Niat untuk maintain update blog hari-hari masih tidak kesampaian akibat kekangan masa&komitmen kije.
ahh..tak sabar nak balik Malaysia hari Sabtu nih. Harap-harap semua kerja kat sini dapat setel on time..:-)
*tadah tangan seraya berdoa….~
Ni pertama kali aku dan Puan Nunu mengisi perut di New York New York Deli @ One Utama selepas setahun lebih sedar tentang kewujudan restoran nih. Dan last wiken sempena Duduk&Bantah BERSIH 3.0, kami singgah untuk santapan tengah hari yang agak lewat @4pm.
Belek punya belek menu kat sini, last-last aku pilih Swiss Mushroom Burger yang dihidang bersama french fries. Tentang rasa? Aku suka daging beger ala-ala burger bakar. Tidak terlalu kering dan tidak terlalu basah. Basah sikit-sikit pun sebab lapisan mushroom di antara daging dan roti beger tu.Sekeping cheese sudah cukup untuk menambah rasa pada beger nih. Burpp..harga? Sorila, aku lupa tapi memang berbaloi..
Pepperoni Pizza pilihan Puan Nunu untuk kali nih. Katanya nak on diet, tapi bila aku tengok cheese yang mencair atas pizza tu, memang ke laut dietnya kot. Sempat gak aku paw sekeping dua. Rasa macam tak cukup, nak paw lebih cam kesian lak kan..adunan doh yang tidak terlalu tebal, tambah lak ngan dry sausage yang banyak dan cheese yang tidak memuakkan, aku rasa bagi aku dua set pun boleh dihabiskan.
Aku suka deco kat New York New York Deli nih. Dindingnya ala-ala 3D pon ada gak ngan drawing yang seakan-akan ‘hidup’. Terasa suasananya seperti di ‘amarika’!
Burpppp…~
** New York New York Deli ni terletak di ground floor One Utama, berhadapan dengan Cold Storage:-)
Ko pernah makan oblong 3 bijik sorang-sorang?
Ko pernah makan satay 30 cucuk sorang-sorang?
Ko pernah makan murtabak 10 bijik sorang-sorang?
Kalau tak pernah, ko boleh hayati pengalaman brader yang giler makan. Hari-hari update mesti ada pasal makan. Makan lak bukan calang-calang kuantiti..kihkih.. Jom terjah FOOD BLOGGER ini @ hazmanfadzil.com !
Dah go thru blog brader kaki makan ni kan?
Aku pasti, mesti ramai yang cakap, “Biar betul mamat ni!“…
dah agak dah..~ kihkih..
Jadi, dengan skill makan dan mempunyai tank bersaiz besar, selayaknya dia tercalon dalam kategori FAVE MAKAN-MAKAN EXPERT.
*clap clap clap~
Dan..untuk memastikan brader ni mampu menjulang award ni, mehlah kita sama-sama VOTE untuk dia!
Camner nak VOTE?
Senang ajo..klik ke link ni >> VOTE HAZMANFADZIL.COM.
Kendian, tekan VOTE selepas login Facebook atau Twitter.
Hari-hari boleh VOTE..
VOTE SAMPAI LEBAM OKKEY!

** kalau dah vote untuk dia, meh le link ni lak >> VOTE JMR23.COM..tapi dalam kategori Tourism Travel Blog okkey..:-)

Untuk intro, tenkiu Bro Fazrol sebab share Premiere Screening pass ngan aku..kihkih..tanpa banyak bunyi, aku rekemenkan readers menonton filem terbaru Marvel Studios yang dibintangi superhero-superhero alaf baru!
Thor dan tukul tetap dengan watak machonya. Angkara adiknya si Loki, dia menyertai The Avengers untuk menyelamatkan dunia. Dan si tua, Captain America yang masih bernyawa walaupun tertanam di dalam ais selama lebih 70tahun, tetap series dalam pertarungan menggunakan perisai kebalnya.
The Hulk dan seluar koyak-koyaknya memang perkasa dari dulu lagi. Jelmaan Dr Banner dalam The Avengers kali ini pada mulanya adalah sekutu Loki. Setelah Dr Banner berjaya mengawal kuasa si badangnya, The Hulk menjadi salah satu member dalam The Avengers. Paling menyentuh hati, saat dan ketika The Hulk menyambut Ironman yang tidak sedarkan diri dan jatuh dari langit.
Tony Stark a.k.a Ironman a.k.a watak feveret aku! Sikap degil, keras kepala tapi bijak menangani masalah si Tony Stark ni memang tidak pernah berubah sejak 1st Ironman. Even degil, tapi ada masanya watak Tony Stark ni memang boleh buat penonton gelak terbahak-bahak dengan lawak selambanya.
The Avengers mengisahkan sekumpulan superhero yang berusaha menghalangnya Loki daripada menyalahgunakan Tesseract yang dicuri daripada organisasi S.H.I.E.L.D. Gabungan 4 superhero yang pada asalnya merupakan watak utama daripada 4 filem yang berbeza bukan sahaja berjaya menyentuh hati aku dengan semangat setiapasukan, tapi berjaya gak mencuit hati dengan lawak-lawak bodoh di sebalik kemachoan setiap watak ini.
Betul…lawak diorang ni mampu memecahkan panggung dengan gelak kaw-kaw dari penonton. Tak caya, gi la menonton der!;-)
Kepada peminat The Hulk, Ironman, Captain America dan Thor, cepat-cepat book tiket untuk esok. Memang berbaloi RM11++ untuk tayangan selama lebih kurang 2jam.