Rasanya aku dah tahu pasal Japanese Buffet Restaurant, Shogun ni dah lama, tapi baru dua kali singgah melepak. First time masuk, masa berbuka puasa dengan awek aku last year, dan second time datang tempat yang sama, dan seat yang lebih kurang sama tempatnya dengan bini aku, Jumaat yang lepas..fuhh nasib baik orang yang sama..kahkah..Deco restaurant dan susun atur food masih sama. Dengan kaunter sushi bagai paling besar..ala, stended la kan, dah namanya restoran jepun..Yang bezanya tahun, ada satu sudut ni, menempatkan makanan ala-ala kampung. Ada ayam percik, gulai daging, ulam-ulaman termasuk petai, kuih tepung pelita, patin masak apa ntah..dah ada la dua tiga jenis lagi..tak sempat nak hafal..aku amik ayam percik ngan kuih tepung pelita je. As expected, ayam percik kat bazar ramadhan lagi sodapp..hahaha..

Kali ni kita tukar selera sikit. Start dengan sushi kat atas ni sebagai pembuka juadah. Cicah dengan syoyu, ditambah rasa dengan secubit wasabi..sampai menangis Cik Puan aku..hahaha..

Diikuti dengan shark fin soup. Telan aje, malas nak pk panjang, tambah-tambah ada rasa sedikit ginseng..huhuhu..

Burrppp luhh..pastu sambung lak ngan sashimi..ada spesis maguro, salmon, sotong..cam biasa, wasabi ngan kicap syoyu tu memang wat pencicah la..takkan nak cicah sambal belacan lak kan..kihkihKonsep buffet, makan sampai lebam, dan choose food yang harga paling tinggi. So, haruslah meratah unagi sewenang-wenangnya..ni kalo kat sushi king, mahu RM5 atau RM6 sepinggan, dah tu, dua ketul je..

Weehoo..ada bran hirup mentah-mentah???

Selamber je okkey..pastu sendawa dengan hidung Cik Puan Nunu..burppp..

Ok..pas nafas dah kembali normal, sambung lagi dengan sushi..eh telur ikan apa eh yang kaler itam tu. Aku dah lupa dah..tapi sedap..series..bukan caviar kan???

Asik makan makanan separa masak je..bosan gak kan. Amik yang masak lak..tengok tu, anak ketam..sapa tahu kat pasar mana ada jual anak ketam tu?hahaha..

Haa..ni la yang aku cakap lauk ala-ala kampung tu..dari start berbuka, sampaila dah baca doa habis makan, camni la kuantiti dia. Tak bersentuh. Sebelum berbuka je, ikutkan nafsu nak blasah ayam percik tu, secubit rasa, tak ngam, simpan je dalam pinggan tu. Last-last tindih ngan pinggan lain, panggil waiter mintak tolong angkatkan..hahaha..

Ni dah nak masuk roun-round last nih. amik yang ringan-ringan je..ringan sangat la kan..Tako yaki! Dulu masa kat Jepun, sanggup naik train transit dua tiga kali semata-mata nak pekena Tako Yaki kat pasar Ueno..agak-agak ada lagi tak brader yang jual tako yaki ni kat sana ek? errrr…Bukan main excited lak Cik Puan ni ngan anak ketam tu. Suruh telan, tak berani, kesian katanya..dah tu, bapak ketam, berani ke telan seketul camtu??:-p

Huuuu..natang sunggoh…gambar-gambar yang lain ok je aku tenung. Bila tenung gambar last ni, tengok jam, cehh baru jam 1petang!! Lambat lagi masuk waktunya…

 

Post to Twitter

 

Nafsu manusia pon terbatas gak kan. Hari-hari asik berbuka puasa pekena nasi kerabu kat bazar ramadan, tetiap minggu pekena buffet kambing golek pon bosan gak. Hari-hari desert murtabak, roti john dan karipap pon cam tak best gak kan. Eh, aku cakap pasal aku je ok, tidak tertakluk kepada semua masyarakat 1Malaysia. Mungkin ada jenis yang hari-hari pekena nasi tomato kat bazar ramadan Kelana Jaya pon tak kisah. Mana tahu kan…

Jadi, kemarin, elok je masuk sampai kat ofis, belum sempat login fesbuk tapi tak menang-menang RM100, aku sms kat cik Nunu selaku PA tak bergaji aku. ” Jom Shogun berbuka petang ni“ringkas tapi padat..dia reply, ” Petang ni? Lunch hour ke? You tak pose ek? “..

Aku reply, ” Takpelah, I ajak Neelofa…“ringkas tapi silap-silap leh kena babab nih..tak sampai sesaat dia reply lak ” Ok, I dah call, book seat utk berbuka petang ni kat Shogun 1 Utama….“….hahahaha…

Here we come, Shogun 1 Utama@  2nd floor 1 Utama, Bandar Utama.

Sushi Island..aku amik yang aku tak mampu amik kat sushi king je. hahaha. tapi kan, aku sangat berwaspada ngan sos teriyaki. So unagi teriyaki memang aku tak amik, dikhuatiri mengandungi mirin.

Seafood BBQ. Sotong ngan isi ketam je aku bantai lebih. First batch sushi aku. Salmon oh salmon. Rasa sangat meriah dengan kehadiran salmon, meguro, unagi, ebiko dan sebagainya. alhamdulillah, perut aku dapat menerima mereka seadanya pada malam itu.Take 5 dengan takoyaki! aku masak sendiri nih..hahahah..tahu tak pebenda nih? ala kat Jusco ada jual kalo tak silap aku.Kalau nampak spesis kaler yang ada kaler pink, tak lain tak bukan. si Teddypinkygurl le..kalut tol ngan kaler pin, sampaikan juadah berbuka pon nak kaler pink gak. aisey..2nd batch sushi selaku hidangan seterusnya untuk aku. Orang jepun cakap, sushi ni cam ‘ichiguchi‘, sesuap semulut seketul, apa la sangat kalau setakat 2nd batch nih kan. salmon tetap salmon. Tengok sushi ni, teringat aku ngan Cik Lily Putih. Leh menjadi pencabar aku dalam acara melantak sushi sampai pitam. Rest sebentar lak dengan menu ‘tempura udang menindih gersang si macaroni cute sambil diperhati ikan goreng si dory‘ ..panjang tol tajuk juadah ni kan..entah la, chef mana la yang reka nama juadah nih.Sashimi..aku try susun isi salmon ni macam dalam gambar menu. Tapi harem..lain macam lak jadinya. Tapi series, cara aku makan sashimi semalam sangat menggiurkan bila aku dok ingat-ingat masa draft entri nih. Fresh & hirisan yang mantap dowh..slurppp…Masa ni aku rasa cam dah tak larat kot. Sebab batch-batch sushi seterunya ada lagi 2,3 batch. Dah macam membeli jin jepun lak aku rasa. Lek luhh ngan shari fin. fuh terbaik..orang kata baik untuk persediaan orang nak berkahwin, even lagi setahun dua nak kawen kot..kahkahkah..ok ok, aku tipu..ada sesapa tahu khasiat shark fin soup???Desert aku. Amacam, ada bran??Tengok mata, stim dol!!!Dah dah..penat dah aku nak upload gambar. takkan sesatu nak kena aku up kan. dah meleleh air liur aku dok menahan rasa nih. Baru kol 9 pagi ni weih!!!!.

See..rare tak rare nya PA aku nih, makan sushi pakai garfu jer. Ada chopstick gi campak bawah table jer..hahaha..Stylo la babe!

JMR||23 Ramadan 1432

Post to Twitter

 

Apa nak pelik kan, normal la kalau juadah berbuka ayam tanpa kepala. Yang tak normalnya, juadah ayam bakar berkepala! Iyakkss..kalau ye pon lapar, carilah ayam yang dimasak setelah dibuang kepalanya.iskh.iskh..iskh..

Kisah Ahad lepas, selepas 21 hari berbuka puasa. Biasanya kalau di hujung minggu, hanya berbuka puasa di rumah famili atau rumah sendiri. Paling idak pon, tapow kat bazar ramadan, tak kuasa nak reserve seat seawal pagi, then dok berimaginasi banyak mana nak melantak buffet masa berbuka, membawa ke azan asar. Kang tak pasal-pasal benda yang takde pekdah aku buat & leh kurang persen pahala puasa aku di hari minggu.Tapi hujung minggu ni lain sikit, elok je masuk azan zohor lepas melodi, tetiba rasa nak melantak buffet kat mana-mana restoran kat One Utama.

Korang rasa bila jam 4 petang baru sampai One Utama, rasa-rasa ada lagi tak seat kosong kat Seoul Garden mahupun Shogun?Jangan haraplah..memang putus harapan le. Nasib baik iman&nafsu aku masih dapat dikawal, kalau idak, ada yang azan Asar dah masuk waktu berbuka nih..

S.A.B.A.R di bulan ramadan, banyak hikmahnya kan. Elok je nak frust sambil nangis-nangis, dapat sms..” ..aunty Nani ajak berbuka puasa kat umah dia. Ada nasi kerabu, ayam bakar, kambing golek, mi sup, puding caramel, bla.bla..” pehhh…aku kira-kira, ada lebih kurang 150 jenis juadah kot kalau total juadah tu aku darab ngan 50. kahkahkah..

Tapi antara 150 jenis juadah yang terhidang, aku tertarik ngan sekor ayam yang dipanggang ala-ala anak  ayam turki nih. Dua tiga kali gak aku dok tenung, intai-intai, dok bayang-bayang…………..

fuhh…..seksi gak kan ayam panggang nih??..

astagfirullah…

* Terima kasih kepada Aunty Nani & Uncle Azmi yang menjemput aku & cik Nunu berbuka pada hari tu. Diorang ni best friend kepada Makchek(makcik aku) aku dan juga seperti uncle&aunty kepada kami juga! Bagi aku, zaman skang nih, susah nak mencari satu friendship seperti yang diorang ada nih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post to Twitter

© 2012 2013 Hak Milik Penuh Jamar.Bahar a.k.a JMR