Orang cakap, kalau datang Krabi, tak sah tak amik pakej tour ke pulau-pulau di sekitar Krabi. Tak kisahlah pakej 4 Island tour ke, Phi-phi Island Tour ke, janji dapat menikmati indahnya ciptaan Allah swt di bumi Krabi, walaupun pernah ditimpa bencana tsunami satu ketika dulu.

Jadi, untuk trip kami kali nih, kami pilih 4 Island Tour dengan menggunakan speedboat. Pengangkutan lain selain daripada speedboat adalah dengan longtail boat. Kenapa aku pilih 4 Island Tour berbanding dengan pakej lain. Sebabnya, untuk 4 Island Tour ni, tempohnya lebih pendek berbanding Phi-phi Island Tour. Phi-phi Island Tour lebih panjang tempohnya disebabkan lokasi aktiviti sborkelling lebih banyak, aku rasalah. Untuk trip yang hanya kami berdua, aku lebih prefer menggunakan speedboat. Kalau datang trip secara berkumpulan, lebih baik amik pakej longtail bot. Harga tour kami kali ni adalah 1200 bath/person atau kami anggap je RM120 untuk seorang.
Harus pakai sunblock ni kalau taknak sengsara di kemudian hari.:-)
Ok..semua tiket dah ready. Orang travel tours tu akan datang pick up kat lobby hotel untuk ke speedboat. Jom kita jejalan nek speedboat lak! eh jejalan eh???
Destinasi pertama adalah Phra Nang Beach!!! Memang excited naik speedboat nih. Tak perlu risau pasal ‘seasick’ sebab Phra Nang Beach tak jauh pun dari jeti.

Otw to Phra Nang Beach, benti singgah amik dua lagi pelancong asing. Satu speedboat hanya 10orang pelancong je dan 3 orang pelayan. wah pelayan ko.. 1 kapel dari Thai, 3 kapel dari Europe dan 1 kapel dari Malaysia yakni KAMI lettew!.. So layanan agak eksklusif le kan..sepanjang perjalanan,korang akan dibekalkan dengan mineral water dan juga fresh fruit. Lunch juga disediakan okkey.

Dah sampai! Welcome to Phra Nang Beach. Walaupun bunyinya ‘beach’ , tapi jalan masuk hanya menggunakan boat saja. Unless ko terer berenang jarak jauh.

Masa yang diperuntukkan di sini adalah selama satu jam. Pantai ngan gua je pon ada. Nak buat apa lama-lama kan? Pusing-pusing, snap-snap gambar pemandangan sikit, snap gambar bini sendiri dulu then baru la bley snap gambar awek lain..kahkah..
Bukan main excited lagi kena pukul ngan ombak. Ni shot yang kali ke 9, baru Puan Nunu puas hati dengan hasilnya..*matiklesapajadiphotogdia!
Ko baik-baik yang, kang tercucuk batu tajam kat kepala tu,menjawab aku nanti..
Masa kecik-kecik luh, kalau pegi Golok ikut Kelate, mesti jumpa ngan bot spesis enjin panjang nih. Tak sangka, zaman skang pon masih berguna lagi. Unik gak rupanya kan.
Berat der sauh tu. Ni baru bot kecik, mahu kapal yang besar-besar, agak-agak berapa berat la sauh dia ek. Eh ke kapal besar tak pakai sauh eh?:-p

‘Barang’ sapa sepah-sepah nih??
hahaha..menurut info, tempat ni adalah tempat memuja/sembahyang orang-orang siam nih. Mereka percaya, melakukan aktiviti kat sini boleh memberi mereka zuriat. Owh yeke. tapi yang aku musykilkan, kenapa ‘barang’ si suami je, ‘barang si isteri’ takde lak tinggalkan kat sini..Bukankah untuk mendapat zuriat memerlukan kedua-duanya??kihkihki
Terpikir gk, camana ‘feel’ gay-gay yang datang ke sini ek? eh Im not a gay~
Dah-dah..jom kita teruskan perjalanan..
Next destination, Tub Island!
Sangat kagum dengan kebesaran Tuhan kat sini. Masa air pasang, seakan-akan terdapat 3 pulau yang terpisah. Bila air agak surut/tidak pasang, pengunjung dapat berjalan dari satu pulau ke pulau sebelah dengan hanya berjalan kaki. Seakan-akan pulau tersebut disambungkan dengan sebuah jambatan.

See..selamber je berjalan kaki dari pulau ke pulau. Area yang nampak pasir tuje airnya cetek. Yang kat kiri kanan tu, memang leh cecah paras kepala. Salah seorang pengunjung yang sedang catwalk..
Tengok air laut tu, sangat jernih ok. Jelas kelihatan ikan-ikan sedang berenang. Mula-mula Puan Nunu cam takut-takut nak menyeberang ke pulau sebelah. eh aku pun risau gak sebenarnya, kang tetiba air pasang kan..haru biru nanti aku nak kena kuak lentang.

Alang-alang dah sampai area air jernih, leh nampak anak-anak ikan berenang manja, nak gak try test power Olympus TG-620 tu..

Dah namanya dalam air, jadahnya asyik nak berjalan-jalan. Jom kita berenang-renang bersama anak-anak hikan mak..haha.. Tak pasti lak ikan apa, janji bukan piranha atau jerung dah le..
Aku bajet ikan ni betina, sebab bila aku masukkan kamera pink tu, semua datang nak belek-belek kamera tu. Berkenan katanya. Kalau nak, beli sendiri ok!*nganikanponnakgaduh
Nasib baik trip kali ni, Puan Nunu bawak kompak kamera yang TOUGH. Bolehlah aku yang lebih-lebih dok acu cuba try test. Memang puas hati, even harganya tak semahal DSLR, tapi kualitinya, series aku rekemenkan!
Kahkakh..kelakar la ko sayang. Nak snap gambar ikan guna Nikon D7000, siap hulur-hulur kaki tu. Kaki perisa stoberi ke?? Kalau piranha, berani tak? kehehe..
Tenkiu Abg Bob sebab amik gambar kami. Siapa itu abang Bob..tu la dia pemandu pelancong kami. Eh takde lak gambar dia. lupa nak snap.
Amboi-amboi adik pakai jaket oren tu, tajam tol pandangan dia..haha..tapi aku rasa, kalau Bro Hazman yang tengok, lagi tajam pandangan dan pemikiran kot..kahkah..sori bro, ni je gambar aku leh upload untuk hari nih..
Destinasi seterusnya ada Chicken Island. Kenapa dinamakan Pulau Ayam ni? Mungkin sebab bentuk pulau ni seakan-akan seekor ayam dengan bahagian kepalanya kelihatan sangat jelas dari pandangan sisi. Tapi tak pasti lak, ada ke idak ayamnya kat Chicken Island nih.
So apa aktiviti yang boleh dilakukan di sini selain tengok kepala ayam tu? Yeahh..snorkelling time! aku dah biasa, so aku layankan keeksaitedan Puan Nunu untuk kali nih.
Pengunjung yang menggunakan Longtail boat. Tengok dari jauh cam mayat terapung pon ada gak..haha..
Puan Nunu sangat ekcited! Ni first time dia bersnorkelling. Awal-awal aku tanya, penah pakai goggle/snorkel/lifejacket? Tapi dia tak jawab dengan clear. so aku bajet, dia dah tahu sumer. Bila tiba di lokasi, dapat je sumer tu, terus dia capai, pakai segala bagai, terus TERJUN! dem..aku tak sempat ready,dia dah dalam air. Dan bila aku masuk air, ngah leka dok ushar anak-anak hikan, tetiba aku dengar sore dia dok tanya, apsal dalam goggle ada air, apsal bila nafas guna snorkel, tertelan air..hahaha..Sorry dear, thot u dah tahu pakai sumer tu properly..terpaksa la ajar balik sumer tu..tapi gelak tetap gelak..kahkahkah..
Dah namanya melayan bini kan. So, akulah instructor, akulah photographer nya. Seronok ye. Len kali I ajar cara nak guna SelfcContained Underwater Breathing Apparatus lak..hehehe..
Lebih kurang dah kecut kulit ni, barulah kami naik ke speedbot untuk destinasi terakhir, Poda Island!
Tak banyak aktivit yang boleh dilakukan di sini since matahari tengah memacak atas kepala. Just untuk lunch time, mandi-mandi kalo sesapa nak, pusing-pusing pulau, tengok kera, amik gambar, skodeng awek omputih berjemur dan dua tiga aktiviti lagi. Kiranya beraktiviti bebas la kat sini kan.
Travel agency kami tapowkan nasi ngan lauk ayam+telur. Halal ok. Korang leh request makanan halal untuk island trip nih. Insyaallah keHALALan tu boleh dipercayai.
Ni aktiviti sampingan. Aku agak tak faham, diorang ni tak panas ke? Taknah jumpa cahaya matahari? Panas kot, time ni lebih kurang jam 1petang, terik wo matahari time nih..
Duta untuk kempen Tsunami Hazard Zone. Boy ke girl ni??haha..
Salah satu pemandangan menarik di Poda Island. Jernih kebiruan kan air dia. Geram nak terjun,tapi mahu terbakar kulit aku nanti. Tunggu balik Besut nanti la.
Dont worry, be happy. Walaupun Poda Island ni termasuk dalam Zon Hazad Tsunami, tapi evacuation route dah pon dirangka. Kat kawasan pulau ni ada disediakan arah mana yang patut korang pergi kalo tetiba berlaku tsunami. Mana tahu kan..
Pulau asmara dalam genggaman. Dah jadi trend kat sini, sumer nak snap gambar ala-ala cam kecik bebenor pulau yang satu tu.
Kat Poa Island ni, banyak jagung bakar dijual. Besar-besar lak tu. Nasib baik perut ngah kenyang, kalau tak, mahu dua tiga aku beli nih.
Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri. Tak tahu apa motif tali gantung camtu. Ntah-ntah dah banyak orang yang berjaya gantungkan diri sendiri kat situ kot. Eh tapi rendah je kan, kalau aku gantung kat leher, tahun depan pun belum tentu lagi putus nyawa..hahaha..
Dah-dah..dah tiba waktu untuk pulang. Rasa macam sekejap la plak. Rasa macam taknak balik la plak. Rasa macam nak terus tinggal kt pulau-pulau ni la plak. aahh,banyak la ko punya rasa.
Memperkenalkan travelmate kami. Eh eh dah nak balik baru nak kenal-kenal ye..kihkih..
Tamat sudah 4 Island Tour kami kali nih. Satu lagi kenangan terindah yang tercipta. Paling penting, aku dan Puan Nunu dapat luangkan masa bersama sambil menikmati indahnya ciptaan Allah SWT..semoga ikatan suci ini bahagia berkekalan hendaknya..Amin~
Enjoice!


waaaaaaaaaa! sgt best nih! ni yg memang rase nk doa cecepat supaya bole skip xde bulan 7 ngn 8 terus bulan 9!! tak sabar nak pegi hahaha
pejam celik pejam celik dah bulan 9 maa..tak lama dah tu..enjoice!
aku xleh pi tpt2 gini dgn ujang..aku sorg je pn reti berenang..tu pn basic skill je..hahaha klu nk pi kena angkut skali mak pak aku..ayh aku reti aa berenang2 ni…tp bajetttttt lah pulak kann…ngee~ =P
Time kasih la my friend sebab sudi share GAMBAR tu yea….. tapi serius la bro… memang penceritaan travel and living yang best laaa….boleh masuk untuk promosi kementerian pelancongan nie
haha..nak promo camne, bukan dlm mesia, sah2 kementerian plncongan taknak..
Oooo..terjwp la sudah apakah ‘barang’ yg dimaksudkan tuh. Ekekeke…
Apapon, cantik semua gambo2 yg diambil tuh..camera cinonit kaler fink tu siyes leh bwk msk dlm air yeh?? Harus dimiliki tu klu iye leh msk air..
TG-620 olympus mmg underwaternye digicam mak, untuk snorkelling ok la…low price tp hi quality..utk SCUBA diving, kena amik kamera lagi dlm, maybe TG-820 olypus..
walawehhhh seronoknya, baca dan meneliti gambo dgn tekun hokeyyy, jarang kot hamba begini, kehkehkeh..
Seronok baca. Besh ah org g coti2 hanimun..
Amin
tak pernah snorkeling ni,berenang pon xtau
so sweet la entri ni, mr hubby.. nnti leh suh baby kite bca plk ye..
beautiful pictures, interesting to read.
Cecantik gambo. Gambo yng underwater tuh menarik
haha..klaka..sonok btul bace.
bru nk g tok honeymoon bln 10, tp lmbt book tiket..
airasia da abeh pomosi..uwaa..
salam singgah..
lg 2 mgu nk pg krabi