Pagi Isnin semalam, adalah pagi yang agak cilakak bagiku. Kalau bagimu tidak, itu mu punya pasal lak..kahkahkah..takpelah, janji aku tetap berada di ofis itu, tanpa rasa tekanan sampai nak terjun bangunan lagi. Hidup kena sempoi.
Tengah elok aku dok melayan akal minda yang melayang entah ke mana, aku ushar ke tempat duduk klik-klik aku yang lain. Seperti biasa, si Idham ngan muka berkerut ngah ushar monitor skrin-kompom dok ushar website bola, si Jojo lak ngah garu-garu kepala nak cari alasan sebab nak kena outstation tapi tak cukup manpower di hujung minggu ni, sambil-sambil aku kompom dia ngah dok ushar awek kat fesbuk, si Tajud lak ngah buat-buat bizi wat drawing site visit kemarin, si Thangga lak asik-asik angkat call pastu sambung update status kat fesbuk..ntah pa pe le diorang ni, buat-buat bizi lak kan.
Aku sambung main fesbuk balik. Tapi dah ready awal-awal, kat blakang wall fesbuk, kaw-kaw besar aku bukak window outlook. Rasa tak sedap hati, terus minimize kan ajer wall fesbuk..bijok..bijok..
2minit kemudian, aku terpandang si Mani yang dari tadi lagi dok ulang-alik. Sesekali masuk ofis, kemudian gi ke depan, pastu masuk workshop balik. Pastu masuk ofis sesekali masuk jamban. Muka berkerut-kerut je aku tengok. Sesekali menggaru kepala.
” Lu pehal Mani? “
Mani tenung aku ngan mata berkaca, ” Mak aku ilang…“
Aku tenung balik muka dia. Rasa macam kesian lak. Aku tahu, Mani ni memang berjiwa lembut. Aku tahu dia sangat sayangkan mak dia, memang beruntung mak dia dapat anak macam Mani nih.
Aku reply kt dia ” Sabar la ek. Nanti jumpa balik le tu. Tak kemananya dia tu..“
Jawabnya, “ Since last week lagi gua tak nampak mak gua nih..” Sayu je suara dia. Dalam kesayuan, aku tengok dia update status kat wall fesbuk dia. Aku tahu, ni mesti simpati member-member kat fesbuk. dem, sempat lagi.
Aku berdiri dan terus ke tempat duduk si Mani tu.
“ Lu biar betul bro. Dah lama mak lu ilang nih. Tak leh jadi nih..”
Mata si Mani ni macam dah makin berkaca-kaca nih. Bila-bila masa ajer leh meleleh air mata jantan nih. Aku tepuk-tepuk bahu dia, seraya berkata,
” Gini la, kalo petang ni dia tak balik lagi, kita gi wat report polis. Sambil-sambil tu, kita mintak tolong budak-budak ni cari mak ko kat area KL nih..”
Panjang lebar je cadangan aku, demi seorang kawan yang dalam kesusahan.
Mani tenung aku balik. Aku tahu, dia mesti terharu bila aku taking care gini.
Aku bangga dapat bagi idea yang aku rasa bernas dan boleh pakai bila dalam keadaan emegency gini.
” Lu pehal bro. Gua tinggal mak gua kat dalam sinki tu. Kalau nak pinjam nak bancuh kopi pon, pulangkan balik. gua pon nak bancuh kopi gak nih… “
Kelu..tak perlu kata apa-apa..
…………sekarang aku nampak si Mani, besar kecik besar kecik jer. Sebelum jadi pape, aku angkat monitor pc kat ofis tu, campak kat meja dia. Barai…
..itu mug la gilo, ‘M.U.G’ . Cam bangang je pronounciation ko!
