Pagi-pagi gini, meh ushar gambar kat bawah nih. Orang kata, kadang-kadang gambar yang mengiurkan boleh menaikkan semangat untuk terus bekerja dan berusaha. Betul ke idok ye?

Sudah sudah..lap dulu air liur tu. BBQ ni bersempena dengan kecemerlangan kazen aku, si Jasmine yang dalam diam tak diam dapat skor 5A. Atas kecemerlangan dia, aku dapat idea dan terfikir sejenak, memang betul ‘rezeki Allah tidak akan terjangka‘..dan juga kebenaran quote ni-> “Dont study hard, but study smart…“..*ni yang terasa nak further study ke tahap yang lebih tinggi sebab nak praktikkan quote nih….ok stop berangan..:-p

Aku sampai agak lambat sebab melayan semi final bola sepak sukan SEA, Malaysia lawan Myanmar. Nasib baik menang..so, sebagai denda, aku kena setelkan sumer ‘garuda muda’ tu untuk santapan para tetamu. Terbaik, bab membakor, bagi je kat aku, kompom ada yang hangit dan kelam..

Hangit tak hangit, kelam tak kelam, kalau dah masuk pinggan, campur dengan salad sikit, kompom melahap tak ingat dunia. Tengok si Alif kat atas tu, tu menambah pinggah ke 4 okkey..sedap sunggoh ‘garuda muda’ panggan campur air peluh gua..masin masin manis kot..

OH ye, yang ni bukan garuda panggang. Ni lamb grill..fuhh, lama sunggoh tak pekena lamb nih. Kaw-kaw aku balun malam tu. Kalau makan kat kedai, pikir gak dua tiga kali takut rabak poketkan. ALang-alang dah kat umah, bakar sendiri dan melantak sendiri. 2,3 pcs aku amik dan telan..burp burp burpp….oppss..*pedulikan model bertshirt putih ngan suasana kelam kabut kat belakang tu ye..hikhikhik

Burpp..aku dah kenyang nih..korang camana? :-p . Kalau dah, moh le kita sambung keje..

* thanx to my auntie sebab sediakan food-food yang sangat lazat..terbaekkkk..

chow!

Post to Twitter

 

Apa nak pelik kan, normal la kalau juadah berbuka ayam tanpa kepala. Yang tak normalnya, juadah ayam bakar berkepala! Iyakkss..kalau ye pon lapar, carilah ayam yang dimasak setelah dibuang kepalanya.iskh.iskh..iskh..

Kisah Ahad lepas, selepas 21 hari berbuka puasa. Biasanya kalau di hujung minggu, hanya berbuka puasa di rumah famili atau rumah sendiri. Paling idak pon, tapow kat bazar ramadan, tak kuasa nak reserve seat seawal pagi, then dok berimaginasi banyak mana nak melantak buffet masa berbuka, membawa ke azan asar. Kang tak pasal-pasal benda yang takde pekdah aku buat & leh kurang persen pahala puasa aku di hari minggu.Tapi hujung minggu ni lain sikit, elok je masuk azan zohor lepas melodi, tetiba rasa nak melantak buffet kat mana-mana restoran kat One Utama.

Korang rasa bila jam 4 petang baru sampai One Utama, rasa-rasa ada lagi tak seat kosong kat Seoul Garden mahupun Shogun?Jangan haraplah..memang putus harapan le. Nasib baik iman&nafsu aku masih dapat dikawal, kalau idak, ada yang azan Asar dah masuk waktu berbuka nih..

S.A.B.A.R di bulan ramadan, banyak hikmahnya kan. Elok je nak frust sambil nangis-nangis, dapat sms..” ..aunty Nani ajak berbuka puasa kat umah dia. Ada nasi kerabu, ayam bakar, kambing golek, mi sup, puding caramel, bla.bla..” pehhh…aku kira-kira, ada lebih kurang 150 jenis juadah kot kalau total juadah tu aku darab ngan 50. kahkahkah..

Tapi antara 150 jenis juadah yang terhidang, aku tertarik ngan sekor ayam yang dipanggang ala-ala anakĀ  ayam turki nih. Dua tiga kali gak aku dok tenung, intai-intai, dok bayang-bayang…………..

fuhh…..seksi gak kan ayam panggang nih??..

astagfirullah…

* Terima kasih kepada Aunty Nani & Uncle Azmi yang menjemput aku & cik Nunu berbuka pada hari tu. Diorang niĀ best friend kepada Makchek(makcik aku) aku dan juga seperti uncle&aunty kepada kami juga! Bagi aku, zaman skang nih, susah nak mencari satu friendship seperti yang diorang ada nih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post to Twitter

© 2012 2013 Hak Milik Penuh Jamar.Bahar a.k.a JMR