Gentel

Sepanjang bulan puasa, semua umat Islam kat kompeni aku ni tak dibenarkan keluar lunch. Baguskan diorang ni even owner kompeni tak puasa, tapi cara ni kurang-kurang boleh mengurangkan kadar umat Islam yang ponteng puasa. Jadi, aktiviti tengahari hanyalah melepak di dalam ofis. Kadang-kadang maximize window fesbuk. Rasa-rasa cam ada orang lalu belakang aku, cepat-cepat minimize window fesbuk, maximizekan window outlook. Betul-betul seat blakang aku, si Mani yang kadang-kadang puasa, tapi selalunya tak puasa la sebab dia tak wajib puasa, walaupun dah sebulan bersunat anunya itu. *ni dia citer, aku tak tengok okkey..

Biasanya, hari-hari aku kaver line dia, dia kaver lain aku. Nilah salah satu simbiosis yang diperlukan bila bekerja di ofis nih. Sambil-sambil borak di tempat masing-masing, sambil ushar awek fesbuk. Pastu dok share, walaupun aku langsung tak paham taste dia.

Satu hari, sedang lagho dok ushar fesbuk sorang awek Indon nih, si Mani ni leh lak dok stori pasal pengalaman dia..

Mani: ” Semalam gua gi gentel “..wah wah ari-ari ushar minah Indon, semalam dah gentel, pikir otak kotor aku..

” Lu gentel pe bro? “

 Mani: ” Ala, aku gi gentel yang kat 1Utama tu le, baru lagi, baik lagi brooooooooooooooooo” sambil muncung-muncung bibir hitam dia tu..Takleh jadi ni, bulan-bulan pose ni, setan dah kena ikat, tapi ni setan lain lak yang terlepas nih..

” Syiok sangat ke?? ” tanya aku untuk sebuah kepastian..

Mani: ” Syiokkk giler bro…ada satu, sampai leh wat aku tertido..tapi lain-lain cam geli-geli pon ada gak..” peh..dia punyer explination, simple tapi padat. Dah macam report yang selalu dia submit, yang juga selalu kena campak balik ngan madam sebab simple, padat dan mengarut.

” Geli-geli pe ni bro. Lu citer time gua pose nih..”..aku dah panas nih, tapi masih ingin tahu.

Mani: ” Pehal lak. Gua citer biasa-biasa je. Lagipon gua tengok, ramai je yang pose pegi gentel gak. Tak caya, gua ada amik gambar nih hah ” wah wah, siap amik gambar lagi nih. Dah menggentel, sempat lagi snap gambar ek..

Mula-mula aku tolak gak offer dia nak tunjuk gambar. Tapi bila dia send kot outlook aku, terpaksa la aku bukak attachement tu

Sekali hambek ko………………

-

-

-

-

-

-

-

-

-

terus aku off laptop, campak kat kepala si Mani tu. Cilakak…macam jahanam dah pronounciation ko..bukan gentel la..gintel..gintel…

 

 

Post to Twitter

FWD email : Lawak di awal pengenalan komputer.

Jim Cartlon, seorang wartawan Wall Street Journal, baru-baru ini mengumpulkan keluhan dari pengguna komputer Amerika semasa di awal era komputer.

1. Compaq pernah mempertimbangkan untuk mengubah perintah “Press ANY Key” menjadi “Press ENTER Key” kerana banyak penggunanya yang telefon yang menanyakan dimana tombol “ANY” di keyboard.

2. AST Technical Support menerima laporan komplen kerana kesulitan menggunakan mouse. Semasa Techincal Support datang ke rumahnya, mereka menjumpai mouse tersebut tidak boleh digunakan… kerana masih berbungkus rapi di dalam plastiknya. Penggunanya (seorang wanita) takut dengan mouse (tikus) sehingga tidak berani mengeluarkannya dari dalam plastik. Takut diserang mouse komputer?

3. Di tahun 1980-an, ketika disket masih berukuran besar, Compaq pernah menerima keluhan seorang pengguna yang disketnya tidak boleh dibaca oleh drive-disk komputer. Setelah diselidiki, ternyata pengguna itu sebelumnya memasukkan disket ke dalam mesin taip dan menaip label yang tertampal di disket itu.

4. Sebuah keluhan lain dari pengguna AST yang mengatakan disket mereka terkena virus yang sukar dibersihkan. Petugas AST meminta orang itu mengirimkan copy disket yang terkena virus itu untuk diselidiki. Beberapa hari kemudian, petugas AST menerima fotostat disket dari pengguna tersebut.

5. Seorang pengguna DELL mengeluh dia tidak dapat mengirimkan fax via komputer. Setelah diarahkan selama 40 minit melalui telefon, petugas DELL mendapati pengguna itu mencuba fax via komputer dengan cara memegang kertas yang akan di fax di depan monitor, sambil menekan tombol “SEND” di layar.

6. Seorang konsumen DELL lain mengeluh karena keyboard yang digunakannya sudah tidak berfungsi sejak dibersihkan. Ketika ditanya cara ida membersihkan keyboard, dia menjelaskan, “Saya mencuci dan menggosok semua bahagian keyboard dengan sabun, dan membilasnya dengan air, lalu menjemurnya.”

7. Seorang pengguna DELL marah-marah kerana tidak boleh menyalakan komputer yang baru dibelinya. “Semua sudah terpasang dengan baik.Tapi setiap kali saya tekan pedal kaki , tidak terjadi apa-apa.” Setelah diselidiki ternyata “pedal kaki” yang dimaksud orang itu adalah : mouse.

8. Seorang lagi pengguna DELL marah kerana komputer barunya tidak nyala. Dia menjelaskan semua sudah terpasang dengan benar, dan ketika dia menunggu selama 20 minit, tidak terjadi apa-apa pada komputernya. Ketika teknisi DELL menanyakan apakah “power switch” sudah dinyalakan, dia balik bertanya, “Power switch apa?”

9. Berikut adalah tanya-jawab antara petugas Novell NetWire dengan seorang pembeli : Penelefon : Hello, boleh bercakap dengan Tech Support? Novell : Ya, boleh saya dibantu? Penelefon : Tempat letak cawan di PC saya patah. Apa mungkin saya bisa menggantinya? Novell : Tempat letak cawan? Apakah itu hadiah saat Anda membeli komputer? Penelefon : Tidak. Tempat letak cawan ini sudah ada di komputer saya. Dan ketika saya meletakkan gelas saya di atasnya, tempat itu patah. Yang saya ketahui, di bahagian depan tempat itu ada tulisan “CD-ROM, 16X”.

Post to Twitter

10 Ramadan 1432h : Menang RM10 ribu

Baru je nak melangkah ke masjid berterawikh lepas melantak ayam percik pelbagai rasa time berbuka..tetiba henpon aku buang tebiat bunyikan lagu Baby, dengar macam suara Justin Bieber mintak penyepak..

“Hello..5minit je bang..tahniah bro, lu menang RM10 ribu untuk hari raya nih!! ” aku buat-buat terkejut, dan gosok-gosok mata. Pastu buat-buat mata bulat eksaited nampak duit. Orang gila pon mesti terkejut dapat seguni duit kan, apatah lagi orang normal cam aku. Tapi kompom, aku buat gaya eksaited macamana pon, mamat dalam talian ni takkan nampak.

“Betul ke nih? ” reply aku dalam nada rayuan mintak kepastian. 10ribu tu beb..

On the spot + konfiden mamat di talian ni balas..” Ye betul bro, bukan takat 10ribu tu je, banyak lagi bro dapat nih..ada peti sejuk 40″..fuyoo besor ni bro..”

gila ko..peti sejuk 40″ tu..besar mana la agaknya..” apa lagi yang aku dapat?”

Dengan nada bersemangat tanpa rasa bersalah kacau orang nak gi beramal ibadat..” Bro dapat ipad2 nih. Canggih nih..lagi..bro dapat henset iphone4, leh bergaya di hari raya..bro set langsir, dapat kasut kemel, dapat set sofa hari raya..lagi dapat set pinggan mangkuk untuk raya, dapat…..”

…kusyuk la aku mendengar. Tadi mamat ni cakap nak cakap 5minit je, ni dah masuk 35minit, sah-sah dah setel terwikh 8 rakaat nih..aku lak boleh la gi tadah telinga. Aku pon manusia biasa..makin lama makin eksaited lak aku dengar rezeki hari raya aku nih. Dalam hati, mungkin ni kelebihan terawikh tak tinggal..alhamdulillah..

..tapi..

Ada dua menda yang aku musykil bila mamat tu cakap, ” …dapat pensel & dapat frame hari guru….”

..dah tu siap gelak berdekah-dekah, sayup-sayup di hujung talian, pastu terus putuskan talian…

dem..

..melepas aku ke terawikh berjemaah di masjid kuning kota damansara.

Aku saspek, mesti ada yang jeles tengok aku berkopiah, berbaju melayu dan berkain pelikat..berjalan pantas ke arah hidangan moreh tiap-tiap malam walaupun terawikh baru stat 2 rakaat……

tu pon nak jeles ke Pak Mat Kajol???iskh…..

Post to Twitter

9 Status Update Fesbuk Bulan Puasa

Dah setel 5 Ramadan ni. Maknanya aku dan korang dah selamat berpuasa selama 5 hari. Kalau tak cukup, memang ko tak selamat la tu.

Selama 5 hari ni gak, dari jam 6.30petang hingga 7.20petang, macam-macam status fesbuk yang dapat aku baca. Kat sini aku senaraikan 9 status fesbuk yang glamer untuk panduan & pedoman korang.

Status dia 1 : ” uwaa..lagi sejam nak berbuka, lambatnya…”

Aku komen : ” dah tu, pegi le makan skang, apa tunggu lagi…”

Status dia 2 : ” Nak berbuka dengan apa ye? ”

Aku komen : ” Dengan tapak kasut masak tiga rasa mau..?”

Status dia 3 : ” Uolss masak apa petang nih? ”

Aku komen : ” Masak megi kari masak lemak & naget celup tepung ”

Status dia 4 : ” Yey, hari ni dapat berbuka dengan pakwe baru!!! ”

Aku komen : ” Eh eh, mamat tu pakwe ofismate aku..sama lak kan..”

Status dia 5 : ” Menu berbuka aku – nasi tomato, ayam percik, murtabak daging, roti john bla bla bla..”

Aku komen : ” kompom separuh ke dalam tong sampah…”

Status dia 6 : ” Hari ni berbuka di Masjid Darul Salam….alhamdulillah ”

Aku komen : ” Solat Jumaat susah giler nak nampak batang hidung lu kat masjid der…. ”

Status dia 7 : ” Mintak ayam goreng, dapat ayam percik 3 rasa, rezeki ramadhan…”

Aku komen : ” ..lu mintak selipar jepun, mesti dapat kasut Nike ”

Status dia 8 : ” Tiba-tiba rindu masakan mak.. ”

Aku komen : ” Dah tu apsal ko dah tak balik 2 tahun?? ”

Status dia 9 : ” Abang jual air cendol kat bazar teww sangat cuteeeeeee..”

Aku komen : ” Abang itewwww adalah GAY….”

9 cukuplah..lain-lain tu korang leh ushar sendiri kat fesbuk memasing.Takkan sumer nak kena aku suap kan..

Aku nak gi pukul budak main mercun bola jap. Baru pose ke-5 dah memekak. Cilakak!

Post to Twitter