Hari Rabu kan hari tanpa kata a.k.a Wordless Wednesday. Eh ada lagi ke aktiviti WW nih ek? Tak kisahlah kan ada kata ke takde kata, yang nyata pagi ni aku senyum tanpa kata-kata. Dah namanya senyum, takperlulah nak berkata-kata kan.
Kenapa aku tersenyum? Sebabnya aku dapat link blog yang best-best kat bawah nih..
1. Barakallah....
4. Pergi ke Majlis Resepsi JMR n Nunu Eera
5. 12 Mei12 Wedding JMR & Nunu
Tersenyum sendiri bila teringatkan ada yang kenal JMR lebih daripada nama sebenar aku..tenkiu untuk encik-encik & puan-puan blogger yang datang ke majlis kami pada hari Sabtu lepas:-)
*masih mencari ruang masa untuk update proper entry untuk Majlis Penyatuan Dua Hati kami..
opss..rasanya next week ada lagi kot sambungan episod ‘Hidup Memang Sempoi’ aku..~

Nongkrong bukanlah sekuel mahupun prekuel kepada filem Ngangkong. Sekadar persamaan konsep cerita mengenai ‘nombor ekor’ yang diketengahkan dalam filem ni.
Antara barisan utama dalam filem Nongkron nih. Eh eh ada Mon Ryanti le. Ada 3 orang awek dan 3 teruna dalam cerita ni. Hmm..yang baju kuning tu nak kira awek gak ke camne ek?:-p
Bak kata Mejar David Teo, Nongkrong pasti akan buatkan penonton gelak sampai bumbung runtuh. Yes! Dari minit pertama start Nongkrong ni, sampai le ke penamat, memang super lawak. Well said, sapa tak kenal Shaheizy Sam ngan muka seposen, Angah Raja Lawak yang memang lawak semulajadi dan Epy Raja Lawak yang boleh tahan gak ngan lawak dan loghat utaranya. Leh krem perut dok melayan lawak diorang nih. Nak-nak last part, diorang kena kejar ngan ‘puteri-puteri’ sambil pakai boxer ajo!
Banyak-banyak event pratonton yang kitorang join, rasanya ni 1st gambar bersama…huhuhu..