Salam 1 Malaysia..

Tahu tak apa itu S.O.H.O, atau dalam bahasa omputih, Small Office Home Office?

SOHO ni lebih kurang macam satu ruang kerja untuk run some business yang tidak melibatkan ramai pekerja, mungkin seorang, dan mungkin tidak melebihi 10orang pekerja. Ruang yang kecil dan hanya mempunyai beberapa keperluan penting seperti laptop, all in one printer,fax dan juga telefon. Dan biasanya melibatkan sesatu bisnes yang boleh dirunkan ajo dari rumah. Oh ye, jangan tak percaya, ada sesetengah bisnes yang hanya run dari rumah mampu menjana pulangan yang lumayan..

Kenapa aku bercakap pasal SOHO nih??

Sebab, SOHO ni series lagi best dari dok ofis. Janji ada talian internet yang pantas dan stabil. Takde bezanya dengan bekerja di dalam ofis..Pengalaman aku lebih 2 minggu di Bintulu, dengan workplace SOHO yang aku setup sendiri, rasa tenang dan bersemangat je nak buat kerja, even di tengah malam okkey..

SOHO yang disetup sendiri. Cuma sekadar laptop sebijik, printer all in one..dan paling penting ada katil lgi tu kat sebelah, siap setiap pagi ada orang tolong kemaskan lagi wot wot..kahkah..sebenarnya ini adalah bilik hotel. So, SOHO itu lebih kepada Small Office, Hotel Office le kan..:-p

Dan ni lak SOHO aku yang sebenar. Laptop untuk editing&blogging, telefon dan paling penting line UniFi yang superb laju. Tapi still takleh nak lawan speed Bro Kid and Bro Man , 20Mbps lagi tu!!!..

** kadang-kadang terfikir gak untuk run biz daripada rumah sepenuh masa je..agak-agak boleh tampung kehidupan tak? Dan bisnes apa lak ye??hehehe:-)

[ KLIK :: Trip for 2 to Italy..giler ah!! ]

Post to Twitter

 

F23 Platform: 29/8 ~ 8/9/2012

Assalamualaikum wbt..

Haluu back..hehehe..rasanya tahun 2012 ni, dah berapa banyak kali aku kasi salam ‘haluuu back’ kan? Nak buat macam mana kan..hidup mesti diteruskan. Dan seperti yang sedia maklum, kalau agak lama blog ni tak berupdate, bermakna aku takde kat darat. tapi tak bermakna aku ada di atas awan..insyaallah, by next year, tak perlu lagi bersusah payah mencari rezeki sampai ke tengah laut, darat ni diciptakan olehNya dengan terbentang luasnya rezeki di atasnya..with hope, amin~

Berbalik kepada story trip aku kali, alhamdulillah dan syukur padaNya sebagai berjaya tamatkan tugasan dalam tempoh yang lebih pendek daripada jangkaan. Tapi, aku rasa trip kali ni la yang paling best, paling banyak pengalaman bermakna yang aku dapat, dan paling ramai kawan-kawan best yang aku jumpa. Salah satu kelebihan bila bekerja di pelantar minyak di kawasan Borneo adalah kepelbagaian kaum&bangsa yang boleh aku jumpa. Ada Melayu, Cina, India, Iban, Bajau, Melayu-Brunei dan macam-macam lagi. Dan pelbagai ragam dan perangai yang boleh diperhatikan dari segi pergaulan harian..

Perjalanan bermula dengan penerbangan chopper EC225 mengambil masa selama 45minit dari Miri Helibase ke F23 Platform. 30minit pertama, penerbangan sangat lancar sehinggalah ke-15 minit seterusnya, awan hitam woo..chopper dah mulai bergoyang+gegar sebab langgar air dalam awan, dah tu siap air boleh melimpah masuk membasahi lantai kabin. woo..agak cuak, tapi tetap tenang dan percaya pada kebolehan Captain Christ mengendalikan chopper 9M-AIN..Alhamdulillah, kesemua 19 orang krew selamat tiba selepas 45minit penerbangan…

“Best r ko asik berjalan je”..” Masyuk r bro”..inilah antara komen & kata-kata yang aku terima daripada kawan-kawan apabila mengetahui salah satu workarea aku ialah ‘offshore facilities’ .. Mungkin ada sesetengah perkara best, tapi ada sesetengah perkara adalah ‘tidak best’..Mungkin jawapan kamu adalah ” Ye, sangat BEST” kalau kamu adalah seorang suami yang mampu berjauhan dengan anak isteri dalam tempoh yang panjang dengan kesukaran dari segi komunikasi mahupun capaian internet..Dan kalau bab ‘masyuk’ tu, terpulang kepada kompeni, ada yang mendapat pulangan banyak dan ada pulangan yang sangat banyak..For me, alhamdulillah amat berpatutan..tapi percayalah, rezeki ada di mana-mana..~

Berbalik kepada pengalaman yang ditimba sepanjang melaksanakan tugasan di sini, ‘kerja offshore’ ibarat bekerja di atas sebutir bom. Setiap langkah perlu utamakan langkah-langkah keselamatan yang perlu dititikberatkan. “Safety First” omputih cakap. Pengalaman melihat sendiri seorang krew yang terputus jari akibat tersepit di equipment yang berpiston dan bertekanan hidraulik, betul-betul menyedarkan aku. Walaupun hanya sedikit salah langkah, mungkin kamu akan menyesal seumur hidup. Bukan menyalahkan takdir, tapi sekiranya krew yang aku maksudkan itu mengikut langkah kerja yang betul dan observe setiap tagging & warning di workplace, pasti jarinya masih boleh diselamatkan..nauzubillah..~

Pemandangan dari salah satu workarea aku. Ni kalau lepak sini pekena kopi ‘o’ dengan pisang goreng panas pon best, dengan angin sepoi-sepoi bahasa..wott wott..

Finally, selepas 9 hari di tengah lautan, berangkat pulang ke daratan dengan Fast Crew Boat dengan masa perjalanan yang saaaangat lama okkey, check in jam 1.00petang, 9.30malam baru sampau di Shin Yang wharf, Miri. what the f.. sangat penat tapi hilang bila kaki mencecah darat. Sangat bersyukur kerana semua berjalan sempurna mengikut perancangan. Dan paling penting, sempat gak aku berjumpa dengan my parent sebelum mereka berangkat ke Jepun untuk tempoh yang lama. *pffttt..

p/s: Kuasa DOA amat mujarab untuk setiap pekerjaan yang kita lakukan. Mintalah daripadaNya untuk permudahkan setiap urusan kamu. Sesungguhnya Dia Maha Pendengar dan Maha Penyayang..amin~

 

Post to Twitter

 

Lokasi: Atas laut, Kiri laut, Kanan Laut, Belakang pun Laut..

Semoga segala urusan hari ini&esok akan berjalan dengan lancar. Usah ditangguhkan lagi shutdown untuk Platfrom Kinabalu ini. Cepat-cepatkanlah kerja-kerja commissioning itu. *tadah tangan seraya berdoa..

*aku berdoa on behalf of member aku, sebabnya esok akan berangkat ke darat..kalau tiada aral melintanglah..insyaAllah…bini, tunggu daku!

” 98% orang tidak pernah membulatkan fikirannya tentang tujuan utama mereka dalam HIDUP.  Mereka tidak boleh membuat satu keputusan dan berpegang teguh kepada keputusannya “-JMR

Tak sabar nak berblog seperti sebulan sebelum nih..yoshaa!!

Post to Twitter

 

30June2012:Quick update:

Pejam celik, pejam celik, sedar-sedar sudah 17hari aku berada di pelantar minyak&gas Platform KNDP-A yang terletak di perairan Sabah, hak milik Sabah Shell Petroleum Co.Ltd. Dan ini bermakna, sudah 18hari(termasuk 1hari perjalanan) aku tinggalkan wife kesayangan demi mencari sesuap nasi.*Harapharapnasibriyaniwalawey..

Alhamdulillah, sejak hari pertama bertolak dari jeti Labuan Supply Base menaiki fast crew boat Sarah Gold ke barge Sarku-300 sebagai tempat penginapan memandangkan KNDP-A platform tidak mempunyai living quarter dengan waktu perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 2jam. Sehingga ke hari ini tiada masalah yang kritikal dan tahap kesihatan berada di tahap memuaskan. Disokong pula dengan cuaca yang baik pada 10hari pertama. Dan sedikit gelombang beserta angin kencang mula melanda perairan Sabah/Labuan pada hari ke-11 sampailah ke hari ini. Berdoa supaya dijauhkan bencana taufan di lautan luas seperti yang berlaku 2hari sebelum aku tiba, yang mampu membengkokkan dinding besi solid setebal lebih 4inchi! Harus diingat, kuasa air mampu memusnahkan sebuah bandar, apatah lagi sekeping dinding pada sebuah kapal?? nauzubillah..

“Dan jika angin ribut menggoncangkan bahtera sehingga seakan-akan tiang akan patah janganlah bergoncang jiwamu sebab sesudah angin ribut itu alam akan terang kembali, sebab itu hendaklah sabar – Prof Dr.Hamka”

Biarpun ada yang berpendapat, bertugas di offshore mampu menebalkan poket dengan lumayan, tapi yang pasti, setiap yang bertugas di pelantar di tengah lautan tidak ingin berlama di sana. Selesai tugasan, pasti ingin segera pulang ke pangkuan tersayang. Apa guna wang ringgit, kalau setiap saat selama 24jam berada dalam keadaan berisiko. Manager, worksupervisor, engineer, technician mahupun rigger, semuanya berdepan dengan hazad&risiko yang sama, yang membezakan hanyalah langkah-langkah keselamatan yang dipraktikkan sewaktu bertugas. Mohon dipermudahkan segala urusan dan tugasan. Yang pasti, asal manusia daripada tanah, dan lautan terbentang sebagai sumber rezeki hanyalah tempat persinggahan.

“Ya Tuhan kami..akhirilah khatimah kami dengan sebaik-baik pengajaran..”

InsyaAllah..lagi 3,4 hari officemate aku akan sampai dan membolehkan aku demob lebih awal. Ngah bizi siapkan handover report untuknya. Dan sedang berfikir-fikir lokasi strategik untuk menghabiskan masa dengan si dia pada hujung minggu nanti, insyaAllah..Harap dipermudahkan olehNya.  Amin…~

Everything I need to know about life, I learn from Noah’s Ark..

im coming home..im coming home..Enjoice!

Post to Twitter

 

Niat untuk maintain update blog hari-hari masih tidak kesampaian akibat kekangan masa&komitmen kije.

ahh..tak sabar nak balik Malaysia hari Sabtu nih. Harap-harap semua kerja kat sini dapat setel on time..:-)

*tadah tangan seraya berdoa….~

Post to Twitter

 

Wah..tengok balik gambar ni, cam ‘ghindu’ lak ngan rutin kat sini. Bangun jam 5pagi, jam 6pagi masuk meeting..bla..bla..bla..sedar-sedar dah jam 6 petang dan masa untuk rehat..hari-hari rutin yang sama je selama hampir tiga minggu..gambar ni sebenarnya hotel penginapan a.k.a ‘living quarter’ untuk platform F6 SSB. Sama aras dengan ‘bridge’ tu adalah control room, bahagian atas yang petak putih tu la tempat tidur siap ngan dapur..dan atas sekali adalah helipad+tempat beriadah..hehehe..

* hope next trip bukanlah dalam masa yang terdekat ni..need a longer rest..~

Post to Twitter

 

3 minggu lepas, mendapat ‘panggilan laut dalam’ di saat akhir, siap dengan special diversion flight memang menyakitkan hati. Tapi aku buat dek je sambil berdoa semuanya berjalan dengan lancar.

Selepas 3 minggu, dipendekkan cerita.

taraaa!! Im home!! Nanti aku cari ruang untuk coretkan suka duka di F6 Offshore Complex, Central Luconia Gas Field,South China Sea.. Trip yang paling menguji kesabaran dengan ragam-ragam ‘orang atasan’. Say NO NO NO untuk panggilan yang ‘tak masuk akal’. Kali ni, aku mahu berhujung minggu sepuas-puasnya! Enjoice!

Tenkiu untuk semua yang membantu dalam menyelesaikan misi trip kali nih esp to Bro Kavi!! Mission completed. Ko memang sempoi la bro!

Bye-bye F6!

Hi-hi Port Dickson!

Post to Twitter

 

Aku dan kamera memang tidak boleh dipisahkan, sejak dari kecil lagi. Masa tu kamera guna filem gulung-gulung lagi kot. Sekali kena cuci, memang makan RM40 lebih kot. Hasilnya, setengah jadi, setengah gambar lagi memang berseni dan ‘blur’ giler okkey. Memang ke tong sampah la tempatnya..

Kalau takleh berusung DSLR aku, apa saje gadjet yang boleh menyenap gambar, akan digunakan sesuka hati. Jadi tak jadi belakang kira, zaman sudah berubah, transfer ke laptop, boleh je tengok hasilnya.

Meh layan update ringkas aku hari ni, sewaktu penerbangan pulang dari Miri ke Kuala Lumpur semalam, menggunakan Nokia 5228..takde lens-lens bagai nih..hahahah…

-

-

-

-

-

-

Dan gambar last ni memang aku snap khas atas permintaan Abang Angkat kepada awek dalam gambar nih. Tak nampak? Memang le,  Nokia 5228 memang takleh pasang zoomlense okkey..kihkih..Abang Angkat dia tanya, ada sesapa kenal?

-

-

-

-

Amacam hasil daripada Nokia 5228 ni? Macam ok gak kan..

Post to Twitter

 

23/2/2012 : Miri, Sarawak.

Salam kembali!!

I’m back!

*muka ketat sebab brekpes dalam tidur..

Fuhh..setelah beberapa tahun mencatit setiap gerak harian di muka ini tanpa ketinggalan untuk beberapa hari, akhirnya aku terpaksa gak akur ngan komitmen lain, 9 hari tanpa update

*tepuk tangan sambil lap peluh..

Hari ni, sementara menunggu flight sorang-sorang ni, aku nak gak update seringkas mungkin. Aku masih di Miri, selepas semalam menjejak di darat dari platform F6 D’Baruk Sarawak Shell. Akan terbang balik ke KL petang ni der! macam dah lama je tak balik kan, padahal baru je 10 hari. Kalau tak disebabkan komitment ‘preparation’, insyaAllah aku mampu tak cecah darat sampai sebulan..uwahhh..*tepuk tangan sambil cabut bulu ketiak!

Skang ni tgh lapar! mahu carik brekpes di Miri ni luhhhh…nanti aku jejak balik entri korang satu per satu!

Bukan janji tapi pasti! ..tetiba rindu kat David Teoh..amacam Adnan Sempit 2 nih? Best ke, soalan kepada yang dah menonton, ada repeat pratonton tak? Sori la Datuk Putra, aku tak sempat nak bagi ko pass ke pratonton tu, satu pair lagi dah bagi kat Food Blogger, tapi dia pi bagi kat pramugari MAS lak!hahahaha…

Post to Twitter

 

24 days to go….

..dan hari ni akan terbang ke kepulauan Borneo sebelum belayar ke tengah lautan atas tuntutan kerja:-)

Jumpa lagi nanti!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post to Twitter

© 2012 2013 Hak Milik Penuh Jamar.Bahar a.k.a JMR