“Apabila keramat dibuka, nyawa galang gantinya”

Sinopsis Filem KERAMAT
“Di tahun 1900, seorang lelaki bernama Habib telah difitnah merosakkan kehormatan Mustika. Akibat dari itu, Habib telah dikerumuni dan dipukul oleh orang kampong diketuai oleh Jabar, abang kandung Mustika. Habib yang merupakan bukan calang-calang orang terus dipukul dan kain yang selama ini menutupi wajahnya ditarik oleh orang kampong dan berlakulah satu peristiwa yang amat dahsyat di mana semua penduduk kampung mati dek cahaya terang yang terpancar dari wajah Habib.
Di zaman ini, kehidupan dua beradik iaitu Nazmir dan Nasti mula dihantui pelbagai pertistiwa pelik dan menyeramkan bermula dengan kehilangan bayi yang dikandung Syazura, isteri Nazmir. Sejak itu, seorang demi seorang ditimpa pelbagai peristiwa di luar fikiran termasuk Munirah, Isteri Nasti. Keinginan Syazura untuk pulang ke kampong halaman suaminya menjadikan keadaan bertambah rumit. Satu persatu rahsia terbongkar dan mendedahkan sebuah sejarah yang mengejutkan Nazmir, Syazura, Nasti dan Munirah. Siapa sebenarnya dalang dalam perkara ini dan apakah rahsia tersebut?“
Ceritaku sebaik tamat tayangan:
Secara keseluruhan, ada beberapa perkara yang patut dipuji dan ada beberapa benda yang aku tidak persetujui daripada kaca mata aku.
1) Lakonan mantap daripada pelakon baru, Mon Ryanti yang membawa watak Munirah bagi aku sangat terserlah. Terutamanya scene dia dirasuk siap cium tiang rumah lagi. Memang timbul efek seram di situ. Juga ketika Syazira(Rebecca) dirasuk, siap mengangkang sehinggap terkeluar ketulan seperti batu. Eh eh apa jadi dengan ketulan tu ek?:-p..
pape pon aku tabik dengan setiap pelakon dalam filem Keramat ni. Bukan senang nak berlakon di celah-celah pokok tebu kan. Kompom siap menggaru gatal sepanjang shooting filem nih..kihkih..
2) Aku dapat rasakan, sekiranya dikurangkan penggunaan efek-efek CGI yang agak keterlaluan seperti ‘cahaya’ daripada wajah Habib dan memperbanyakkan suasana seram secara natural, filem Keramat ni boleh pergi lebih jauh. Itu satu hal dan yang menjadi persoalan aku, kenapa perlu diselitkan elemen raja lawak ketika scene yang sepatutnya betul-betul seram tahap klimaks. Elok je nak cecah tahap seram secara klimaks, aku dah gelak berdekah-dekah..
3) Daripada awal cerita, sampailah habis jalan cerita filem Keramat ni, aku memang takleh nak expect ending dia. Mula-mula aku bajet, doktor yang menjadi kawan rapat Nazmir yang membuat onar dalam filem nih. Tapi salah. Dan aku ingatkan, semua kembali normal selepas mereka bertemu dengan pondok seorang ustaz di tengah-tengah hutan tu. Tu pun salah gak.. ending yang bagi aku patut diberi pujian..not a happy ending, also sad ending..
Nak tahu apa kesudahan filem Keramat ni, apa kata korang sendiri yang menonton filem nih..sedang ditayangkan di pawagam-pawagam berhampiran anda! Apa salahnya sekali sekala mencabar diri sendiri menonton filem seram, walaupun di sebalik jari jemari kan?:-)
PENGARAH :Azhari Mohd Zain
PELAKON :Zul Handy Black..Rebbeca Nur Islam..Mon Ryanti..Adey Syafrien..Putri Mardiana..Diana Amir.
Betul3x,.. ending yang lain sangat,..
aha, tu la..ekceli cite ni dan idea habib tu boleh pegi jauh….tp masa tengok memang ada dialog2 weird yang wat satu panggung leh gelak…
biasa la tu filem seram, terlalu fokus kat hantu sampai jalan cerita cam foul n celaru, even Al-Hijab pun…haha…
emm..macam kena tengok. mesti best ni.
patut amik pelakon bernama ujang
haha..aku pn xphm cite ni…patut tukar genre jd komedi seram kot baru sesuai…sbb aku dr awal smpi akhir gelak smpi nk pecah perut…cube bsabr smpi ke ending sbb nk tau ape kaitan al habib yg zaman dulu kala dngan yg zmn skang tuh???? zmn dulu tu habib xda pn bunuh2 org…knape pulak la motif si nasti nk santau kakak dia tuh…pastu nape pulak ada watak seorg doktor nk kaji hal mistik dan konon2 selesaikan persoalan mistik?? kenapa bukan org yg pakar dlm bidang tu? ah segalanya sungguh XLOGIK!…rupanya ustaz yg diorg jumpe x selesaikan pun amalan keramat ni…tp ustaz tu org atau bunian ek? n nape mesti guna bhs indon? filem kita wajah kita…ape la niat penulis cite ni sbnarnya…itulah misteri yg xda jwpn…hahaha