bersyukur la kan daripada pulang dengan tangan kosong. Cover laptop, towel, patung, bekas air dsb..ok wat? Thanx Nuffnang & Astro untuk jemputan kali nih. Lain kali jemputlah lagi.

**next entri aku akan up gambar blogger-blogger yang hadir dan sempat aku snap. Best dapat jumpa rakan-rakan blogger lama dan baru. Salam perkenalan untuk blogger-blogger yang first time jumpa!:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post to Twitter

© 2012 2013 Hak Milik Penuh Jamar.Bahar a.k.a JMR