Sedari awal episod lagi, Tentang Dhia menampilkan kelainan di dalam sebuah drama Melayu. Nak kata genre drama romantik, ada juga kelakarnya, nak kata komedi romantik, ada gak seramnya..takkan nak bagi genre Komedi Seram Romantik kot untuk Tentang Dhia nih..eh eh tapi ada gak unsur-unsur yang memerlukan imaginasi yang tinggi sampai kalau dipikir-pikir dah sampai tahap mengarut pon ada gak untuk drama melayu nih, tang Dhia mati hidup kembali..kihkih..tapi tak pape yang mustahil kan..so, aku kasi Tentang Dhia ni, drama bergenre Komedi Seram Karut Romantik drama!:-)

Tentang Dhia pada episdod akhir ni, aku bajet Ku Salmi akan berbaik-baik dengan Dhia! Ni ramalan aku je le kan pada jam7.00pm 29Disember2011.

UPDATE! 8.00PM 29/12/2011

Akhirnya Dhia & Zikir mati sama-sama dan bahagia selamanya..

Ramalan aku tersasul dah!!!

Jom baca status-status fesbuk Tentang Dhia..

Cuba Teka : Alfatihah buat dhia & zikir

Izuari Yahya : tamat mcm 2 ka ja ttg dhia??…senang gila ko mengarah …adoi!!!!

Ujang : Zikir dgn dhia mati…pergh…,!!!!! Pecahkan tv…

Farhana Ilmar : Hepy ending nampaknya ♥ tapi spesis Dhia dah ‘pupus’ di dunia ni skrg :) and nenek tu nk meroyan kejadahnya?!! Eiiii geramnye akuuuuuuu

Ainuddin : Tentang Dhia-bkn pengorbanan tp kebodohan

Saiful Nang: Undi saya jd menteri penerangan saya akan usulkan akta yg tidak benarkan SAD ENDING dlm penerbitan drama. Huhuhu..Ku Salmi patut kena gilis lori…apa jadi?

Sirr Apak: 98% menghapdet status pasal Dhia.. 1% hapdet maki2..0.8% hapdet pasal keja..dan 0.2% hapdet pasal doa,baca yasin,amalan2 dimalam jumaat ini..sekian

SK: Ramai yang pelik kenapa surau tak berapa ramai padahal malam Jumaat.

:-p

:-p

**senarai update adalah dalam friendlist aku sajo!:-p

hahahaha..semaye la pulok weih!

Post to Twitter

 

Satu lagu drama yang sentiasa dinanti-nanti di waktu petang, Tentang Dhia di slot akasia. Malas aku nak ulas episod demi episod, tapi aku tertarik untuk elemen saspen yang dimasukkan untuk episod hari ini, watak Dhia, lakonan Nora Danish, mati akibat diilmu hitamkan dan hidup kembali.Bukan scene ini yang aku nak bicarakan di sini, tapi tentang komen-komen mahupun twit-twit di twitter yang seakan-akan melupakan tentang kewujudan Dia Yang Maha Besar.

Bukan berniat bias kepada mana-mana pihak, tapi kalau mereka ‘sedih’ dengan drama melayu yang dikatakan ke laut, khurafat dan sangat mengarut regarding to scene mayat Dhia bangkit kembali, aku lagi sedih dengan pengetahuan dan ilmu yang sepatutnya menjadi tunjang asas sebagai individu muslim.

“Sesungguhnya misal (penciptaan) `Isa di sisi AllAh, adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya: “Jadilah” (seorang manusia), maka jadilah dia.”  Al-Baqarah:117

Sekadar pesanan untuk mereka dan diri sendiri, alam ini bukan hanya didiami oleh makhluk yang jelas kelihatan di mata kasar, tapi juga mereka-mereka yang tidak akan kelihatan dengan mata kasar.  Bukan semua benda&kejadian boleh diadili dengan logik akal. Kuasa Allah, tiada siapa mampu menafikannya. Kalau hari ni, nikmat rezeki dilimpahiNya sebanyak pasir di padang pasir, tidak mustahil, dengan izinNya, esok mendatang adalah kehidupan tanpa secubit rezeki..

PERCAYA KEPADA QADA & QADAR

**suka menonton filem Melayu dengan menggunakan hati kerana ianya lebih dekat dengan diri ini.

Post to Twitter

 

Bakal pencabar utama si Lisa Surihani..

Bakal saingan hebat si Neelofa..

Bakal cucuk rapat Izara Aisha..

Bakal lebih ayu daripada Dato CT..

Bakal se’kiut’ Heliza Helmi..

Bakal secomel Raja Farah..

Bakal lebih hebat daripada Vanidah Imran..

Bakal lebih menarik daripada Marion Caunter..

Bakal lebih baby doll daripada Nora Danish..

-

-

-

-

-

-

-

Nur Alisha Zahra..

abaikan background tu..very cute comel lotey one…

kan?

(ateh uncle..pinjam gambar..kihhkihkih)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post to Twitter

© 2012 2013 Hak Milik Penuh Jamar.Bahar a.k.a JMR