Sabtu lepas, aku dijemput ke event Astro B.yond IPTV Hollywood Party bertempat di Astro IPTV store terbaru di Solaris Mont Kiara. Rasa macam dah lama giler tak join event Nuffnang yang melibatkan ramai blogger. Asyik-asyik gi prescreening je, nak beramah mesra pon tak sempat masa kan. Event kali ni bertemakan Hollywood celebrities, so kena dress up seperti watak-watak atau rupa paras selebriti Hollywood. Well, ramai yg berdress up ikut tema, dan seperti biasa, takde maknanya aku dress up ikut tema hahaha..tak sempat masa der..
Opening dihoskan oleh Adam. Kemudian ada intro sikit pasal Astro B.yond IPTV sebelum bermulanya Eat For Free. Makk aihh panjang giler Q nak amik makanan. Nasib baik ada Cik Nunu tolong beraturkan.kihkihkih..
Selepas acara makan-makan, kenalah kasi acara yang keluarkan peluh lak kan. So, bagi mereka yang berminat, akan join games Siapa Culik Kak Limah?..Kak Limah mana aku tak pasti, tapi yang pasti mereka ni siap berpeluh-peluh berkejaran di sekitar Solaris Mont Kiara. Aku rilekx je tengok bola kat tv HD tu ha. ( Kalau aku tahu kalah, baik aku join diorang keluarkan peluh gak, demmit..)
nyampah lak tengok no 25 tu..kahkahkah..selingan ye
Dah namanya parti bertemakan Hollywood Celebrities, kompom adanya award BEST DRESSED. Dan dari awal lagi aku tahu, kompomnya aku takkan menang apa-apa untuk kategori ini. So berhenti berharap ye. hahah..
BEST DREESSED FEMALE jatuh kepada Peggy Carter. Memang cun dress fit dia. Sikit kuciwa takleh tengok Captain America menang untuk BEST DRESSED MALE. Hipotesis aku menyatakan antara sebab CA tak leh menang sebab Captain America tak cukup vogue untuk kalahkan LADY GAGA. Lady Gaga jantan ko…hahahah
Tak menang BEST DRESSED pon takpe. Sebab setiap kali event Nuffnang dan Astro pasti takkan pulang dengan tangan kosong. Goodies bag masa register pon leh dapat, dah tu, untuk setiap blogger yang hadir lak, masing-masing dapat souvernir daripada Astro B.yond IPTV.
Bersyukur la kan daripada pulang dengan tangan kosong. Cover laptop, towel, patung, bekas air dsb..ok wat? Thanx Nuffnang & Astro untuk jemputan kali nih. Lain kali jemputlah lagi.
**next entri aku akan up gambar blogger-blogger yang hadir dan sempat aku snap. Best dapat jumpa rakan-rakan blogger lama dan baru. Salam perkenalan untuk blogger-blogger yang first time jumpa!:-)
Karnival yang disediakan khas untuk blogger-blogger Nuffnang ini diadakan di
Sebelum acara bermula, lets isi perut dengan hidangan mantap daripada La Bodega, salah satu official sponsor untuk City Golf ni. Makanan boleh tambah bila-bila masa, masa swing batang golf tu pon, kalau nak gonggong ayam tu pon boleh.
Mr Big. Gaya seorang juara. Dari awal jejak kaki ke City Golf ni, aku tengok Mr Big ni tak putus asa swing kayu golf ni untuk dapatkan point paling tinggi. Bersemangat giler okkey. Dan akhirnya usaha itu membuahkan hasil, dapat test drive BMW okkey!
Selain pertandingan sesama blogger, blogger juga diberi peluang untuk menimba ilmu daripada instructor yang bertauliah. Contohnya, camana cara betul nak pegang batang besi tu, cara nak swing dengan betul, kedudukan kaki dan sebagainya. Banyak ilmu pasal golf leh ditimba di sini. So, kalo ada sesapa nak belajar main golf, aku suggestkan ke sini? Aku dah cuba, dan aku masih mencari kesesuaian untuk meneruskan minat dalam golfing nih..
Amacam?..orang men simulator mengadap ke skrin tu, aku mengadap ke penonton..semua kelam kabut lari..tahu takut..
Selain daripada golf, ada gak pertandingan killer pool untuk blogger. Dah lama tak main, gian lak nak main kan. Not bad, ada gak yang masuk, dan takde yang tersasar keluar. kihkih..
Tapi memang takleh nak kalahkan
Mr Big tetap gagah beraksi di meja pool. Tekun menyokong, si 




















