The Best Nasi Lemak in Klang Valley @ Village Park Restaurant

1 Mei 2012 || 0830hrs

Hari Pekerja memang hari cuti. Hari cuti bukan bermakna cuti segala-gala. Time ni lah aku nak meneruskan pencarian tempat sarapan pagi yang menarik di sekitar Lembah Klang. Nak-nak bila dah berbini ni, sesekali bangun pepagi&takyah rush gi ofis, kan lagi baik ronda-ronda sambil mencari port bersarapan bersama..

Trip kali ni, singgah bersarapan di Village Park Restaurant yang terletak di Damansara Utama. See..penuh sampai ke luar okkey, ngalahkan mapley. Satu suasana yang menarik perhatian aku adalah ada Cina, ada Melayu dan juga India dalam satu kedai. Dan paling perhatian, kat kaunter kedai ni, penuh dengan gambar Neelofa! Intai-intai gak kot-kot dia ada kan, leh gak ajak pekena nasi lemak ngan neskepi tarik..kihkih..

The Best Nasi Lemak in Klang Valley! Yup, ni award yang Village Park terima daripada majalah TIME (kalau tak silap la..)..best tak best, memang terbaik la. Sambil tak terlalu pedas, ada manis sikit-sikit. Ayam goreng berempah resipi famili katanya. Saiz takyah cakap, memang saiz peha ayam yang cukup makan, memang berbaloi dengan harga RM7 sepinggan nih..

Tempe goreng ngan kentang as our side dish. Mula-mula ingatkan tak cukup lauk, tu pasal amik menda alah ni. Sekali amik, ayam goreng saiz XXL dengan potion tempe goreng ala-ala makan tengah hari dah..burpp…

Erk..anyone tahu nama sebenar kueh nih tak?

Burrpppp…*lap air liur.

Post to Twitter

Swiss Mushroom Burger @ New York New York Deli

Ni pertama kali aku dan Puan Nunu mengisi perut di New York New York Deli @ One Utama selepas setahun lebih sedar tentang kewujudan restoran nih. Dan last wiken sempena Duduk&Bantah BERSIH 3.0, kami singgah untuk santapan tengah hari yang agak lewat @4pm.

Belek punya belek menu kat sini, last-last aku pilih Swiss Mushroom Burger yang dihidang bersama french fries. Tentang rasa? Aku suka daging beger ala-ala burger bakar. Tidak terlalu kering dan tidak terlalu basah. Basah sikit-sikit pun sebab lapisan mushroom di antara daging dan roti beger tu.Sekeping cheese sudah cukup untuk menambah rasa pada beger nih. Burpp..harga? Sorila, aku lupa tapi memang berbaloi..

Pepperoni Pizza pilihan Puan Nunu untuk kali nih. Katanya nak on diet, tapi bila aku tengok cheese yang mencair atas pizza tu, memang ke laut dietnya kot. Sempat gak aku paw sekeping dua. Rasa macam tak cukup, nak paw lebih cam kesian lak kan..adunan doh yang tidak terlalu tebal, tambah lak ngan dry sausage yang banyak dan cheese yang tidak memuakkan, aku rasa bagi aku dua set pun boleh dihabiskan.

Aku suka deco kat New York New York Deli nih. Dindingnya ala-ala 3D pon ada gak ngan drawing yang seakan-akan ‘hidup’. Terasa suasananya seperti di ‘amarika’!

Burpppp…~

** New York New York Deli ni terletak di ground floor One Utama, berhadapan dengan Cold Storage:-)

Post to Twitter

Asam Pedas

Selamat Pagi!

Pagi-pagi ni kita layan nafsu mata sebelum melayan nafsu perut tengah hari nanti. Korang suka asam pedas? Yeah Bro Man Food Blogger pasti angguk laju-laju kan? Aku amat jarang memilih menu asam pedas ni selagi tak terasa air liur meleleh di tepian bibir. Jadi, untuk entri kali nih, memang sah la kan air liur ngah meleleh bila trip aku ngan Puan Nunu singgah di Restoran Asam Pedas, tak jauh dari Pantai Teluk Kemang, dua minggu yang lepas.

Kami pilih asam pedas pari. Akak jaga restoran ni yang cadangkan kitorang amik semangkuk sorang. Aku ‘iya’kan saja, almaklumlah tengah kelaparan masa ni. Bila order sampai, saiz mangkuk dan pari boleh tahan besarnya. Semangkuk tu saja memang cukup untuk dua orang makan.

Telur asin dan sambal belacan tu adalah complimentary daripada kedai ni. Agak unik gak kan, biasanya sekadar sambal belacan dan timun potong. Puan Nunu lak amik telur itik masak lemak untuk lauk tambahan. Asam pedas kat sini boleh tahan pedasnya. Rasanya memang sangat kena ngan selera aku masa ni. Dan kesegaran ikan pari memang boleh dipuji. Suasana di kedai ni pun tak terlalu panas walaupun ramai pelanggan masa aku singgah di sini. Jadi, pedas-pedas pun, takdelah berpeluh sangat kan. Total harga untuk hidangan kami kali ni adalah RM20 termasuk dua gelas air sirap bandung. Bagi aku, sangat berbaloi la kan dengan kualiti hidangan yang disediakan.

Restoran asam pedas ni boleh korang singgah semasa perjalanan ke Pantai Teluk Kemang, Port Dickson dan ianya terletak di sebelah kiri jalan. Ada juga menu asam pedas ikan tenggiri, cencaru, selar dan mambong.

Eh, mambong tu spesis macam mana ye?? Sama seperti mambang ek:-p

Burp…*lap air liur

Post to Twitter

Sushi King Card BONANZA RM2

Sushi King Bonanza RM2 datang lagi. Pastinya ini yang dinanti-nantikan oleh penggemar Sushi king Malaysia! Mana taknya, yang RM6/plate pon jadi RM2/plate..best giler der! Rugi le kan kalau tak terjah! Masa ni la nak melantak sepuas-puasnya..Amacam Cik Lily Putih selaku pemakan sushi tegar, jangan terlepas lak bonanza ni ek. Camana lak ngan food blogger MAS, leh la wat sesi HAZMAN VS SUSHI lak kan??hehehe..

Right timing, right place & right financial. Since semalam aku amik Replacement Leave dan selaku suami mithali, lepas je amik Puan Nunu, terus berdesup ke One Utama, semata-mata nak ke Sushi King. So, Puan Nunu tak perlu nak asapkan dapur malam tu, kasi dia rilex sikit..hehehehe..

Salmon, Unagi, Ebi Furai..memang hidangan wajib.

Yeah, yang ni memang target aku. Kalau bukan bonanza time, sepinggan tu mao RM5, memang kena catuan la kalo mengidam, tapi tidak time bonanza. Memang kusebat abis-abisan!

Unagi a.k.a Belut Kicap..hahaha..6pinggan untuk menu ni ajor..fuhh..orang cakap, unagi ni elok untuk tenaga dalaman lelaki bergelar suami. Betul ke?

Untuk Sushi King Bonanza RM2, masa yang dibenarkan hanyalah 45minit/entry. So, dalam jangka masa tu, pandai-pandailah korang nak isi perut sebanyak mana. No tapow tapow okkey.

Nasib baik bini aku sorang ni terer pegang chopstick&boleh telan rasa sushi. Paling penting, boleh bagi cabaran dalam acara telan sushi bergilir-gilir. Ni yang cayang nih..hahahaha..

Salmon! Ye, salmon mentahnye isi biasanya warna keoren-orenan. Bila dah masak, kaler dia macam kat ENTRI INI. Ni yang paling aku suka, feveret sushi poreba! Untuk normal price RM4/plate boleh diconsider lagi, tapi bila menjadi RM2/plate, memang laju je la kan. Antara khasiat salmon ni, leh activate tahap kecerdasan minda insani..hahah..

Total plate untuk Puan Nunu ialah 11. Kira ok la kan boleh bagi cabaran sengit kat aku even ada sesetengah tu, dia makan satu je, yang satu lagi campak ke mulut aku.

Wasabi..nak rasa nikmat sebenar, suap dalam mulut banyak-banyak, then tarik nafas dalam-dalam..weeehoooo…syorga ko nanti!

Champion..kalo tokey Sushi King tengok, mesti terasa rugi wat bonanza RM2 ni, majoriti aku sebat plate kaler merah(RM5) ngan ungu(RM6)..hahahaha..cer kira berapa banyak plate tu??

Post to Twitter

Salmon grill

Yeah, malam Isnin bermakna tamat sudah hari minggu! Sabtu & Ahad, terlalu cepat bebenor masa berlalu kan? iskh iskh..

Sebenarnya tak kisah sangat, sebab esok masih ada cuti untuk aku..haha..kasi can la aku cuti lebih sikit, dah lama tak bercuti ni weih..splendid weekend!

Lagi best, bila malam ni, Cik Nunu masakkan salmon grill feveret gue! eh silap, Puan Nunu okkey:-p..terasa nikmat mempunyai nikmat seorang isteri..kihkihkih

**teringat masa kat F6 Offshore Complex, tiap-tiap hari Ahad, dinner time adalah buffet time! Target utama aku, adalah salmon yang digrill sekor gedabak, boleh amik isi salmon tu ikut suka hati ko. Dan saiz salmon tu adalah sebelah kaki ko, besar tak besarnya walawey..syorgaa!!!

|| oh ye, tenkiu to Cik Eva sebab bagi prezen nonstick grill ni!!..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post to Twitter