Selepas seharian kami di Legoland Malaysia (tanpa lunch yang proper) perut memang rancak berkeroncong minta diisi. Sebaik sahaja check-in di hotel, terus mandi, bersiap dan ready untuk cari makan di Johor Bahru ni. Malam pertama di Johor kali in, adik aku dah bagi idea untuk mencuba keenakan makanan laut di Pantai Senibong. Ok lah, walaupun belum gaji, rezeki sentiasa ada untuk famili. Here we go!
Aku pernah tahu tentang Senibong yang popular dengan makanan laut segar dan sedap di Johor Bahru ni. Boleh dikatakan antara tempat makan sedap di Johor Bahru. Tapi aku tidak pernah berpeluang ke sini.
Terletak di Pantai Senibong, tempatnya betul-betul di tepi Selat Tebrau, dan jelas nampak negara seberang, Singapura. Cuma, dari bandaraya JB nak ke sana, memang kami percaya bulat-bulat pada WAZE. Alhamdulillah, takde offset, tepat ke parking Senibong Seafood. Jangan lupa bayar parking RM2 sekali masuk..hehe..
Memandangkan kami tengah kelaparan, keluar je kereta, terus menuju ke kedai pertama di laluan masuk, Restoran Selera Senibong Seafood. Tanpa membuang masa, terus pilih makanan laut apa yang bakal menjadi santapan. Aku biarkan diorang pilih, aku hanya memilih ketam bunga, 3 ekor, masak butter..tu je yang bermain di pintu selera aku pada malam tu.
Seperti janji akak yang ambil pesanan awal-awal tadi, katanya servis di kedai mereka cepat, sedap dan pantas. Dah pilih semua binatang-binatang laut tu, timbang berat dan serahkan kepada krew di dapur, kami di bawa ke meja betul-betul di tepi selat, berbumbungkan bulan dan bintang. Nyaman.
Syok tempat begini, dapat menikmati angin malam yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Chewahh..lebih kurang setengah jam, menu yang siap dimasak mulai tiba di meja..
Bismillah..
Overall OK la masakan di Restoran Selera Senibong Seafood ni. Ketam masak butter tu paling aku suka..yang lain-lain, so so je la..haha..feveret ikan bakar dan sotong celup tepung aku tetap di Restoran Zul Ikan Bakar Besut..haha





Nampak tak sotong celup tepung sepinggan tu. 5 ekor saiz besar besar sebelum goreng, dah goreng, banyak tu je tinggal..haha..RM60.00 untuk sepinggan tu. Total semua RM263..serius kenyang gila. Sebelum start makan, terfikir gak cukup ke idok order ni. Risau diorang tak cukup makan je..:-p
Burpp..alhamdulillah..licin semua lauk pauk, minuman dan nasi. Kalau bab makan aku tak berkira sangat. Order sahaja nak makan apa, janji habis. Kalau tak habis, siap sedialah mendengar bebelan aku. Bukan sebab kedekut, tapi sebab tak baik membazir makanan. Amalan syaitonnn..haha
Nota: Kecur air liur aku masa dok menaip draf entri ni. Nanti aku nak kongsikan lagi 2,3 tempat makan menarik di Johor Bahru yang sempat aku terjah untuk trip kali ini..Stay tune!