Review Filem Hantu Dalam Botol Kicap

7 Februari 2012 | TGV Sunway Pyramid

Sekali lagi, terima kasih kepada MiG Online yang menjemput kitorang sekali lagi ke pratonton filem terbaru terbitan Metrowealth, Hantu Dalam Botol Kicap. Pratonton kali ini sedikit unik kerana diadakan pada hari cuti, dan kedatangan jemputan sangat-sangat menggalakkan sehingga 100% penuh hall.

Hantu Dalam Botol Kicap. Pertama kali dengar, cam apa ke pelik bebenornya nama hantu ni kan? Biasanya hantu dalam labu sayong ke, botol air, ada la kan, ini dalam botol kicap, hantu spesis baru apa kan..dan kenapa ianya dinamakan hantu dalam botol kicap? Jom baca sinopsis filem Hantu Dalam Botol Kicap ni dahulu;

” Aminah dan suaminya, Hussin pulang ke kampung bersama tiga orang anak mereka, Azri, Epul dan Rina. Aminah ingin meminta ibunya, Nek Temah menjaga ketiga-tiga anaknya . Nek Temah merupakan seorang dukun dikampungnya. Hari pertama tiga beradik itu di rumah Nek Temah, mereka diberitahu tentang pantang larang di rumah tersebut. Pertama, mereka tidak boleh keluar rumah selepas maghrib dan kedua, mereka tidak boleh masuk bilik misteri yang diikat selempang merah.Ketika Nek Temah keluar mengubat, Epul terpandang bilik yang diikat selempang merah dan kedengaran bunyi botol berlaga dari dalamnya dan hendak cuba membuka pintu tersebut tetapi terhalang kerana Nek Temah berdiri di belakangnya. Pada suatu hari, Nek Temah menyuruh cucu-cucunya menangkap, mencabut bulu dan menyembelih ayam. Nek Temah ingin mengajar mereka agar bekerjasama dan akhirnya mereka berjaya menyempurnakan tugasan tersebut. Semasa makan, Rina teringin untuk makan nasi bersama kicap. Epul mencadangkan agar mereka membuka pintu misteri tersebut. Ketika pintu terbuka, tangan Rina luka dan Epul menggunakan kain pengikat botol untuk membalut tangan kakaknya. Seekor hantu terlepas dan hampir mencekik Rina tetapi disergah oleh Nek Temah.”

Lakonan Zalif Sidek sebagai Epul memang menjadi, dengan wataknya sebagai adik bongsu yang berperangai ala-ala comel gitu. Even wataknya tidak mencabar, tapi tika scene Puteri lakonan Wawa Zainal meraba-raba dada comel Epul, masa ni memang aku dah giler kaw-kawnya. Bukan calang-calang orang boleh bawa watak masa scene tu kan?kihkih..

Mon Ryanti sebagai Rina merupakan kakak sulung kepada dua orang adik yang nakal. Sorang dengan perangai gatal ngan pompuan, sorang lagi ngan kepercayaan karut yang percaya kepada kuasa mistik dari hantu. Bagi aku, lakonannya dalam filem ni kurang menonjol berbanding dalam filem Keramat. Rasanya watak Rina yang tiada ruang untuknya menonjol berbanding hantu kopek tu kot..kihkihkih..

Untuk filem Hantu Dalam Botol Kicap ni, pujian seharusnya dilemparkan kepada Wawa Zainal yang membawa watak sebagai Puteri, seorang gadis yang sering dirasuk Hantu Kopek(Angah Raja Lawak) dan seakan-akan berada di dunianya sendiri. Even tak banyak dialog, tapi body language dah cukup untuk menghidupkan watak Puteri. Nak sampai mesej melalui body language lagi susah kan??

Ye, semua hantu-hantu ni ditempatkan dalam botol kicap. Tu pasal muka sekor-sekor cam bongok je kan..hahaha..lakonan Mikael Andre sebagai bagi aku kurang menjadi dan agak kaku. Eh, tapi ada masa-masa tertentu, dia pon leh bikin satu panggung gelak terbahak-bahak. Mikael Andre(dia ni adik Piere Andre) memegang watak Azri merupakan abang kepada Epul dan adik kepada Rina, lakonan Mon Ryanti.

Hantu Kopek lakonan Angah Raja Lawak. Hitam legam okkey hantu nih. Korang leh bayangkan tak, camana body Hantu Kopek ni boleh masuk dalam botol kicap? Last-last masuk dalam tong je lagi senang…

Jom layan trailer luhh sebelum korang keluar membeli tiket filem Hantu Dalam Botol Kicap nih..

Amacam? Ada seram? Ada gelak? Aku jamin, korang takkan ada masa nak rasa seram melampau, rasa nak gelak manjang kompom ada. Aku tengok hantu kopek tu je pon dah gelak kaw-kaw. Jadi, kalau nak release stress di hari minggu ni, aku rekemenkan korang pergi menonton filem Hantu Dalam Botol Kicap..memang berbaloi untuk harga tiket tu.

* teringat hantu kopek memanggil ‘S.Y.G..S.Y.G..S.Y.G...’ kat Puteri…

Enjoice!

 

Post to Twitter

Posted in Uncategorized | Tagged , , , , , | 7 Comments

Terima Kasih

11 Februari 2012: 1000

Bangun tidur, senyum sorang-sorang.

Amik baju kotor, masukkan dalam mesin basuh, senyum sorang-sorang.

Bakar roti, buat teh hijau, senyum sorang-sorang.

Bukak laptop, check sumer email, senyum sorang-sorang.

Start brekpes, hirup teh hijau panas, senyum sorang-sorang.

Senyum sebab teringatkan hari indah semalam, seharian berada di plant, jam8 malam sampai rumah. Celebrate ngan team sepanjang, tepi boiler, penuh ngan kotoran, sambil buat termination, sambil gelak-gelak, sambil muka series sekor-sekor, pastu gelak balik. Dan bila semua siap, masing-masing membongkang. Nasib baik ada yang sanggup untuk standby sebelum unit tu mula beroperasi.

Alhamdulillah, sempat gak call umi/ayah semalam, dan juga kuar dinner semalam dengan Cik Nunu walaupun 2jam jer spend masa bersama kat kedai Abang Besar tu. Ok la tu daripada tak sempat langsung kan. Kang ada yang tarik muka lak..hahaha..

Itu kisah semalam..

Kisah pagi ni dimulai dengan senyuman..tapi tak lama kot..

Dapat sms daripada ‘diorang’ yang tentative date sudah keluar. 15 Februari ni dah kena gerak ke tengah laut..

* grr..senyumah makin memendek nih..ok la tu, jangan benda lain makin memendek dah le..hahahah..

Yeah..gigih aku reply satu per satu besday wish tu. Banyak giler kot. Thanx korang sumer untuk ucapan&doa-doa itu!

Happy Weekend readers!

Post to Twitter

Posted in Uncategorized | 8 Comments

Quick Update

9 Februari 2012 : 11.59malam

..ngam-ngam nak bertukar tarikh ke 10 Februari 2012, aku baru sampai di rumah selepas 14jam berada di project site untuk last preparation untuk shutdown plant kali ini.

Busuk giler babeng punyer pasal, terus mandi..malam2 tak elok mandi lama-lama..9minit cukup..

Pakai short, pakai singlet, bukak lappy jap..

*terharu der..

SMS inbox di henpon, Facebook wall, whatsapp etc beratur notification masuk..

Thanx for the birthday wish! 10Feb, the great day and its my day!

Thank you so much..

*esok pagi kena standby utk startup, esok malam aku akan reply sumer wish uolls!:-) Good nite angels!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post to Twitter

Posted in Uncategorized | 21 Comments