Tips Blogging: Apa guna WATERMARK di alam cyber & TUTORIAL:DESIGN WATERMARK sendiri!!!

Ada gak yang tertanya-tanya, apa guna watermark, atau tanda air ni pada setiap gambar kita? Owh untuk elakkan daripada disalahpakai, tapi kalo gambar ko tu gambar biasa ajer? Weih, kalo muka ko sorang, dan ko tengok je, memang la rasa cam biasa, tapi kalo gambar muka ko tu, orang copy paste, then create Facebook dan letak muka ko tu sebagai profile pic tu camana? Sakit hati tak? Nak tao camana rasa, better tanya ngan cik RedbloodSnow, si Zie nih, coz sejak aku kenal dia di blog ni, dah banyak kali orang cilok gambar dia, almaklumlah muka si Zie cun melecun, putih mulus, sesuka hati je pencilok tu mengakui itu mukanya..sangat sedih….~

 

Kalo malas sangat nak letak semua watermark kat pic yang korang upload, at least letaklah kat gambar yang ada muka sendiri. Sekurang-kurang dapat mengurangkan kejadian cilok mencilok gambar profile lagi. Weehooo…meh cni aku nak ajar cara simple nak design watermark guna Photoshop CS3..CS versi papepon tak kisah le…
Memula, ko design luh camana rupa watermark korang tu. Ikut design sesedap rasa&hati korang ye..
Designation tu atas kekreatifan masing-masing ye. Tiada kaitan antara yang hidup atau yang mati..hahaha
Langkah seterusnya, kat tool tu, korang pilih Rectangular Marquee Tool tu(seperti pix di atas) then wat la border di sekeliling design Watermark korang tu. Kalo tak faham BM aku, sila tengok pic di atas, kalo cam ala-ala rabun dekat, leh klik kat pix tu untuk tumbesaran yang sihat!!!
Seterusnya, korang pergi kat EDIT, then pilih Define Brush Preset. Then dia akan kuar satu space untuk korang save name untuk design watermark korang tu. Pastu klik OK! Tengok pic di atas lagi ye..
SETEL!!! Kalo tak percaya watermark korang dah siap ke belum, kat Tool tu, sila pilih Brush Tool. Then ushar lah design terbaru watermark korang tu…Tengok gambar kat bawah ni pula kalo ngak faham lagi:-p
Sekarang korang dah ada watermark sendiri!!! Eh, camana nak guna??? Aik, design dah reti, guna la konpius ek. Meh nak ajar lagi…Mula-mula pasti korang ada gambar yang nak dipatternkan atas nama hak milik mutlak korang, drag masuk dalam Photoshop CS3 ni ye.
Macam tak biasa, pilih Brush Tool, then carik watermark korang. Bila korang klik kat watermark tu, dia akan kuar design watermark tu ala-ala transparent toyol casper gitu. Boleh dibawa dan diletakkan di mana-mana posisi yang kamu suka ye.
Taraaaaa…dah siap…nak selamat lagi drp muka kamu dimanipulasi oleh golongan yang tak bertanggungjawab, letak ajer watermark tu betul-betul atas muka korang, tapi kurang opacity ke 40%…
Harap tutorial bergambar iye-iye daripa JMR ni leh membantu korang yang tertanya-tanya camana nak design watermark ngan cara simple. Ni salah satu daripadanya la kan. Mungkin ada cara yang lagi simple, boleh la dikongsi-kongsikan. Sharing is caring, aite?..Aku ni bukannya ada bakat mengajar sesangat, kalo korang tak faham pasal ni, jangan segan silu, CONTACT aku ek…enjoice!!!

Post to Twitter

Tips mengisi keBOSANan di hari Sabtu

Ahakz..dah abes hari Sabtu. Dah pagi ahad pon kan. So, camana hari Sabtu korang? yela, semalam la, takkan minggu lepasnyer lak kan. outdated lah tu. Ok2..takyah jawab, nanti aku lak yang jeles ngan kemeriahan Sabtu korang. Family day, dating day segala bagai la kan. 1st half semalam, tahap bapak cipan aku buhsan, dari pagi sampai tengahari dok ngadap lappy. Sejak dua menjak ni, hidup aku memang ngadap lappy je, dah buhsan, agak-agak bila nak ngadap IPAD lak ye?
“Kusangkakan hujan sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari.” Sebelum tengahari, Mofarad Ruslin, dah post sesapa nak join shoot portraiture kat Tasik Titiwangsa. Wah, ini sudah bagus. Terus contact untuk pengesahan kehadiran. Gituuuu..Tenkiu for the invi bro!
Kehadiran adakah melebihi 5orang. Not bad di hari minggu gini. Mungkin diorang berada dalam mode aku gk kot, ‘keBUHSANan di hari Sabtu!’ Seb baik ada kamera gedabak saiz ni, leh gak join2 geng gini, leh gak tambah ilmu gambar & leh gak kenal kekawan baru. Betol kata Mat Joe dalam previous entrynya, main DSLR ni pon kira satu investment gak, tu pon kalo pemilik tao nak manipulate kamera gedabak besar tu. Selain hobi, DSLR ni leh je kalo nak create side-income yang leh tahan gak kenotan bad dia. Tapi investment paling best bila keadaan gini, leh jumpa kawan2 baru, leh belajar benda baru, leh share2apa yg tao & leh gain experience baru. Tak caya, belilah satu, kita kuar outing reramai. OritE?
Ni ha salah satu output yang aku suka semalam. High angle, tak guna tangga, tak guna high heel, just angkat kamera atas model muslimah tu. Aku suka, bukan bermakna korang suka gak ka..hikhikhik…
KeBOSANANan semalam jer ye. Hari ni ari Ahad dah, dah tak buhsan.Sebab..ermm..sebab..ala…sebabnya aku ada orang teman rini..hahaha..Petang ni ke Istana Budaya, layan teater CUCI The Musical 2, dan malamnya kita ke Hard Rock Cafe Kuala Lumpur, celebrate party besday Dayang Nurfaizah..Ahakz…Dah la ye..gtg..later aku update tidakBOSANan aku rini lak..hikhikhik
||untuk lain2photos, leh je klik kat menu tab JMRphotography kat atas tu. Tuu atas ttuuu….!||

Post to Twitter

|| How to Break Up With Your Girlfriend || & || ala-ala baju Faizal Tahir ||

Hehehe..ya, its not a tips how to break up with your girlfriend. Its a methods..Lagi satu, break up with ur girlfriend, not my girlfriend. Ahakz..act pic kat atas ni adalah baju sebenarnya. Sesajer buhsan-buhsan time mencari stok baju. Argh..tough gile nak mencari baju sesaiz ngn body ala-ala Arnold.  Takkan nak cari baju kat EchoPark yg cam aritu. Tidak macam dulu lagi. Mungkin kah pasni kena layan gym bersama darkbatman? Perlu difikirkan….
Yes, ianya muat. See, sapa cakap takde saiz..ngam-ngam je muat tao..Tapi  takkan nak amik design nih? Coz  kat uptown pn berlambak design gini leh nak cari, tak perlu susah2 ke DC Superheroes, ala kedai yg Faizal Tahir jadi duta tu la..hahaha..nak gak FT tu..die hard fan seyh! Design kat sini(DC 1Utama) pon layan gak. Customer service pon bagus.  Belek punye belek, tu yang terbeli gak 2helai. Takpe, janji kualiti ok. Ala, bukan untuk sapa, untuk Faizal Tahir gak kan..bley gitu?..hahahah..

 Yes, got it!Weee…~

Post to Twitter

Lupakan sekejap || Tips Mencari Kawan, Menghindar Lawan ||..baca yang ini dulu..

 Salam pagi Khamis! Walawei, dah kames ker. Cepat betul. Takpe, janji malam ni dapat tiket Prince of Persia dari Nuffnang. Ahakz. Dengar citer ada makan-makan gak kan walaupun sekeping Mister Potato, tapi tetap makan kan?Weeehoo…
Bangun-bangun pagi, terpikir jap nak shave licin ke tak. Ha, itu adalah masalah untuk mereka-mereka yang bermasalah. hahah..ada lak cakap engineer kena la shave licin manjang, kena pakai sopan santun manjang, sikit tersentap tapi still menten lagi. Brent kat Clipsal luh ok je aku tengok gi ofiz pakai short, janji kije jalan…ko pakai skirt takpe lak ye..ok2,takpe, leh cuci mata…hahah..apa la ke laut nih, luahan tak puas hati je…hikhik
…back to topic..aku sebenarnya nak je share info2 camne nak kenal lawan, camner nak tao sapa kawan kita. Erti kawan sebenar adalah ianya hadir tika kita susah, juga tika kita senang. Bukan time senang je ada tao. Tapi tak jadi la kot nak share itu untuk entri kali nih. Coz aku tertarik dengan komen yang kak jie bagi sebelum nih..
kawan itu umpama buku
tak tau jika tak dibaca
bila dibaca belum tentu kita faham
kalau kita faham belum tentu kita ingat
maka cukuplah sekadarnya
apa yang kita tahu, paham dan ingat
yang penting, kita menghargai
apa yang kita perolehi
kawan itu kan spt buku, tak faham pun tak pe..
Wah, ayat-ayat orang yang lagi dulu makan garam dari kita kan. Best & makan dalam. Betul gak cakap Kak Jie. Terdiam & terpikir jap..terus cancel nak post entri lain, then amik AliCafe & minum….nikmatnya……
::suka tengok sifat kekawanan 7org kenit @ Cameron Highland nih::

Post to Twitter

50 Sebab Kenapa ‘DIA’ fail interview

Kenapa ramai bekas student grad ngan pointer yang sangat cemerlang tapi sangat susah untuk mendapat sesuatu pekerjaan yang diidamkan. JMR bukan seorang consultant di bawah JobStreet mahupun JobMalaysia. Sesaje nak share info yang dikeluarkan dari badan NGO dunia. 50 sebab mengapa ramai yang FAIL dalam interview kije.

1. Sampai lambat.
2. Tiba terlalu awal.
3. Nyalakan api rokok dan badan berbau rokok.
4. Memburuk-burukan bekas majikan.
5. Menipu dengan skill2 yang ko ada.
6. Salah etika pemakaian untuk interview.
7. Terlupa nama orang yang ngah intebiu korang.
8. Memakai terlalu banyak pewangi.
9. Pakai cermin mata hitam.
10. Pakai peranti bluetooth di telinga.
11. Haram ko tak tao pasal company yang ko ngah intebiu nih. Langsung tak bwt research.
12. Tidak menunjukkan kesungguhan untuk bekerja. Tido lagi baik.
13. Mintak elaun yang bukan-bukan. Padahal tak kompom lagi ko diterima ke tak.
14. Berkira-kira untuk kenaikan gaji nanti.
15. Tak tahu apa-apa kelebihan yang ada dalam diri ko.
16. Tak tahu nape company patot pilih ko untuk keje di company tu.
17. Lups bawak RESUME sendiri. Ni memang takleh nak tolong lah.
18. Lupa apa yang ko sendiri tulis dalam resume ko sendiri.
19. Terlalu banyak tanya soklan bukan-bukanl.
20. Langsung tak tanya pa pe soklan
21. Tak bersedia untuk menjawab soklan yang senang giler.
22. Pekak untuk menjawab soklan yang ditanya. tanya lain ko jawab lain.
23. Separuh masa je ko nyer talk. mulut tak reti dok diam.
24. Ko asik kaco orang intebiu tu. Ngorat salah tempat la nih.
25. Tak mampu nak memahami cara intebiu yang sebetulnya.
26. Menguap.
27.Nak gerak ke depan intebiuwee pon malas-mala. Balik tido la lagi bagus.
28. Bawk mak gi intebiu skali. Nampak sangat takleh berdikari.
29. Kunyah chewing gum atau pen mahupun pemadam. Lapar sangatkah?
30. Ketawa terbahak-bahak
31. Tersangkut-sangkut nak menjawab soklan..’ermm”, ‘aaaa’, “errrr”…
32. Bercakap macam ko tahu segalanya.
33. Mintak menggunakan bilik mandi di ofiz.
34. Sumer fakta yang ko cakap itu adalah auta.
35. Bersalaman tanpa kemesraan.
36. Ko fail dalam eye contact skill.
37. Duduk sebelum diizinkan oleh interviewee. Sangat rude cam bapak dia nyer company je.
38. Mudah marah & defensive
39. Komplen sebab kena tunggu lama sebelum diintebiu. Cam haram la org gini..hahah
40. Ada je yang tak kena semasa menunggu giliran.
41. Kurang ajar ngan kaunter kerani sebelum diintebiu.
42. Terlalu nampak kenervesan ko.
43. Lebih-lebih lak cover diri naper ilang job sebelum nih.
44. Melawak bodoh.
45. Muka cam sangap sangat sebab terlalu lama menganggur.
46. Terhegeh-hegeh nak setelkan intebiu macam ko lak bos.
47.Terlalu tidak berahsia sampaikan hal dalam selimut pon nak dibagitau.
48. Tergagap-gagap.
49. Henpon ko berbunyi tika diintebiu.
50. Gagal memahami jawatan yang dipohon.

sumber2 di SINI 

Mungkin perkara di atas macam remeh..tapi kalo semua 50 tu ‘you did’, exactly memang ko faillah interview tu.kecuali ko ada aset yang terbaek cam gambar tu…hahahahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post to Twitter