||Nilai Sebuah Pakej Fotografi||

Artikel Oleh: Hasnuddin Abu Samah, Pengarah Urusan, Adan Impresif.

Apabila anda mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan gambar majlis perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah tidak setimpal. Berikut saya senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan:

1) Kos Peralatan Kamera
Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM 15,000. Selain dari kos pembelian, kos pemeliharaan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira semua kos inilah jurugambar mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini bermakna, selain mengupah jurugambar, anda juga sebenarnya membayar kos ‘sewa’ peralatan mereka.

2) Kemahiran Jurugambar
Untuk menjadi seorang jurugambar yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang tinggi. Selain dari itu, jurugambar juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang tinggi dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan, latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatannya.

3) Masa Perkhidmatan
Jurugambar adalah seorang profesional. Ini bermakna, beliau hanya akan mendapat bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurugambar cuma boleh merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud, masa adalah satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurugambar. Dengan itu, jurugambar mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesuatu tugasan.

4) Perkhidmatan Selepas Rakaman
Setelah jurugambar selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan anda, tugas beliau sebenarnya tidak habis di situ sahaja. Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang telah dirakam dengan memilih gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang terpilih akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi akan dicetak. Selepas cetakan gambar siap, jurugambar akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Akhir sekali, kesemua gambar-gambar tersebut akan disusun ke dalam album sebelum diserahkan kepada pelanggan.

5) Kos material
Selain dari kos perkhidmatan yang disebutkan di atas, kos material juga terlibat dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurugambar. Antara kos material yang terlibat ialah kos pengangkutan, cetakan gambar, album, bil telefon, kos promosi serta lain-lain kos peniagaan.
Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang jurugambar walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar perkhidmatannya. Walau apa pun, sememangnya berbaloi untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah gambar hari yang paling bahagia dalam hidup anda.

Post to Twitter

Tips Fotografi : Crop & Resize Gambar

Dalam berblogging, rasanya entri dengan gambar-gambar yang cun+cute akan menarik lebih minat readers untuk habeskan membaca satu-satu entri kan. Ye la kan, kalo ayat panjang berjela tanpa letak sekeping gambar pon, pasti buhsan gak kan. Tol x?
Tapi kalo letak gambar ngan mulut senget, kepala herot dan hidung bengkok pon agak kurang sopan dan mencacatkan lagi kecemerlangan entri itu gak kot. Uish, tak faham ke apa yang aku maksudkan?
ok, katakan ini gambar asli ;
Tetiba lepas dicrop & resizekan sikit gambar tu, dan diupload dalam blog korang, gambarnya jadi camni..
Yup, pixelnya pecah, takpe, abaikan yang tu dulu, yang aku nak cakap, muka yang dah comel2 bulat tetiba jadi lonjong atau memanjang. Camne kalo jadi melebar camni lak, tak ke lagi haru kan…
Kan tak elok kalo gambar dah jadi gitu. Tak kira la korang edit pakai CS3, CS5 ke, Paint ke, Picasa ke, masa nak resize gambar tu, silalah tekan SHIFT+leftklikmouse masa tarik cursor untuk resize. So that, tumbesaran gambar tu jadi sekata disetiap sudut. So takde la ada belah yang memanjang, ada belah yang memendek. Sakit mata nengoknye.
Faham x? Asasnya, harus ingat, masa nak tarik bagi gambar besar, harus tekan SHIFT serentak ngan klik mouse…..senang je kan?

Post to Twitter

Tips Mengurangi Noise Pada Gambar

Bagi menjawab pertanyaan Cik Linn yg tertanya-tanya nape banyak gambar Hari Raya dia ritu terdapat banyak sgt noise, ‘segala macam mak nenek noise’ katanya, meh saya sharekan 20cents apa yang saya tahu…
Apa itu NOISE pada gambar ni sebenarnya?
Sekumpulan bintik/titik pada gambar  yang menjengkelkan dan memburukkan kualiti gamabr tersebut.

Apa yang menyebabkan NOISE ni sebenarnya? 
ISO over TINGGI ok : Ada sesetengah pengguna ni tak tao bila masa nak guna ISO tinggi, dan bila masa nak rendahkan ISO. Umumnya, pada tempat yang lebih terang, ISO yang digunakan adalah rendah, dan ISO dinaikkan pada keadaan yang kurang cahaya. Kalo tak tao sgt, dinasihatkan tidak menggunakan ISO melebihi 400.
UnderExpose nyer gambar : Maksudnya gambar dirakam pada tempat/keadaan yang amat kurang cahaya.
Exposure Yang Terlalu Lama: Tapi kalo dah terlalu lama exposure semasa merakam gambar, jawabnya gambar tu akan overexpose dan putih melepak la hasil gambar tu. 
Ok Cik Linn, bila dah tao masalah/maksud masalah ni, baru kita leh carik solution. 
Pada pendapat saya, chewaah cam ayat esei BM lak, langkah pertama mengurangkan NOISE adalah setkan ISO yang sepatutnya. Kalo saya la kan, kalo kat outdoor, biasanya saya akan guna ISO 100/ISO200, dan indoor biasanya ISO400 atau tidak lebih ISO800. Biasanya DSLR akan kurang memberi risiko NOISE disebabkan pixel yang lebih tinggi berbanding compact camera.Eh2..apa jadahnya ISO ni lak kan. Bagi yang 1st time dengar, klik ISO untuk cerita yang lebih lanjut.
Kebanyakan camera yang ada di pasaran skang ni, ada fungsi Noise Reduction yang membantu mengurangkan kadar NOISE. Jangan lupa aktifkan fungsi ni lak yek.
Cara lain yang boleh digunakan untuk mengurangkan noise ialah dengan mengedit gamabr itu menggunakan software cam Photoshop dsb. Ni cara terakhir bagi menyelamatkan gambar anda!

Kadang-kadang, bagi saya gambar yang berNOISE ni pon cantik juga. Nampak cam ada gaya & stylo. Teksture bintik-bintik tu kalo dihitamputih pun nampak menarik gak. Kalo tak caya, cubalah…~
**aik, nape aku bersaya-saya dalam entry kali ni ek..hmm…
Gambar ni bernoise, tapi aku suka..pe da kisah!!!:-p
hikhikhik

Post to Twitter

Fotografi: Camera Angle

Pasti ada yang pernah alami masalah ketidakpuasan hati pada gambar yang dicapture. Walhal korang dh pun gunakan DSLR yang gedabak saiznya. 100kali snap pon, gambar yang terhasil still nampak sama dan takde perbezaan dengan gambar yang dicapture oleh adik kamu mahupun nenek kamu(jika mereka pn menggunakan DSLR la kan)…

Pendapat aku yang suka bermain dgn kamera(bukan pro ye), tak kisah la Compact Cam ke, Handphone Cam ke, DSLR ke, yang menampakkan kelainan pada sesuatu gambar tu adalah ANGLE atau sudut pengambilan gambar itu. Basically, yang aku tau ada 3jenis angle/sudut ni- EYE/SAME LEVEL, HIGH LEVEL & LOW LEVEL. So, kalo korang dapat applykan sudut-sudut ni, kompom shot korang akan nampak berbeza walaupun subjek yang dicapture adalah benda sama. Tak caya, cubalah..

 
SAME/EYE LEVEL
HIGH LEVEL
LOW ANGLE
Tips20sen : 
Untuk mendapatkan sudut HIGH/ High Angle, cuba gunakan kerusi/tangga untuk capture gambar dari atas. Tapi AWAS, hati-hati kerana korang akan berisiko mendapat kecederaan diri & kemusnahan kamera.
Untuk pendapatkan sudut LOW/ Low Angle, korang leh je letakkan kamera di lantai/tanah atau meniarap/berbaring. Sambil meniarap, sambil tgk viewfiinder, sambil fokus pada subjek then snap! Pandai2lah korang nak cari tempat yang sesuai, takkan nak meniarap atas jalan becak/ atas tahik ayam kan..heheheh..

Post to Twitter

||AUTOPUBLISH|| Tutorial merangkap tips berblogging

Wah ada gak yang dok bertanya, berapa lama ko berblog satu hari. Aku jawab je, 24jam. Maho terkejut monkey budak tu. huh..takde maknanya nak ngadap lappy 24hrs. Ko tanyalah sapa-sapa yang dh lama&tyco blog ni, kebanyakkan buat entry luh, then simpan, pastu autopublish. Even redmummy.compon gitu gak, kan kak red kan?
Owh..camano nak buat AUTOPUBLISH yek.. meh cni, YES!! berjaya gak aku nk buat tutorial. Act bab2 ngajor org ni, aku fail sket, tapi kalo nak share-share, bulih la. Rasanya ramai yang dah tao, tapi mungkin juga ada yang taktao, coz dia newbies lagi, mcm budak tu, ye2,kamu la budak tu..hahahah…
Adik.adik..
Step 1st, sebelum set kan bila nak autopublish tu, mesti la kena bukak kat new post, dah namanya nak create entry baru kan.
Step 2nd, jangan klik PUBLISH POST lagi. Amik post option tu, then kat sebelah kanan, bawah label, ada post date&time. Amik yg schedule at, and fill in the blank date&time tu..mcm keratan kat bawah nih.
Pastu baru leh klik kat PUBLISH POST. Entry tu takde kan?..Yup, dah namanya autopublish, so dia entry tu akan muncul ikot tarikh yg korang dah statekan kat situ.
Setel! See, tak publish kan. Status tu akan jadi scheduled & dipublish pada tarikh yg telah ditetapkan. Cam aku buat kat atas ni, entry tu akan dipublish on 25Julai 2018..Huih..lama lagi tu.. Takpelah…..SELAMAT MENCUBA & MENUNGGU…
Dengan autopublish, blog korang akan sentiasa terupdate. Pandai-pandai la korang nak setkan date&time. Mane tao kot2 terbZ smpai tak nyempat nk ngadap blog, leh jer dipublishkan latest entry secara automatik kan? So, blog pon tak sempat bersawang kalo terlalu bZ. Trafik pon takde la menjunam turun kan?..kan? kan?..
**Ni pon autobpublish gak..heheheh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post to Twitter