Pernah suatu ketika dahulu, ketika zaman penjajahan MultiLevelMarketing atau nama KLnya MLM, istilah ‘goyang kaki dapat duit’ sering digunakan untuk menarik para downline bernaung di bawah upline. Aku tak nafikan kebenaran frasa tu, ada betulnya. Mungkin bila kena cara, kena masa, kena mangsa, kena tempatnya, dok goyang kaki depan TV pon, duit masukk je kan..

Apa-apa pon, yang aku nampak,tip terpenting untuk membuktikan yang frasa  ’goyang kaki dapat duit’ ni betul dan tepat adalah dengan sikap korang sendiri gak - kena rajin berusaha.

Ye, Kena rajin berusaha..sambil berusaha sambil goyang kaki..

Katakanlah kalau aku malas berusaha, sekadar goyang kaki malas, konfem2 aku takleh nak kejar kedudukan Saya Disini ataupun Boni Kacak yang pada masa tu berada di kedudukan kedua dan ketiga. Kalau aku sekadar menyerah pada takdir tanpa usaha, konfem2 Saya Disini dah senyum dengan pulangan bersih RM30, sambil goyang kaki layan Samarinda, sambil mengomen blog Foodblogger Melayu terfemes di KL ini..

Alhamdulillah, terbukti pada malam tu, sambil ‘goyang kaki’ sambil makan kuaci, sambil borak ngan bini, tekun aku memberi cabaran kepada Afasz. Dan aku salute dengan si Afasz ni, laju ke benor dia mengomen, setiap kali aku refresh, mesti bilangan komennya meningkat pantas. Ko pakai Unifi VIP 20 ek?? Jenuh aku nak mengejarnya, almaklumlah Unifi VIP5 ajo..

Yey! Goyang kaki pon dapat gak duit tu..RM30 pon duit kan? Takkan dapat juta-juta baru nak panggil ‘dapat duit’ kan?:-)

Terima kasih kepada Bro Hazman, nanti anjurlah kontes Raja Komen lagi ye. Kepada Afasz, akan kucabar lagi next time!

Enjoice!

Post to Twitter

 

Tuah ayam nampak di kaki, tua, tuah manusia siapa yang tahu, kan? Rezeki usah ditolak, musuh jangan dicari..eh.. antara hasil dari hobi komen-mengomen di blog..dan sedikit bernasib baik di entri Soalan Tatabahasa OH MY! ENGLISH ..

Terima kasih bro Malayfoodblogger yang giler lantaknya! Lepas la ni untuk belanja lunch aku esok …kihkihkh

Post to Twitter

 

Hari tu aku ada wat mini GA untuk sesiapa yang sempat screenshot total PENGUNJUNG 200000.

Ada la 5orang yang sudi hantar email ke gmail aku. Mentaliti ini yang aku bangga ngan anak bangsa aku nih. Tak berputus asa walaupun dah terlajak ke nombor lain.Bravo..

Dan TAHNIAH dari aku untuk FUK BLOGA, Bro Man sebab terpilih untuk nombor yang paling hampir kali nih.

**Aku baru baca address ko bro. Nanti aku pos barang itu.

 

[Nak HADIAH lagi besar?? Menang RM1000 & jadi sebahagian daripada muzik video]

 

Post to Twitter

 

Tahukah anda, selain sambutan hari kemerdekaan yang ke-54 diadakan pada 31 Ogos 2011, juga diadakan sambutan 6th Blog Day untuk mendedikasikan 6 blog terpilih kepada dunia blogging.

Tahukah anda, 6 blog akan dipilih dan didekasikan kepada dunia blogging dengan motif, ” ko tak pernah baca blog ni kan, so hari ni aku rekemen ko baca blog nih...”.

Kalau dua benda di atas, anda masih belum tahu, sila ke Nuffnang celebrates Blog Day! untuk mengetahui dengan lebih detail lagi.

Jadi, blog mana yang akan aku pilih untuk direkemenkan kepada korang semua? Aku telah memilih 6 blog berdasarkan kecenderungan aku membacanya hampir setiap hari. Kenapa aku membaca blog-blog ini? Pasti ada keistimewaannya kan?Apa-apa tujuan pon, yang pasti, sebab utamanya adalah kerana gaya penulisan yang tersendiri dalam menyampaikan sesuatu isu tanpa meniru mana-mana gaya penulisan individu lain.

Jadi, jom terjah setiap blog yang aku rekemenkan di bawah:-)

BLOG 1- .Aku.Filla.Niehttp://kasihaleeya.blogspot.com

Ikhlas aku bagitau korang, hari-hari aku bukak blog buk Filla nih dan setiap kali aku baca blog ni, pasti aku gelak terkekek-kekek sorang-sorang. Stail penulisan blogger yang aku panggil kak Filla ni memang simple, sempoi dan bila membaca entri di sini, korang akan secara automatiknya, boleh imaginekan sendiri yang korang berada dalam situasi yang Kak Filla ni dok bercerita. Series! Kebanyakan entri-entrinya adalah berkisarkan kisah dua anak daranya, Acih&Amaani yang sangat cute dan ada juga entri pasal food, deco rumah, framekasih&kisah travelling Kak Filla. Bagi aku setiap entrinya, ada keistimewaan dan ilmu-ilmu tersendiri, baik ilmu hidup berumahtangga, parenting tips, tips travelling dan macam-macam lagi.

BLOG 2- Memoir of a Doctorhttp://xhansx.blogspot.com


Blog Memoir of a Doctor ni milik kepada seorang doktor yang bertugas di Kelantan. Majoriti entri adalah disampaikan dalam Bahasa Inggeris. Sebab utama aku selalu ke blog ni adalah juga kerana gaya penulisan yang simple&sempoi dalam mengulas sesuatu isu walaupun dalam Bahasa Ingggeris. Kebanyakan isu-isu yang dijadikan entri berkisahkan kehidupan & perjalanannya sebagai seorang doktor. Dan percayalah, bila korang baca entri di blog doktor ni, banyak benda dan term-term baru yang korang boleh belajar dan fahami, terutamanya term-term dalam ilmu kedoktoran. Yela kan, tak ramai doktor yang mampu menulis blog di sampingnya kerjayanya yang sangat sibuk setiap hari.

BLOG 3- Kehidupan Suatu Pencarianhttp://www.suterablogger.com

Menggelarkan dirinya sebagai SuteraBlogger, merupakan seorang pakar IT di satu syarikat terkemuka. Untuk seorang blogger yang baru berjinak-jinak dalam dunia blog, aku rekemenkan blog ini. Sebabnya adalah banyak tips-tips dan tutorial yang berguna dan penting untuk dipraktikkan apabila menulis blog. Dan yang paling penting, setiap hujah dan isi entrinya sangat mudah difahami dan simple. Selain itu, aku selalu blogwalking ke blog ini untuk mengetahui isu-isu semasa kerana di blog ni, penulisnya akan mengupdate segala macam isu semasa yang dirasanya berguna untuk dikongsi bersama. Aku dah beberapa kali berjumpa secara face to face dengan pemilik blog ni, yang aku panggil Abg Long Bean, series dia sangat sempoi dan senang didekati. Jadi, kalau korang nak sedut ilmu pasal blog atau dunia IT, jangan segan silu untuk terjah beliau di suterablogger.com mahupun di alam realiti. Highly recommended!

BLOG 4- Sembang Kencang – http://fdausamad.blogspot.com
Korang ngah tensen? Korang ngah sedih? Korang ngah depressed ngan kije? Korang ngah gila?

Kalau salah satu jawapan korang “YES” untuk soalan di atas, aku rekemenkan korang ke blog Sembang Kencang ni. Pasti korang akan lupa sejenak masalah korang tu. Aku selalu terjah blog Sembang Kencang ni sebab setiap ayat-ayatnya, walaupun tatabahasa hancus, tapi aku faham dan sangat kelakar tak ingat dunia. Setiap entrinya, walaupun hanya berkisahkan kehidupan seharian&kerjaya blogger Sembang Kencang , tapi gaya penyampaian dan ayat-ayat yang ringkas, pasti mampu mencuit hati setiap pembaca. Seingat aku, sepanjang blogger Sembang Kencang ni menulis, tak pernah ada entri series kot. Kalau ada pon, perenggan pertama je series, pastu memang korang tak tahan gelak lak. Series, Highly Recommended untuk korang yang inginkan kelucuan & gelak ketawa.

BLOG 5- Sometimes things doesn’t Happen The Way we Wanthttp://mama-hawa-nani.blogspot.com

Pemilik blog ini yang aku panggilnya Mama Hawa merupakan seorang Singaporeans. Aku gelarkan Mama Hawa ni seorang food blogger kerana majoriti entrinya adalah berkaitan dengan makanan, samada resipi rahsianya mahupun apa jua jenis makanan yang dijumpai dan disantapinya. Selain daripada bahasa ringkas untuk menyampaikan resipi masakannya, aku suka terjahi blog mama Hawa ni kerana snap shot gambar makanan di blog ini sangat stylo. Close-up, angle & skin tone memang menarik hati aku, kadang-kadang aku tak baca pon isi kandungannya, sekadar menghayati gambar yang disampaikannya. Weih, dengan gambar je pon, dah mampu buat aku terliur & kecur air liur ni okkey. Bagi yang suka memasak dan ingin berkongsi rahsia masakan, aku rekemenkan blog nih. Pemiliknya, Mama Hawa juga tidak sombong dan sudi menjawab segala persoalan yang diajukan kepadanya. Aku nak dapatkan info pasal tempat&jalan kat Singapore pon, aku kontek mama Hawa, sangat friendly dan sudi membantu okkey.

BLOG 6- Ilmu.Amal.Sedekah – http://hazmanfadzil.com


Blog hazmanfadzil.com dimiliki oleh seorang jejaka yang masih single dan sangat suka makan, just like me!hahaha..so no wonderlah, aku suka terjah blognya, semata-mata mahu menghayati setiap gambar food yang diclose-up ko Hazman. Kelebihan owner blog ni ialah setiap kali menjamu selera di mana-mana restoran, tidak kira mewah atau biasa-biasa aje, pasti setiap menu yang dipesan akan disnapshotkan. Dan aku suka setiap shot oleh Hazman ni, kerana mampu membangkitkan rasa ingin tahu, “eh eh kat mana agaknya kedai makan ni ek? “..dan di setiap entri pasal makannya, pasti ada alamat restoran, tempat dia menjamu selera tu. Jadi, senanglah untuk pembaca terjah restoran yang direviewnya itu. Food Blogger yang kian dikenali ni, tidak lokek berkongsi rezeki&ilmu dan sangat mesra pembaca. Selain daripada bercerita pasal makanan, entri-entri juga berkisarkan isu-isu semasa dan juga review filem terbaru. So, kalau pasal food yang korang cari, pasal isu semasa yang tengah hot yang korang cari ataupun pasal filem-filem terbaru yang korang cari, aku rekemenkan ke blog ini, http://hazmanfadzil.com.

I’M DONE. Tugas aku untuk memperkenalkan keenam-enam blog pon sudah selesai. Kesemua blog yang aku rekemenkan ini adalah blog-blog yang dekat di hati dan mempunyai kelebihan masing-masing. Silalah terjah ke blog-blog tersebut.

HAPPY BLOG DAY TO ALL!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post to Twitter

© 2012 2013 Hak Milik Penuh Jamar.Bahar a.k.a JMR