10 Februari 2013 || Gold Coast Morib Resort.

Apabila helaian kalendar bertukar ke 10 Februari setiap tahun, bermakna Allah swt telah memberi satu lagi peluang untuk merasai nikmatNya ada usia setahun lebih tua. Alhamdulillah..

Nikmat daripadaNya melebihi segala, apabila tahun ini buat kali pertamanya aku menyambut ulangtahun kelahiran aku bersama seorang isteri dan juga bakal zuriat kami yang masih berada di dalam rahim isteri tersayang, moga sihat-sihat hendaknya si kecil itu..

Isteri a.k.a Puan Nunu bermurah hati untuk menaja penginapan selama 2D1N di Gold Coast Morib Resort untuk pakej hari jadi.. hampir 50% gak diskaun dapat, dari Rm400++ jadi RM200++ . Ok la kan. Last minit booking, nasib baik ada lagi bilik untuk promo ni memandangkan cuti CNY yang kompom-kompom penuh manjang..

Kami sampai di resort ni dalam jam 2.45petang. Mak aii, punyala ramai manusia di depan kaunter untuk check in. 45minit lepas tu baru dapat landing bontot atas tilam. Nice room. Tapi lupa snap pic sebab excited sangat nak landing. Btw, untuk promo ni, kami dapat studio room, bapak gedabak untuk dua orang.. Agak-agak matahari kat luar tu hilang teriknya, kami decide untuk berjalan anak ke tepian pantai. Lagi pun, ada gak dapat kupon ATV, free selama 5minit. Eh 5minit je cukup ke??? hmm..

Puan Nunu dan pasir putihnya. Katanya, bila tengok pasir putih dan luasnya laut, baby kat dalam tummy takde menendang-nendang. Mungkin turut menghayati indahnya ciptaan Allah swt..subhanaAllah..

Lagi satu birthday treat.. ride ATV pusing-pusing pantai selama 10 minit. Series, 10 minit tak puas okkey. Nak sejam..mampuih, RM20 untuk 10minit, kalau sejam? Cer kali…nanti la ada rezeki lebih, boleh beli sebijik, bawak main kat pantai nih..kihkihkih…

Jalan-jalan di gigi air bersama isteri di waktu senja, pun terbaik..

Pemandangan taman tema air dari tingkat 6. Oh ye, untuk guest kat Gold Coast Morib resort ni, akan dapat entry pass secara percuma ke sini. Wah tetiba aku excited nak terjun kolam lak. Tapi bukan hari ni la, sebab dah nak Maghrib, so plan nak masuk pagi esok je. Kita mandi manda kat dalam bilik je la ye..

Yeah mandi manda sambil lelap mata sangat mabeles. Nak-nak setiap bilik di resort ni memang disediakan tab jakuzi. Tekan situ, load air, tekan sini, keluar sabun, tekan situ lagi keluar buih-buih air. Nyaman seyh..Sejam gak la berendam sebelum turun ke cafe untuk buffet dinner..

Dan sebelum masuk ke Cafe, telah disurprisekan dengan birthday gift daripada pihal Gold Coast Morib resort nih. Lagi surprise bila dapat teddy bear, Puan Nunu bukan main lagi senyum lebar, bermakna gift tu bakal menjadi milik dia…hahahah..dapat gak sekeping sijil dan juga sebijik kek. Dah tak pandang semua tu, yang aku pandang aneka juadah kampung yang sedia terhidang nih. Lapar weih..

Tengok tu..teddy bear tu memang Puan Nunu dah chop awal-awal. Siap makan bersama lagi..hikhikh..so far, kualiti makanan kat sini ok la. Untuk buffet dinner, ada disediakan nasi ayam, aneka lauk kampung, kari ayam, daging blackpepper, tempura, kuih muih dan aneka kek. Untuk birthday promo, buffet dinner diberi percuma, kalau tak, kena la bayar RM40 untuk dewasa.

Amoi dengan si teddybear dan sekotak kek. Almaklumlah masa ni kan Chinese New Year, jadi decoration kat sini sememangnya ada kepala singa, ada limau mandarin dan serba serbi merah. Sebelum naik bilik, sempat gak kami ke tepian pantai di waktu malam. Dan sekali lagi, dah namanya raya cina, ramai yang sedang berpesta di tepi pantai sambil bakat mercun dan bunga api. Meriah woo!

Terima kasih sayang!

** next entri aku sambung lagi cerita kat sini eh…

Post to Twitter

 

12Januari2013||Ipoh..

#KotaDamansara ke Heritage Hotel Ipoh.

Cerita pada awal hujung minggu lepas..panggilan telefon daripada umi aku sebelum aku sempat buka mata, agak mengejutkan. Yelah, pagi-pagi dah call kan. Tak pernah-pernah, ingatkan ada emegency apa la plak kan. Rupa-rupanya umi mintak tolong belikan laptop untuk adik bongsu aku yang sedang menuntut di Kolej Kesihatan Bersekutu di Ulu Kinta, Ipoh dan hantar ke sana, C.O.D kot..aiyoo..dipendekkan cerita, since ada sebijik lagi laptop Puan Nunu yang jarang digunapakai, better bagi yang tu untuk kegunaan sementara dia..dan belum sempat lagi nak amik towel mandi pagi, aku lontarkan ayat ” Yang, jom kita gi jejalan Ipoh, tido sana je la malam nih, bley terus jumpa adik pagi esok…”

Puan Nunu: *senyumsambilterusmandi..

Well said, since berbadan dua memang senang nak jaga makan minum bini aku ni..takde ngidam pepelik, just nak mintak berjalan & travel je slalu..*peliktapiunik.

Bila tiba time nak travel since jadi suami isteri ni, secara automatik, Puan Nunu akan menjadi manager+planner untuk sesatu agenda. Segala lodging, schedule aku serahkan kat dia untuk propose..dan of kos, aku lah yang jadi peng’approve’..hahaha..mestilah, kalau tak, overlimit credit card ku..kahkahkahkah…

Dalam masa sejam, semua setel..lodging, route & jadual perjalanan Puan Nunu yang setelkan. ThumbsUp!

Here wo go..

Selepas perjalanan lebih kurang dua jam lebih..taraaa…check in luh…di Heritage Hotel Ipoh. Senang ajo nak cari, sebab dekat je ngan KPJ Specialist Hospital Ipoh. Banyak je signboard nak ke sini. Rate pon not bad RM150++ untuk superior room yang sebesar deluxe room ok, dengan facilities yang boleh dipuji.

Lepas setel urusan check in, leh dapat Welcome Drink free..dan juga sarapan pagi secara buffet pada keesokan paginya..

Welcome Drink-Air Jambu..nasib baik bukan kaler merah jambu..hehehe

Pemandangan dari Room 403. Guess what?? Ladang kuda okkey..mula-mula aku ingatkan penjara ke apa. Zoom in, sekali tengok ada kuda ngah berjogging..

Since kami sampai lebih kurang jam 4 petang, dan malas dah nak kuar sebab masih panas, terus lepak-lepak kat dalam bilik sementara nak tunggu waktu makan malam.  Oh ye, wifi sini FREE tapi kena mintak password le dari reception. Alang-alang sampai Ipoh, mula la menggoogle menu yang patut dicuba di Ipoh nih..ada yang suggest nasi ganja vanggey, mee rebus ramli, nasi ayam hainan etc…banyak lak kan, padahal untuk dinner je nih..cuba teka apa pilihan menu malam nih??

**next entri le plak…

Potret bertiga tapi hanya nampak dua..kihkih..eh eh tengok kusyen sofa tu, sama berat okkey! kahkahkah..

Post to Twitter

 

6/11 ~ 21/11/2012 M03 Platform, Sarawak Waters.

Fuhh.. tarik nafas lega luh. Paling lega sebab berjaya setelkan job dalam jangka masa yang dirancang. Kalau tidak, kompom tersangkut kat tengah-tengah laut tu lama lagi.

Sudah menjadi lumrah aku tahun ni, setiap dua bulan, pasni merempat kat tengah laut. Ok la kan, kalau ikut planning awal tahun, setiap bulan memang kompom kena naik ke platform di perairan Borneo nih. Nasib baik, ada sorang lagi engineer yang boleh assist aku untuk setelkan job di Borneo nih. Give and take. Aku takleh naik, dia akan gantikan. kalau aku ada hal lain, dia akan take over job aku. Thanks bro!

Ok, untuk trip kali ni, aku perlu setelkan kerja dalam kuantiti yang paling banyak di Platfrom M03. Oh ye, platform ni antara platform yang paling jauh dari darat selepas Platform M01, dikendalikan oleh Sarawak Shell Berhad. Since travel menggunakan chopper disuspend akibat satu insiden, terpaksa menggunakan Fast Crew Boat dari Shin Yang Wharf yang mengambil masa selama 9jam. OMG..At the end, aku selamat gak sampai ke sana tanpa muntah-muntah. hehehe..

Kerja harian aku di platform ni selalunya bermula di bilik ini, Control Room. Kadang-kadang menjadi tempat lepak budak-budak FGS system yang datang dari pelbagai kompeni. Gelak tawa ngan lawak-lawak songsang budak-budak kat sini, sedikit sebanyak boleh menghilangkan rasa tensen dan rindu kat bini..hahaha..

Kawan lama dan kawan baru. Even berbeza bangsa dan budaya, tapi tetap dengan tujuan yang sama – ‘Kami mahu demob to Miri cepat-cepat’..hehehe.. end up, si Simon (coverall hijau) gak yang masih tersadai di platfrom sampai ke hari ini..hehehe..

Salah satu hobi aku di waktu senja. Nasib baik trip kali ni aku bawak S3, leh la hilang boring petang-petang. Nak gi ke gym, kompom penuh gym ngan abang-abang ketak. So, aku just lepak belakang barge, sambil snap scene matahari terbenam. SubhanAllah..kalau petangnya panas terik, kompom senjanya cantik dengan kaler ke’oren’an..*keorenan??

Drilling-Riser Area Platform dari PCR Barge. Hari-hari dok ulang-alik dari sini ke sana. Rilex ajo..ni nampak ombak tenang je kan. Saje nak bagitau, dua hari sebelum aku snap gambar ni, keadaan ombak amatlah ganas, leh cecah setinggi 3meter lebih. Dan mengikut prosedur, bila rough sea sebegitu, sumer kerja perlu dihentikan. walawey, dok lepak bilik TV la selama dua hari tu..freetime okkey!

Ni plak aktiviti dir waktu tengah malam. ops bukan aku. Biasanya budak-budak kitchen nyer aktiviti. Yang lain-lain sebagai pemerhati bebas aje. Dah namanya laut dalam, takat ikan merah 10 kilo, ikan tongkol 15kilo tu biasa ajo. Pernah diorang dapat ikan kerapu seberat 40kilo beb. Gile kentang. Makan besar diorang kat mess room woo..

Selepas lebih dua minggu tak jejak tanah, finally berjaya gak book seat untuk Fast Crew Boat ke Miri. Tak silap aku, lebih kurang 50 orang gak yang berangkat pulang. Ada yang pulang selepas 40 hari di, ada yang pulang selepas hampir 2 bulan tak jumpa anak bini..fuh, takleh nak imagine kalau aku kena bertugas lama giler babeng kat tengah-tengah laut nih. not my taste kot..hehehe..paling lama aku leh dok sana pon dalam masa 3minggu lebih je, tu pon dah rasa cam ‘weng-weng’ hidup nih..hahaha..

Ok, untuk travel ke darat kali ni, semuanya berjalan dengan baik. Cuaca ok, angin ok, ombak ok, performance bot ok, petrol ok..argh sumer ok la. Natijahnya, berjaya cecah darat sebelum perjalanan menjadi 9jam..lebih kurang 8 jam 45 minit gitu aa..

 

Akibat kelesuan dan ada gak yang mabuk laut, masing-masing tersadai kat main deck bot ni. Sebenarnya, accomodation untuk FCB ni memang terbaik. Dengan seat dan aircond. Cuma problemnya masa ni, aircond kat dalam tu terlampau sejuk woo..last-last pakat dok menghirup udara segar laut kat luar ni. Nyaman seyh!

JMR di FCB Jati 4 menuju ke Miri.

Eh..ada yang tanya aku, dok jauh lama-lama dengan bini, tak rindu ke? Giler ko tak rindu, nasib baik ada phone satelit VSAT, leh la call Puan Nunu hari-hari. Jangan taktao, hari-hari gua call bini gua okkey! hehehehe…

Jauh perjalanan, luas pengalaman kan..

Enjoice!

Post to Twitter

 

6 October 2012 Bandaraya Bersejarah.

Kisah 3 minggu lepas daa, esok dah nak raya laa…tak kisah, janji anak cucu leh baca nanti..kahkah..

Oppss..entri Mek Market ni tiada kaitan dengan Mad Market dari cek mek molek, Hanis Jalikha..tapi mungkin ada sedikit persamaan dengan tempat-tempat yang dipergiinya..*dipergiinya??oh my bahasa!

Sambil menyelam, minum air..sambil memenuhi tanggungjawab sebagai seorang abang kepada seorang adik, sambil keluar beronggeng dengan wifey dan sebagai pendidikan awal pasal sejarah Kesulatanan Melayu Melaka untuk insan kecil dalam perut Puan Nunu. Well, education planning mesti betul kan..:-p..sapa tahu, gambar kat atas ni sapa? sila belek buku sejrah form 4…

Lokasi pertama, Muzium Samudera yang terletak di Jalan Quayside. Harga masuk untuk warganegara Malaysia adalah RM..erk brapa ek..aku pon dah lupa. Yang aku ingat, kalau tunjuk mykad, dapat diskaun 50% kot..ala singgit dua je sebenarnya..

Depan Istana Kesultanan Melaka, teruja dow..nak masuk Istana Negara tak mampu, masok istana ni pon jadilah..pon kena bayar gak okkey, ingat ko senang-senang nak redah masuk ke? lokasi? Bersebelahan je dengan a’Famosa..kalau tu pon tak tahu, belek lagi buku sejarah form4..kalau takde, belek buku geografi le kot..:-p

Antara scene-scena yang ada dalam Istana Kesultanan Melaka. Sapa tahu pelakon sebenar untuk scene kat atas nih??:-p kihkih…Antara koleksi keris melayu yang dipamerkan di Istana Kesultanan Melaka tu..antara banyak banyak keris kat situ, aku tertarik dengan yang ni. Kalau tengok dekat, tang tempat kepala keris tu, bersinar dia lain macam sikit. Macam ‘hidup’ pon ada gak..erm penah dengar keris ‘hidup’ tak??

Self-portrait kami bertiga depan Kota a’Famosa. Lepak kat depan-depan ni ja, sebab Puan Nunu dilarang keras memanjat ke tempat tinggi. kihkih..

Baru aku tahu, beca Hard rock Cafe Melaka pon ada..tak pernah lagi try naik beca ni. siap ada audio system segala bagai ni..Siap ada cruise lagi tu..:-pSatu hari pusing-pusing bandar Melaka memang tak puas okkey. Tup-tup dah membawak ke petang. Apa lagi, memang ke Jonker Walk la. Setiap petang, hari-hari memang meriah kat sini. Macam-macam ada kot..kalau taknak membeli pon, cuci mata pon boleh gak. Ada certain barang memang korang takkan dapat di tempat lagi, nak-nak dengan harga yang giler berbaloi kot..Salah satu booth yang terdapat di Jonker Walk. Kagum dengan bakat dan semangat OKU ni.

Everyday is holiday! Giler nostalgik air botol nih. Tapi aku tak try pon..just tertarik dengan packaging dia ajor..

Lai lai lai..air tebu manis woo..Aku tak pasti show ni ada setiap malam atau malam minggu saje. Tapi yang kompom, setiap hari Sabtu malam, memang ada show tebuk kelapa guna jari nih. Giler woo..tapi dia siap promot minyak ‘kuat’ dia la. Tapi memang aku nampak dengan mata kepala aku sendiri, tebuk kelapa hijau guna jari pon boleh..then siap bengkak-bengkak lagi jari tu. Pastu sapu minyak tu, 3minit later, back to normal.. macam boleh guna kat tempat lain je..kahkahkah..tekun giler aku berdiri kat setengah jam semata-mata nak dengar apek ni membebel dan tebuk kelapa..

Layan video tebuk kelapa luh meh..

** seharian berjalan pusing bandar, sangat kagum dengan Puan Nunu yang sempoi je walaupun cuaca agak panas, takde pening-pening, takde muntah-muntah..kalau lepak umah, memang dah macam hobi- pening-makan-muntah..apakah??

Enjoice!

Post to Twitter

 

F23 Platform: 29/8 ~ 8/9/2012

Assalamualaikum wbt..

Haluu back..hehehe..rasanya tahun 2012 ni, dah berapa banyak kali aku kasi salam ‘haluuu back’ kan? Nak buat macam mana kan..hidup mesti diteruskan. Dan seperti yang sedia maklum, kalau agak lama blog ni tak berupdate, bermakna aku takde kat darat. tapi tak bermakna aku ada di atas awan..insyaallah, by next year, tak perlu lagi bersusah payah mencari rezeki sampai ke tengah laut, darat ni diciptakan olehNya dengan terbentang luasnya rezeki di atasnya..with hope, amin~

Berbalik kepada story trip aku kali, alhamdulillah dan syukur padaNya sebagai berjaya tamatkan tugasan dalam tempoh yang lebih pendek daripada jangkaan. Tapi, aku rasa trip kali ni la yang paling best, paling banyak pengalaman bermakna yang aku dapat, dan paling ramai kawan-kawan best yang aku jumpa. Salah satu kelebihan bila bekerja di pelantar minyak di kawasan Borneo adalah kepelbagaian kaum&bangsa yang boleh aku jumpa. Ada Melayu, Cina, India, Iban, Bajau, Melayu-Brunei dan macam-macam lagi. Dan pelbagai ragam dan perangai yang boleh diperhatikan dari segi pergaulan harian..

Perjalanan bermula dengan penerbangan chopper EC225 mengambil masa selama 45minit dari Miri Helibase ke F23 Platform. 30minit pertama, penerbangan sangat lancar sehinggalah ke-15 minit seterusnya, awan hitam woo..chopper dah mulai bergoyang+gegar sebab langgar air dalam awan, dah tu siap air boleh melimpah masuk membasahi lantai kabin. woo..agak cuak, tapi tetap tenang dan percaya pada kebolehan Captain Christ mengendalikan chopper 9M-AIN..Alhamdulillah, kesemua 19 orang krew selamat tiba selepas 45minit penerbangan…

“Best r ko asik berjalan je”..” Masyuk r bro”..inilah antara komen & kata-kata yang aku terima daripada kawan-kawan apabila mengetahui salah satu workarea aku ialah ‘offshore facilities’ .. Mungkin ada sesetengah perkara best, tapi ada sesetengah perkara adalah ‘tidak best’..Mungkin jawapan kamu adalah ” Ye, sangat BEST” kalau kamu adalah seorang suami yang mampu berjauhan dengan anak isteri dalam tempoh yang panjang dengan kesukaran dari segi komunikasi mahupun capaian internet..Dan kalau bab ‘masyuk’ tu, terpulang kepada kompeni, ada yang mendapat pulangan banyak dan ada pulangan yang sangat banyak..For me, alhamdulillah amat berpatutan..tapi percayalah, rezeki ada di mana-mana..~

Berbalik kepada pengalaman yang ditimba sepanjang melaksanakan tugasan di sini, ‘kerja offshore’ ibarat bekerja di atas sebutir bom. Setiap langkah perlu utamakan langkah-langkah keselamatan yang perlu dititikberatkan. “Safety First” omputih cakap. Pengalaman melihat sendiri seorang krew yang terputus jari akibat tersepit di equipment yang berpiston dan bertekanan hidraulik, betul-betul menyedarkan aku. Walaupun hanya sedikit salah langkah, mungkin kamu akan menyesal seumur hidup. Bukan menyalahkan takdir, tapi sekiranya krew yang aku maksudkan itu mengikut langkah kerja yang betul dan observe setiap tagging & warning di workplace, pasti jarinya masih boleh diselamatkan..nauzubillah..~

Pemandangan dari salah satu workarea aku. Ni kalau lepak sini pekena kopi ‘o’ dengan pisang goreng panas pon best, dengan angin sepoi-sepoi bahasa..wott wott..

Finally, selepas 9 hari di tengah lautan, berangkat pulang ke daratan dengan Fast Crew Boat dengan masa perjalanan yang saaaangat lama okkey, check in jam 1.00petang, 9.30malam baru sampau di Shin Yang wharf, Miri. what the f.. sangat penat tapi hilang bila kaki mencecah darat. Sangat bersyukur kerana semua berjalan sempurna mengikut perancangan. Dan paling penting, sempat gak aku berjumpa dengan my parent sebelum mereka berangkat ke Jepun untuk tempoh yang lama. *pffttt..

p/s: Kuasa DOA amat mujarab untuk setiap pekerjaan yang kita lakukan. Mintalah daripadaNya untuk permudahkan setiap urusan kamu. Sesungguhnya Dia Maha Pendengar dan Maha Penyayang..amin~

 

Post to Twitter

 

8 Julai 2012 || CH with LOVE

Aktiviti 2nd day diteruskan lagi selepas ber |aiskrim,teh, waffle dan sundae| pada sebelah paginya..aktiviti utama, kompom-kompom kena angkat barang dari Country Lodge Resort ke tempat penginapan baru..di mana?

Welcome to Century Pines Resort. Ni sumer Puan Nunu yang punya kije.. aku tak notice pon yang Century Pines Resort ni yang digunakan semasa shooting Vanila Coklat, drama kiut lagi melaghakan.. kahkah..

Muka sedih. Ingatkan hari Ahad ni, bley la check in awal sikit. Tapi tetap dikira peak hour dan check time adalah jam 3.00 petang..fuh..dah la masih mengantuk sebab kena bangun awal pagi tadi..

Bini gua

Since masih ada masa lebih kurang sejam lagi, jalan-jalan le kawasan sekitar. Nak keluar ke Brinchang/Tanah Rata, malas nak tempuh trafik yang agak sesak. Dalam jam 2petang ni, matahari leh tahan gak teriknya. Dah takde maknanya nak dingin-dingin, suam-suam kuku adalah..

Owh..even takde tripod..tapi gambar ni cam portkan kamera atas tripod je, walhal atas bangku yang biasa ada kat taman je pon..ni area padang ke sebelah Century Pines Resort tu. Kalau jog kat sini pon ok nice gak. Tapi takde maknanya..nak jog balik umah la..

Self timer..kali ni letak cam atas jalan je. Letak wallet kasi lense mendongak sikit. Ala-ala low angle kan..kahkahkah..tak  pasti lak rumah kat atas tu rumah apa. Ke rumah peninggalan arwah?? pedulik..walaupun agak scary, tapi background kat sini sangat nice..sejuk mata memandang..

Finally, sudah pon jam 3 petang..baru boleh check in..tengok Puan tu, angkat baju skali ngan hanger. Dan macam perpindahan mangsa banjir lak. Kan suka ngan ukiran kayu tu. Oh ye, kat Centruy Pines Resort ni, ukiran spesis gitu memang berlambak digantung di dinding-dinding sini. Dalam lif pon digantungnya gak. Tak sempat nak rembat bawak balik sekeping..

Walaupun bilik hotel ni takde ekon, tapi tetap nyaman. Berfaktorkan mengantuk tahap 5 dan suhu yang dingin, aku mintak Puan Nunu kejutkan kol 4.30 petang, sekali hampir 7.00 petang baru jaga..dua-dua terbang ke syorga! Natijahnya, itu saje aktiviti kami untuk sebelah petang ini..kalau nak tido, balik je tido kat rumah..kahkah..

Century Pines Resort : World Class resorts in Malaysia.

enjoice!

Post to Twitter

 

8 Julai 2012 || Cameron Highland

Rutin bila datag ke sini. Brekpes ngan aiskrim stoberi..kahkah..takdelah, melantak eskem stoberi ni pon selepas brekpes di kedai akak kepoh ni, sebelah je ngan Hotel Iris. nak tao celah mana hotel iris tu, silalah google sendiri ek..

Bismillah..semangkuk je pon dah mencukupi untuk tenaga sampai ke petang? Fakta atau auta?

Next..kitorang melepak lak di ladang teh. Eh bukan melepak sebenarnya, saje je nak layan jakun jalan-jalan di sebalik pokok teh. Korang tahu tak macam mana rupo pokok teh nih? dan macam mana terhasilnya teh uncang takpon teh tarik? Aku tahu dah, tapi takkan tu pon aku nak kena taip kat sini kan..

Gambar yang terhasil daripada kamera pink Puan Nunu. Chare gak guna efek miniature nih..takyah nak edit2 or guna special lense..snap dan terus transfer masuk laptop je..

Muka excited dapat bergambar ngan pokok teh. Teh o ke teh tarik ke, itu tak pasti..

Eh eh rupanya muka aku pon jelas kelihatan muka excited. almaklumlah, kat belakang rumah aku takde pokok ni kan. Macam semak samun pon ada gak kan..kahkah..Kenal tak pokok apa tu? Kalau dalam game smurf, pokok ni memang glamer..ni kat mana ek. Tak silap aku kat area Cactus Valley kot. Area belakang Brinchang tu..

Pokok ni pon ada dalam game Smurf tu gak..papa smurf slalu mintak..

Kat area sini gak, ada kedai/cafe yang menjual snack/makanan ringan yang berasaskan sumber-sumer yang ditanam di sini. Ada sundae stoberi, ada jus lettuce, ada tomato yang kecik-kecik tu, ada waffle stoberi..tapi satu je, even namanya ada ‘cactus’ , tapi kalau korang nak cari cactus sundae ke, jus kaktus je, mintak maaflah..sedang dalam proses R&D..Waffle Stoberi..aku sempat pekena sikit je, yang baki tu, kena paw ngan orang depan aku..Tengok sundae tu..bayangkan nikmat sundae dan masam manis stoberi kat bawahnya tu..pergh ko!

Puan Nunu sedang memilih kaktus-kaktus terbaik untuk dijadikan hidangan makan malam kami nanti. thanks dear!

Enjoice!

Post to Twitter

 

7Julai2012|| Brinchang, Cameron Highland

Selepas lebih kurang 3 1/2 jam perjalanan KL, kami sampai di Brinchang lebih kurang jam 12.30 tengah hari. Since waktu check in hotel adalah jam 2.00 petang, so jalan-jalan cari makan ler dulu. Dah kenyang, baru leh check in di Country Lodge Resort, tak jauh dari Balai Bomba Brinchang tu..jalan kaki pon sampai..

Sebelum landing time atas katil, amik towel, kita blasah mandi luh. Makan tengah hari guna air panas wot wot.. Sejuk lak walaupun tengah hari sebab cuaca pon memang mendung tunggu masa nak hujan jer..

Untuk hari pertama, Puan Nunu yang book hotel nih. Sebab almost sumer hotel/resort kat Cameron Highland ni fully booked. Mungkin sebab hari Sabtu kot. On the way nak sampai resort nih, berduyun-duyun bas dok beratur kiri kanan jalan. Rombongan mak kiah dari timur, barat, utara dan selatan Malaysia berdasarkan nombor plat bas..kihkihkih…seken day  lak, kitorang tukar resort lak..ubah angin orang tua cakap..~

Aktiviti di waktu petang Sabtu bilamana anda berada di Brinchang, Cameron Highland. Aku pun tak pasti, kenapa begitu ramai ummmmat manusia. Tapi seronok gak jalan meredah lautan manusia ni..Pelanggan didahulukan, kualiti diutamakan..Janji ditepati..oh yeah..

Pilihlah mana yang berkenan. Ada cendawan goreng, sotong goreng, udang goreng dan macam-macam goreng lagi. Kitorang melantak cendawan goreng je. Lepas bayar, terus je ngapp..sebab, kalau tunggu nak makan kat bilik, memang tak sedap le, sebab yang panas, dah bertukar jadi sejuk..nak reheat balik, bilik takde dapur..heheh..

Produk utama Cameron Highland dan berasaskan strawberi. Ada jem, ada jem siap ada isi stoberi, ada kordial..tapi aku tak beli kat pasar malam ni, sebab harga dia lagi mahal RM2..ada tempat yang lagi murah kalau nak beli benda-benda ni semua. nanti aku cerita untuk the next day trip..sabar sabar..Kalau bab sayur mayur, kat pasar malam ni memang murah+fresh. Borong la semampu kamu. Tapi kalau tak nak memborong malam ni, pagi esok(Ahad) masih ada masa sebab ada pasar pagi Ahad lak kat tempat yang sama nih..Stoberi cokelat..RM5 untuk 3cucuk. Setiap cucuk ada 3 bijik..so 3×3=9..bila dibahagi RM5 dengan 9biji, RM5/9=+-RM0.5555555 sebijik..*bersambung ke gambar paling bawah~

Setelah pusing keseluruhan gerai di Pasar malam Brinchang, kitorang patah balik sambil bershopping untuk juadah makan malam. Beli pasar malam je, sebab nampak cendawan goreng macam sedap, mihun goreng pon macam sedap, ayam goreng pon macam sedap..hakikatnya, bila sampai bilik, dah tak sedap, sebab sejuk..kan dah cakapppp…huhh..

Nasib baik sempat gak sambar dua benda yang sedap ni…

Beli stoberi 2 pax(1 utk dia, 1 untuk aku) ngan harga RM15, dan honey RM16 sebotol..so jadilah stoberi madu..makan stoberi cicah madu sambil layan Buletin TV 3 dan ucapan pembukaan menara Felda oleh Datuk Seri Najib Tun Razak..seronoknyyaaaaa…

2pax=RM15..so RM15/2=RM7.50..setiap pax ada 25bijik..so 25bijikX2=RM50..jadinya RM15/50bijik=RM0.30..wow murah 15.5555 sen..ok la..jadinya untuk satu malam, sebanyak 50bijik stoberi berjaya dihabiskan oleh dua makhluk yang kecewa sebab mihun goreng sejuk+ayam goreng sejuk lagi berminyak..sambil layan PM tersayang kita berucap di depan menara kebanggaan negara, menara felda..burppp..alhamdulillah…~

Stoberiku bukan stoberimu…

enjoice!

Post to Twitter

 

30June2012:Quick update:

Pejam celik, pejam celik, sedar-sedar sudah 17hari aku berada di pelantar minyak&gas Platform KNDP-A yang terletak di perairan Sabah, hak milik Sabah Shell Petroleum Co.Ltd. Dan ini bermakna, sudah 18hari(termasuk 1hari perjalanan) aku tinggalkan wife kesayangan demi mencari sesuap nasi.*Harapharapnasibriyaniwalawey..

Alhamdulillah, sejak hari pertama bertolak dari jeti Labuan Supply Base menaiki fast crew boat Sarah Gold ke barge Sarku-300 sebagai tempat penginapan memandangkan KNDP-A platform tidak mempunyai living quarter dengan waktu perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 2jam. Sehingga ke hari ini tiada masalah yang kritikal dan tahap kesihatan berada di tahap memuaskan. Disokong pula dengan cuaca yang baik pada 10hari pertama. Dan sedikit gelombang beserta angin kencang mula melanda perairan Sabah/Labuan pada hari ke-11 sampailah ke hari ini. Berdoa supaya dijauhkan bencana taufan di lautan luas seperti yang berlaku 2hari sebelum aku tiba, yang mampu membengkokkan dinding besi solid setebal lebih 4inchi! Harus diingat, kuasa air mampu memusnahkan sebuah bandar, apatah lagi sekeping dinding pada sebuah kapal?? nauzubillah..

“Dan jika angin ribut menggoncangkan bahtera sehingga seakan-akan tiang akan patah janganlah bergoncang jiwamu sebab sesudah angin ribut itu alam akan terang kembali, sebab itu hendaklah sabar – Prof Dr.Hamka”

Biarpun ada yang berpendapat, bertugas di offshore mampu menebalkan poket dengan lumayan, tapi yang pasti, setiap yang bertugas di pelantar di tengah lautan tidak ingin berlama di sana. Selesai tugasan, pasti ingin segera pulang ke pangkuan tersayang. Apa guna wang ringgit, kalau setiap saat selama 24jam berada dalam keadaan berisiko. Manager, worksupervisor, engineer, technician mahupun rigger, semuanya berdepan dengan hazad&risiko yang sama, yang membezakan hanyalah langkah-langkah keselamatan yang dipraktikkan sewaktu bertugas. Mohon dipermudahkan segala urusan dan tugasan. Yang pasti, asal manusia daripada tanah, dan lautan terbentang sebagai sumber rezeki hanyalah tempat persinggahan.

“Ya Tuhan kami..akhirilah khatimah kami dengan sebaik-baik pengajaran..”

InsyaAllah..lagi 3,4 hari officemate aku akan sampai dan membolehkan aku demob lebih awal. Ngah bizi siapkan handover report untuknya. Dan sedang berfikir-fikir lokasi strategik untuk menghabiskan masa dengan si dia pada hujung minggu nanti, insyaAllah..Harap dipermudahkan olehNya.  Amin…~

Everything I need to know about life, I learn from Noah’s Ark..

im coming home..im coming home..Enjoice!

Post to Twitter

 

Orang cakap, kalau datang Krabi, tak sah tak amik pakej tour ke pulau-pulau di sekitar Krabi. Tak kisahlah pakej 4 Island tour ke, Phi-phi Island Tour ke, janji dapat menikmati indahnya ciptaan Allah swt di bumi Krabi, walaupun pernah ditimpa bencana tsunami satu ketika dulu.

Jadi, untuk trip kami kali nih, kami pilih 4 Island Tour dengan menggunakan speedboat. Pengangkutan lain selain daripada speedboat adalah dengan longtail boat. Kenapa aku pilih 4 Island Tour berbanding dengan pakej lain. Sebabnya, untuk 4 Island Tour ni, tempohnya lebih pendek berbanding Phi-phi Island Tour. Phi-phi Island Tour lebih panjang tempohnya disebabkan lokasi aktiviti sborkelling lebih banyak, aku rasalah. Untuk trip yang hanya kami berdua, aku lebih prefer menggunakan speedboat. Kalau datang trip secara berkumpulan, lebih baik amik pakej longtail bot. Harga tour kami kali ni adalah 1200 bath/person atau kami anggap je RM120 untuk seorang.

Harus pakai sunblock ni kalau taknak sengsara di kemudian hari.:-)

Ok..semua tiket dah ready. Orang travel tours tu akan datang pick up kat lobby hotel untuk ke speedboat. Jom kita jejalan nek speedboat lak! eh jejalan eh???

Destinasi pertama adalah Phra Nang Beach!!! Memang excited naik speedboat nih. Tak perlu risau pasal ‘seasick’ sebab Phra Nang Beach tak jauh pun dari jeti.

Otw to Phra Nang Beach, benti singgah amik dua lagi pelancong asing. Satu speedboat hanya 10orang pelancong je dan 3 orang pelayan. wah pelayan ko.. 1 kapel dari Thai, 3 kapel dari Europe dan 1 kapel dari Malaysia yakni KAMI lettew!.. So layanan agak eksklusif le kan..sepanjang perjalanan,korang akan dibekalkan dengan mineral water dan juga fresh fruit. Lunch juga disediakan okkey.

Dah sampai! Welcome to Phra Nang Beach. Walaupun bunyinya ‘beach’ , tapi jalan masuk hanya menggunakan boat saja. Unless ko terer berenang jarak jauh.

Masa yang diperuntukkan di sini adalah selama satu jam. Pantai ngan gua je pon ada. Nak buat apa lama-lama kan? Pusing-pusing, snap-snap gambar pemandangan sikit, snap gambar bini sendiri dulu then baru la bley snap gambar awek lain..kahkah..

Bukan main excited lagi kena pukul ngan ombak. Ni shot yang kali ke 9, baru Puan Nunu puas hati dengan hasilnya..*matiklesapajadiphotogdia!Ko baik-baik yang, kang tercucuk batu tajam kat kepala tu,menjawab aku nanti..

Masa kecik-kecik luh, kalau pegi Golok ikut Kelate, mesti jumpa ngan bot spesis enjin panjang nih. Tak sangka, zaman skang pon masih berguna lagi. Unik gak rupanya kan.

Berat der sauh tu. Ni baru bot kecik, mahu kapal yang besar-besar, agak-agak berapa berat la sauh dia ek. Eh ke kapal besar tak pakai sauh eh?:-p

‘Barang’ sapa sepah-sepah nih??

hahaha..menurut info, tempat ni adalah tempat memuja/sembahyang orang-orang siam nih. Mereka percaya, melakukan aktiviti kat sini boleh memberi mereka zuriat. Owh yeke. tapi yang aku musykilkan, kenapa ‘barang’ si suami je, ‘barang si isteri’ takde lak tinggalkan kat sini..Bukankah untuk mendapat zuriat memerlukan kedua-duanya??kihkihki

Terpikir gk, camana ‘feel’ gay-gay yang datang ke sini ek? eh Im not a gay~

Dah-dah..jom kita teruskan perjalanan..

Next destination, Tub Island!

Sangat kagum dengan kebesaran Tuhan kat sini. Masa air pasang, seakan-akan terdapat 3 pulau yang terpisah. Bila air agak surut/tidak pasang, pengunjung dapat berjalan dari satu pulau ke pulau sebelah dengan hanya berjalan kaki. Seakan-akan pulau tersebut disambungkan dengan sebuah jambatan.

See..selamber je berjalan kaki dari pulau ke pulau. Area yang nampak pasir  tuje airnya cetek. Yang kat kiri kanan tu, memang leh cecah paras kepala. Salah seorang pengunjung yang sedang catwalk..

Tengok air laut tu, sangat jernih ok. Jelas kelihatan  ikan-ikan sedang berenang. Mula-mula Puan Nunu cam takut-takut nak menyeberang ke pulau sebelah. eh aku pun risau gak sebenarnya, kang tetiba air pasang kan..haru biru nanti aku nak kena kuak lentang.

Alang-alang dah sampai area air jernih, leh nampak anak-anak ikan berenang manja, nak gak try test power Olympus TG-620 tu..

Dah namanya dalam air, jadahnya asyik nak berjalan-jalan. Jom kita berenang-renang bersama anak-anak hikan mak..haha.. Tak pasti lak ikan apa, janji bukan piranha atau jerung dah le..

Aku bajet ikan ni betina, sebab bila aku masukkan kamera pink tu, semua datang nak belek-belek kamera tu. Berkenan katanya. Kalau nak, beli sendiri ok!*nganikanponnakgaduh

Nasib baik trip kali ni, Puan Nunu bawak kompak kamera yang TOUGH. Bolehlah aku yang lebih-lebih dok acu cuba try test. Memang puas hati, even harganya tak semahal DSLR, tapi kualitinya, series aku rekemenkan!

Kahkakh..kelakar la ko sayang. Nak snap gambar ikan guna Nikon D7000, siap hulur-hulur kaki tu. Kaki perisa stoberi ke?? Kalau piranha, berani tak? kehehe..

Tenkiu Abg Bob sebab amik gambar kami. Siapa itu abang Bob..tu la dia pemandu pelancong kami. Eh takde lak gambar dia. lupa nak snap.Amboi-amboi adik pakai jaket oren tu, tajam tol pandangan dia..haha..tapi aku rasa, kalau Bro Hazman yang tengok, lagi tajam pandangan dan pemikiran kot..kahkah..sori bro, ni je gambar aku leh upload untuk hari nih..Destinasi seterusnya ada Chicken Island. Kenapa dinamakan Pulau Ayam ni? Mungkin sebab bentuk pulau ni seakan-akan  seekor ayam dengan bahagian kepalanya kelihatan sangat jelas dari pandangan sisi. Tapi tak pasti lak, ada ke idak ayamnya kat Chicken Island nih.

So apa aktiviti yang boleh dilakukan di sini selain tengok kepala ayam tu? Yeahh..snorkelling time! aku dah biasa, so aku layankan keeksaitedan Puan Nunu untuk kali nih.

Pengunjung yang menggunakan Longtail boat. Tengok dari jauh cam mayat terapung pon ada gak..haha..

Puan Nunu sangat ekcited! Ni first time dia bersnorkelling. Awal-awal aku tanya, penah pakai goggle/snorkel/lifejacket? Tapi dia tak jawab dengan clear. so aku bajet, dia dah tahu sumer. Bila tiba di lokasi, dapat je sumer tu, terus dia capai, pakai segala bagai, terus TERJUN! dem..aku tak sempat ready,dia dah dalam air. Dan bila aku masuk air, ngah leka dok ushar anak-anak hikan, tetiba aku dengar sore dia dok tanya, apsal dalam goggle ada air, apsal bila nafas guna snorkel, tertelan air..hahaha..Sorry dear, thot u dah tahu pakai sumer tu properly..terpaksa la ajar balik sumer tu..tapi gelak tetap gelak..kahkahkah..

Dah namanya melayan bini kan. So, akulah instructor, akulah photographer nya. Seronok ye. Len kali I ajar cara nak guna SelfcContained Underwater Breathing Apparatus lak..hehehe..

Lebih kurang dah kecut kulit ni, barulah kami naik ke speedbot untuk destinasi terakhir, Poda Island!

Tak banyak aktivit yang boleh dilakukan di sini since matahari tengah memacak atas kepala. Just untuk lunch time, mandi-mandi kalo sesapa nak, pusing-pusing pulau, tengok kera, amik gambar, skodeng awek omputih berjemur dan dua tiga aktiviti lagi. Kiranya beraktiviti bebas la kat sini kan.

Travel agency kami tapowkan nasi ngan lauk ayam+telur. Halal ok. Korang leh request makanan halal untuk island trip nih. Insyaallah keHALALan tu boleh dipercayai. Ni aktiviti sampingan. Aku agak tak faham, diorang ni tak panas ke? Taknah jumpa cahaya matahari? Panas kot, time ni lebih kurang jam 1petang, terik wo matahari time nih..Duta untuk kempen Tsunami Hazard Zone. Boy ke girl ni??haha..Salah satu pemandangan menarik di Poda Island. Jernih kebiruan kan air dia. Geram nak terjun,tapi mahu terbakar kulit aku nanti. Tunggu balik Besut nanti la.Dont worry, be happy. Walaupun Poda Island ni termasuk dalam Zon Hazad Tsunami, tapi evacuation route dah pon dirangka. Kat kawasan pulau ni ada disediakan arah mana yang patut korang pergi kalo tetiba berlaku tsunami. Mana tahu kan..Pulau asmara dalam genggaman. Dah jadi trend kat sini, sumer nak snap gambar ala-ala cam kecik bebenor pulau yang satu tu.Kat Poa Island ni, banyak jagung bakar dijual. Besar-besar lak tu. Nasib baik perut ngah kenyang, kalau tak, mahu dua tiga aku beli nih.Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri. Tak tahu apa motif tali gantung camtu. Ntah-ntah dah banyak orang yang berjaya gantungkan diri sendiri kat situ kot. Eh tapi rendah je kan, kalau aku gantung kat leher, tahun depan pun belum tentu lagi putus nyawa..hahaha..Dah-dah..dah tiba waktu untuk pulang. Rasa macam sekejap la plak. Rasa macam taknak balik la plak. Rasa macam nak terus tinggal kt pulau-pulau ni la plak. aahh,banyak la ko punya rasa. Memperkenalkan travelmate kami. Eh eh dah nak balik baru nak kenal-kenal ye..kihkih..Tamat sudah 4 Island Tour kami kali nih. Satu lagi kenangan terindah yang tercipta. Paling penting, aku dan Puan Nunu dapat luangkan masa bersama sambil menikmati indahnya ciptaan Allah SWT..semoga ikatan suci ini bahagia berkekalan hendaknya..Amin~

Enjoice!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post to Twitter

© 2012 2013 Hak Milik Penuh Jamar.Bahar a.k.a JMR