Blok-blok kecil berwarna-warni pernah menjadi ‘musuh’ kecil aku di dalam rumah sendiri. Siapa yang ada anak kecil dengan kegemaran bermain LEGO pasti memahami apa yang aku maksud kan.
Terpijak blok kecil yang keras di atas lantai, boleh bayang tak sakitnya macam mana? hehehe..
Alah biasa tegal biasa. Hari ini, aku dah biasa dan sentiasa mengambil langkah berjaga apabila melangkah di kawasan permainan anak-anak di dalam rumah.
Jika sebelum ini, hanya Dayyan yang bermain Lego, kini adiknya, Danish turut mempunyai minat yang sama. Walaupun pernah mengalami pengalaman ngeri dengan Lego, tetapi Dayyan tidak pernah serik dengan permainan blok kegemarannya.

Pantang tahu cerita terbaru tentang Lego, pasti Dayyan dan Danish ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut. Setiap kali ke Toy’r Us, di bahagian Lego-lah yang dia orang spend masa paling lama. Tak pernah puas.
Di rumah , biar pun dah ada beberapa set Lego Classic dan special edition, tetap ‘in love’ dengan koleksi-koleksi terbaru Lego. Kartun Lego pun menjadi pilihan mereka di Netflix. Apatah lagi apabila dapat sertai event yang melibatkan Lego. Lagilah Dayyan dan Danish teruja!

Hujung minggu lepas, kami berpeluang sertai kemeriahan Lego Movie 2 event di Midvalley. Menariknya event sebegini, aktiviti-aktiviti yang disediakan melibatkan anak-anak 100%.
Anak-anak perlu melakukan 6 aktiviti yang melibatkan karakter Lego. Apabila selesai melakukan aktiviti, mereka diberi cop. Lengkap sahaja keenam enam koleksi cop yang diperlukan, anak-anak akan diberi sijil dan stiker.
Bukan main teruja lagi Dayyan dan Danish bila dapat stiker Lego. Pada aku, setiap kali ada aktiviti sebegini, memang aku galakkan mereka untuk turut serta. Tujuan utama aku adalah untuk biasakan mereka bersosial dengan kawan-kawan baru.
Alhamdulillah, so far, laporan daripada teacher di LC cakap dari segi pergaulan Dayyan tiada masalah. Cuma Danish ni yang perlu dilatih untuk lebih bertoleransi dengan orang lain. Mungkin kerana Danish masih dijaga oleh pengasuh, mempengaruhi sikapnya sekarang ini.



Sebenarnya banyak kelebihan kepada anak-anak yang melakukan aktiviti menggunakan blok yang pelbagai warna ni. Pernah juga aku baca, aktiviti sebegini berpotensi menjadikan anak lebih pintar. Mungkin ya, mungkin tidak.
Yang penting, ibu bapa perlu mengawal dan sentiasa memerhati aktiviti anak-anak. Perkara baik macam mana sekali pun, sekiranya dilakukan secara berlebihan pasti akan memberi keburukan.