Last skali aku singgah kat sini untuk brekpes dalam tahun 2007. Dem..kejap je masa berlalu, rasa cam tahun lepas je aku singgah. Rasa kopi kat sini masih melekat kat lidah ni, walawey..
So, last wiken, masa on the way balik Besut bersama isteri, huyo 1st time kot bawak isteri balik kampung, sempat singgah untuk sarapan pagi kat sini. Kedai Kopi Hai Peng..rasanya ramai yang tahu pasal kedai kopi tersohor di Kemaman nih kan..
Bismillah..~
Puan Nunu pilih nasi dagang Terengganu untuk santapan pagi nih. Simple but perfect bagi aku. Dibungkus dalam daun pisang tu yang menaikkan lagi rasa, then kuah ikan tu boleh ditambah sesuka hati. Rasanya memang terbaik..
Yeah..kopi hai-peng feveret aku. Rasa tetap sama. Dah tu serve lak dalam cawan yang comel. Macam cawan kopi Illy pon ada gak bentuk cawan ni.
Atas meja tu, self-service ye, ada nasi dagang, nasi lemak, kuih muih cam kuih lapis, karipap dan macam-macam jenis lagi. Selain tu, ada gak roti bakar, telur masak separuh dan macam-macam makanan panas lagi yang korang boleh order. Rasanya, memang terbaik la terutamanya kopi hai-peng. Cuballah!
Burp…~ alhamdulillah..
Menu yang simple, dan pilihan makanan punĀ pelbagai mengikut selera Nyonya/Peranakan. Ada menu berasaskan mi dan juga nasi.
Pilihan aku kali nih, Lam mee, RM10.50. Nampak ringkas tapi rasanya boleh tahan, cukup rasa. Ada telur rebus sebijik ngan udang dua tiga ekor. Lebih kurang mi sup rasanya.
Asam Laksa pilihan Cik Nunu, RM10.50 semangkuk besar. Dah minta kurangkan pedas, tapi masih pedas. Agak-agak kalau tak minta, mesti pedas giler kan. Tapi masih boleh dipuji, nak-nak kepekatan kuahnya yang tinggi dan juga isi-isi ikan yang terdapat dalam kuah tu.
Aku dah mencuba Lam Mee dan Assam Laksa untuk trip kali nih. Trip seterusnya, ingat nak pekena Kari Hantu Set seperti tercatit dalam buku menu. Nama menu dah menarik, nak gak tahu apa benda yang hantunya tu kan. Agak-agak tang mana hantunya tu ek? Ada sesiapa pernah mencuba?
Burp @ Big Brother Restaurant&Grill yang menyajikan 90% makanan barat dengan harga yang berpatutan.
Menu yang boleh memecah-belahkan hawa nafsu. Dari starter sampai la desert..macam-macam menu ada der, paling penting dengan harga berpatutan untuk western food.
Herb Cheezy Nachos pilihan kami untuk menu starter. Pilihan sehati sejak mula-mula kenal lagi. Sangat cheezy okkey. Jarang-jarang makan ok la kan. Kalau selalu pon tak bagus gak.
Grilled Chicken Chop berperasa Black Pepper pilihan Cik Nunu. Sedap sangat kot sebab dia boleh abiskan satu plate ni. Tak sempat nak poww. Biasanya, kalau rasa biasa-biasa je, dia akan tinggalkan secebis dua untuk aku try, kali ni boleh abiskan lak ye.
Since masa ni aku baru je setelkan medical check up aku, memang T-Bone Steak dengan sos Black Pepper le yang menjadi pilihan aku kali nih. Fuhh..dengan midwell cook, memang makan sambil pejam-pejam mata je. Daging lak lembut gitu, tak perlu nak potong dua tiga kali baru putus.
Pas makan, pekena lak ngan cappucino panas secawan. Fuhh..memang terangkat abis. Alhamdulillah..sekali sekala pekena kat sini pon best gak. Suasana pon ok, tak crowded sangat dan parking pon senang. Sesapa yang suka western style, bolehlah cuba menu kat sini lak. Highly recommended uolls..
Char Keow Teow saiz L..RM4.50 sepinggan. Walaupun agak tak puah hati dengan kuantiti, tapi rasa dia memang terbaik la. Rasa manis-manis udang tu memang boleh buat si pemakannya menjilat pinggan sampai licin. Sungguh puas hati dengan kualiti rasa di sini. Hmm..agak-agak kat KL ada tak char keow teow yang sama sedap cam kat sini? Kalau ada, boleh la readers share kat sini ek.
Kalau dah muak makan char keow teow, kat restoran ni ada gak nasi lemak saiz 50sen, namanya je 50sen, tapi harganya RM1.20 sebungkus. Not bad rasa dia. Kalau tak pikir nak kena drive balik KL, mau aku lantak sampai 3 bungkus baru cukup kot nih..ada lauk telur, sardin dan ikan masin.
Masih terasa kesedapan char keow teow ni..grrrrrr….lain kali kena singgah lagi ni kalau berpeluang ke Pulau Pinang lagi.. so, kalau korang ke Permatang Pauh, bolehlah singgah di kedai nih. Series tak rugi. Lagi bagus kalau aku boleh tapow..huhuhu…Burp…
apa-apa pon..sila tengok gambar dinner kami semalam..uish..lap air liur tu okkey!
Anak salmon kot nih..heheh
Black Caviar

Kaki furai

