17 Disember 2011:KLCC Plenary Hall
Alhamdulillah hari minggu kali terisi dengan complimentary entertainment segala bagai. Nilah cara aku merelease segala ketensenan suasana kerja selama seminggu! Lain orang, lain caranya kan, and i love this way..love to meet you, then meet you, and you and you..hehehe..
Las week, ada dapat sms daripada akak blogger yang gorjes, offer untuk pass ke Ruth Sahanaya: 25th Anniversary Concert. Terus aku reply ‘Yes!’ sebab kebetulan aku free masa konsert tu. Lagi pun, konsert tu kat KL Convention Centre, Plenary Hall..agak RARE di situ dalam hidup aku. Kalau takat exhibition hall, dah pernah buang air besar pon…~ a big thank to my lovely ahkak blogger Mummysyafie, dengan ucapan, kalau Rossa/Agnes Monica, make sure ajak kami lagi! wajib okkey…:-p

gambar kat tiket tu adalah Ruth Sahanaya, walaupun baya makcik-makcik aku, tapi tetap mantep performansinya. Dari seat aku, aku siap leh nampak tetamu VVIP yang hadir seperti Tun Mahathir dok miming-miming lagu Ruth Sahanaya..fuhh..memang peminat setia tol VVIp ni sumer..
Seat sangat best. Dari jam 8.30malam ke 11.00 malam, bontot menten lagi, tak berkematu. Kalah seat Istana Budaya derr..haha..seat gak yang ko judge ek..
Sebelum show, snap-snap muka memang perkara wajib. Awek yang kat depan tu, Ayumie, awek melutut berbaju biru lak, Iyra, awek baju corak berterabur tu Kak Nor a.ka. mummysyafie, brader hensem nampak muka je tu le hasben kak Nor, bro Jimmy, awek blakang skali tu Cik Nunu, dan sorang lagi brader yang hensem giler tu, aku bajet korang sumer dah tahu kan..takkan tu pun aku nak kena bagitau gok!..kahkahkah..majoriti geng yang dok area sini, sumer pompuan, kecuali aku ngan bro Jimmy (hasben mummysyafie). Jangan tanya kenapa. dot..oh ye, ada sorang brader kat ofis aku dah tangkap cinta pandang pertama kat kat awek paling depan, sibuk nak tahu fesbuk dia..camana ni?? iskh iskh…
Gambar tambahan, sebab nak bagi kredit kat jurufoto Dee untuk gambar sebelum ni. dengan ucapan ‘Cantik le gambar akak amik...’
Ruth Sahanaya in the house. Or should I call her, Aunty Ruth??:-p Dah namanya 25th Anniversary concert, nak expect apa lagi kan. Pastinya performasi yang sangat best. frankly, sebelum ni aku tak tahu menahu sangat pasal lagu dia kecuali Kaulah Segalanya..tapi time dia nyanyi hampir 100% aku ikut miming..habis nyanyi, ramai lak yang clap-clap..tetiba lak aku tahu lagu-lagu Ruth Sahanaya nih. Kalau makcik aku dengar, mesti dia terkejut beruk nih..

Penyanyi jemputan..Dato’Kathijah Ibrahim.jangan terkejut, gambar kat skrin tu gambar lama-lama, orang sebenar yang kat bawah tu..kihkih..

Aku suke time Ruth Sahanaya perform ngan dua orang anak daranya. Selain aku suka anak-anak daranya, slide-slide kat paparan tu memang menarik hati aku. Gambar mereka sekeluarga silih berganti, berlatar-belakangkan nyanyian Ruth Sahanya. So suwwiitt..
Anak dara Ruth Sahanaya. Mantep gak performasinya. Aku lupa namanya, walaupun malam tu aku dah hafal. Aku bajet cik Nunu delete memori aku ni kot..kihkih..

oh ye ni bukan Ruth Sahanaya. Ni Noniswara..Ruth Sahanya..noniswara..ruth sahanaya..noniswara ruth sahanaya..eh eh ucap kali sebut, macam sama lak bunyinyer kan..khikhikhi..alamak, gambar Kak Ayu takde lak. sempat jumpa mula-mula, say hi dan terus masuk hall masing-masing..next time hope ketemu lagi..
Sekali lagi, tenkiu so muchie for the ticket untuk Kak Nor dan tokan tiket, kak Rasp…
** hari ni baru Cik Nunu bagitau aku, lagu yang aku miming sumer tu, ke laut liriknya, 90% memang hancur katanya…